perbaharui azam kita
December 22, 2009
bismillah.
Sedar atau tidak sudah setahun berlalu semenjak muharram pada tahun lepas kini muharram menjelma lagi.Jika kita bermuhasabah tentang umur yang dikurniakan kepada kita dan sejauh mana kita memperuntukkannya untuk menjalankan tanggugjawab kita sebagai hambaNya dan sebagai khalifah di muka bumi ini,tentu kita akan berasa malu dengan sang Pencipta kita.
Semua orang boleh hidup mengikut cara mereka sendiri dan mereka cinta kepada kehidupan mereka sehingga mereka sanggup berkorban untuk hidup dan berbuat apa saja untuk memelihara kehidupan ini.
Namun adakalanya persepsi mereka terhadap kehidupan merupakan persepsi yang salah.Kita hidup adalah untuk hidup dan kita akan menempuhi hidup yang sementara di dunia dan hidup yang selama-lamanya di akhirat dan kita bukan hidup untuk mencari kematian kerana kematian hanyalah merupakan satu transit alam ke alam yang lain.
Jika inilah kehidupan yang kita fahami maka kita akan terus bekerja dan berkarya mengikut acuanNya.Oleh itu ruang waktu yang Allah berikan kepada kita adalah untuk kita mencipta sejarah kita sendiri. Sejarah hidup kita merupakan titis titis air dan titis air itulah umur kita untuk kita menfaatkan.
Umur yang baik bukanlah pada panjangnya tetapi pada seberapa banyak yang boleh dimanfaatkan daripadanya.
Jikalah umur ini seperti riak air maka kita tidak boleh membiarkan riak itu bertenang dengan riaknya sahaja kerana jika tidak ianya akan lenyap begitu sahaja maka harus kita gelombangkan ia menjadi gelombang yang besar dan apakah yang boleh mengelombangkan ia?Tidak lain tidak bukan adalah angin
Bila kuatnya angin maka akan kuatlah gelora dan gelombang itu dan angin itu adalah iman!
Oleh kerana itu sebagai pemimpin , kita tidak dapat lari daripada sejarah dan sirah dalam membina manusia di bawah kita. Strategi Rasullulah dalam membina para sahabat menjadi manusia sejarah bukanlah pada kelayakannya, kecerdasannya walaupun itu tidak dapat dinafikan itu juga merupakan unsur yang penting tetapi unsur utama dalam asas pembinaan rijal itu perlu adalah IMAN itu sendiri.
Dalam Al Quran,iman selalu dimaknai dengan gerak yang amat dalam dan dengan iman yang merasuk jiwa dengan dahsyat inilah membuat para sahabat bergerak dengan lajunya sehingga mereka menjadi manusia sejarah. Manusia yang membina Empayar Islam,manusia yang dapat menakluki sepertiga dunia tanpa diarah dan dipaksa kerana kekuatan gerak peribadi yang disambung dengan iman mengelorai hati mereka sehingga bergerumuh di setiap sisi kehidupan keperibadian mereka .
Kita sepatutnya berusaha untuk memahami waktu dan hidup serta melaluinya dengan semangat perpacuan yang tak pernah dapat digoda oleh keindahan justeru menggunakan kenderaan jiwa kita ini untuk diisi dngan makna hidup yang sebenarnya. Jangan biarkan ruang kosong terisi dengan kehendak kehendak nafsu dan dunia yang sering ingin memutar belitkan kita.
Perjuangan dakwah dan jihad bagi manusia-manusia dakwah terdahulu adalah sebuah naluri dan naluri mereka terlalu cintakan ad-deen ini. Sekalipun umur mereka pendek namun gelora iman yang mereka bina di dalam diri mereka dan umur yang telah mereka gunakan untuk dakwah dan perjuangan sentiasa hidup dan mereka telah menjadi manusia sejarah justeru nikmat perjuangan dan iman mereka dapat kita teguk hingga kini!
Apabila secara peribadinya iman ini telah bergelora di dalam hati dan jiwa,maka pastinya dakwah ini tidak akan mati dan akan terus juga menjadi air dan gelombang di tengah-tengah kefasadan masyarakat oleh pendokong pendokong dakwah itu sendiri
Inilah rahsia mereka. Rahsia sahabat tabiin ulama’ zu’ama mujahidin dahulu menggores dan mencatitkan tinta tinta dakwah dan jihad dalam relung kehidupan ini!Ramai antara mereka yang telah menggadaikan umur mereka lantas syahid dalam usia yang muda seperti Imam Ghazali yang meninggal pada usia 45 tahun,khalihaf Umar Abdul Aziz pada usia 39 tahun dan Hasan AlBanna yang syahid pada usia 41 tahun.
Persoalan disini ialah bagaimana pula dengan kita?
Masihkah terdetik dalam hati untuk hidup 20 ke 30 tahun lagi dalam angan-angan untuk memeluk dunia ini dengan rakusnya dan mencintainya secinta-cintanya hingga kita mengabaikan risalah yang sepatutnya kita menyambungnya? Atau kita sama-sama memperbaharui komitmen kita sempena kedatangan tahun baru ini lalu kita bakar dan menyalakan semangat ini dan terus bekerja dalam bertugas merealisasikan kehendak-kehendak Allah dalam rentang waktu yang ada ini.
selamat menyambut awal muharram.
Kesulitan yang memberikan kekuatan
December 13, 2009
bismillah
Alhamdulillah,semalam baru sahaja selesai 1 paper utk surgery course.agak mencabar juga diagnosis case2 smlm.tp ala kulli hal alhamdulillah Allah masih memberi peluang utk kita belajar dan mengurniakan ilham yg baik kpd kita semua.doakan sy utk 2 paper akn dtg.kdg2 bila diri sibuk dgn study,kdg2 ada rasa kurang enak menjengah diri,terasa seolah2 kurang menunaikan hak kpd org sekeliling.sy manusia yg lemah,ada perkara yg sy tidak dapat tunaikan dgn sempurna.dan seharusnya sy menerima hakikat kelemahan itu.kehidupan ini amat banyak mengajar kita, akan kemanusiaan diri kita yang hina ini..
terkadang kita amat takut merasa rendah di hadapan manusia, takut tak beroleh tsiqah, takut dibenci dan tidak disukai manusia..
Lantas kita lebih terkehadapan untuk membuat sesuatu kerana mereka,memuaskan hati mereka, sehingga menyebabkan kita tak boleh nak terima, yang kita juga adalah manusia..
pasti ada saat futurnya
pasti ada saat downya,
lemahnya,
teruknya,
( rasa tak gunanya)
dan bila sesuatu kelemahan itu berlaku, kita sukar memaafkan diri kita sendiri, lantas mengutuk-ngutuk diri kita, menyesali dan tidak nampak jalan untuk berubah…
sedangkan Allah sentiasa suruh kita maju ke hadapan, move forward padaNya..
ٱنفِرُواْ خِفَافً۬ا وَثِقَالاً۬ وَجَـٰهِدُواْ بِأَمۡوَٲلِڪُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (٤١
Pergilah samada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. ( Taubah: 41)
Dan memang terlalu banyak perkara yang menguji kita, yang menyedarkan, yang kita tak mampu buat banyak perkara.. sehingga kita sedar bahawa…
kita ini hanya seorang manusia biasa…
exam yang bakal menjelma
masalah keluarga, duit,
masalah hati, cinta dan perasaan
masalah ukhuwah , masalah sahabat2 sekeliling,
program2 yang berlambak-lambak yang tak pernah surut..
tapi itulah dia kesulitan, dia menguatkan kita, dan make us realize, yang kita ini amat lemah, dan perlu berpaut pada Yang Maha Kuat, untuk menguatkan diri kita ini…
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ أَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُ إِلَى ٱللَّهِۖ وَٱللَّهُ هُوَ ٱلۡغَنِىُّ ٱلۡحَمِيدُ
wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa faqir kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. ( fatir: 15)
Dan Allah memang mengatakan kita ini faqir kepada dia… dan apa nasib orang faqir? kenalah meminta si Maha Kaya ( al-Ghaniy)
Sungguh aku tak takut kalian melalukan kemusyrikan sepeninggalanku. Tapi aku takut jika dunia menghampiri kalian dan kalian berlumba-lumba untuknya. Lalu kalian membunuh dan kalian celaka, sebagaimana umat sebelum kalian ( HR Muslim)
kerana kesenangan itu sentiasa membuaikan kita, menyebabkan kita leka,dan takkan baiki keadaan yang ada..
cubalah semua senang utk kita..
study ok…
family ok..
tarbiyah ok..
duit ok..
( boleh persoalkan juga, betul ke jalan dakwah yang kita lalui ini kalau semuanya ok, kerana tabiat jalan dakwah ini adalah para pendokongnya pasti akan diuji Allah)
bila semuanya ok, pergantungan kita pada Allah, pasti akan kurang..
maka kuranglah keikhlasan, dan paling utama kuranglah energy yang menjadi bekalan utama kita dalam jalan yang panjang ini…
dan energy itulah yang kita dapat dari pergantungan yang rapat dengan Allah…
dan mmg setiap kesulitan itu juga pasti akan melahirkan banyak sangat kreativiti..
kita akan ada banyak idea2 baru..
idea nak belajar cara efektif
idea nak bagi best penyampaian dalam halaqah
idea nak jana duit baru..
dan sebagainya..
dan inilah dia karekteristik seorang kader dakwah yang dinukilkan oleh Imam Hasan AlBana
Aku menggambarkan karekter seorang mujahid adalah seseorang yang telah menyiapkan perbekalan dan persiapannya. yang selalu memikirkan terhadap dakwah di setiap sudut jiwanya dan memenuhi relung hatinya. Dia selalu dalam keadaan berfikir, sangat memberikan pehatian pada dirinya agar sentiasa bersiap sedia ( utk dipanggil berjihad). Jika diseru dia menjawab, jika dipanggil akan memenuhi panggilan. Langkahnya, ruhnya, bicaranya, kesungguhannya, permainannya, selalu berada dalam ruang lingkup medan dakwah yang ia persiapkan dirinya untuk itu…
Allahu Akbar!!
inilah dia hidup di jalan dakwah ukhti ,
lintasan fikiran, degupan jantung, bisikan hati, gerak langkah, semuanya adalah untuk dakwah … ( bangun pagi fikir dakwah, tidur pun fikir dakwah)
Dan memang kerja-kerja ini amat payah dan sulit, serta mencengkam masa kita..
dan inilah energy baru kita:
a) Memurnikan niat kita beramal dakwah hanya untuk Allah. Sebab betullah, kalau orientasi kita untuk dapat nama, utk adik-adik suka kat kita, supaya kita tak boring life sorang-sorang.. kalau semua tu selain dari Allah…. kesemua itu akan sedut energy kita satu demi satu..
b) memberikan sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain yang memerlukan, terutamanya harta. Kerana menyedekahkan harta itu dapat menyelamatkn kita dari perasaan gundah gelana.
c) Tak tinggalkan amal ibadah wajib dan sunat yang sudah menjadi rutin, walaupun sedikit.
Dalam Hadis Qudsi:
“Allah SWT berfirman, HambaKu tak henti-hentinya mendekatkan diri padaKu dengan berbagai amalan sunah hingga Aku mencintainya. Jika Aku mencintainya, maka Aku akan menjadi telinga yang membuatnya bisa mendengar dan menjadi mata yang membuatnya bisa melihat.”
Sebab itu, kesempitan, kesulitan dan keletihan akan bertambah-tambah teruk jika seseorang itu menjauhi amalan-amalan sunat yang menjadi bekal bagi dirinya itu.
Tentu bagi kebanyakan wanita, musim itu datang sebulan sekali dalam hidup kita..
Minggu down, tak mampu beribadah, tak mampu untuk konsisten berhubung dengan Allah dan sebagainya. Hidup serba tak kena. Sensitif tak keruan. Buat tindakan membuta tuli, seolah-olah dia lupa dia pernah menjadi penyeru kebaikan itu sendiri..
tapi di situlah letaknya nikmat iman dan ukhuwah. Imanlah benteng pengawal kepada ketidak stabilan hormon itu. Dan ukhuwahlah yang mengekalkan al-ukht itu dalam orientasi islami selama dalam keadaan itu. Kita semua akan rasa sangat miserable minggu itu sebab kita akan terbuat benda-benda yang kita sangat berjihad untuk tidak buat di saat kita masih lagi mampu solat malam dan membaca Quran…
nak berzikir, tak sama bila baca Quran dan solat..
Subhanallah, pelbagai betul warna hidup manusia ini..
ad-dakwatu tasiiru biaa aw bi ghairinaa
dakwah akan berjalan dengan atau tanpa kami..
namun mahukah kita tertinggal gerabaknya?
Rasulullah SAW bersabda, “sesungguhnya Allah SWT memberikan dunia kepada orang yang Dia cintai dan orang yang tidak Dia cintai. Namun, Dia tidak memberikan keimanan kecuali kepada orang yang Dia cintai”
orientasikan segenap hidup kita utkNya samada study atau amal dakwah yg lain.belajarlah mengakui kelemahan diri dan jangan menghukum diri sendiri utk kelemahan itu ttp bangkitlah mencari penawarnya.
sekadar singgah utk memotivasikan diri utk next 2 paper.doakn sy!
Allah engkau dekat
December 6, 2009
bismillah.
hari ini aku melangkah longlai pulang drpd kuliah.entah kenapa,terasa 1 bebanan besar yg aku pikul di atas badanku ini sehingga menyebabkan aku terasa begitu letih sekali.letih dgn asakan dunia.letih dgn tuntutan dunia.dan aku hanyut dengan duniaku
perasaan rindu bertandang di hati.aku bertanya pada diri,sudah berapa lama aku tidak merinduiNya.aku begitu rasakan kehilanganNya sekarang.kosong.sepi.
kemudian aku putarkan sebuah lagu.
“Allah Engkau dekat,
penuh kasih sayang,
takkan pernah Engkau biarkan hambaMu menangis
kerna kemurahanMu
kerna kasih sayangMu
hanya bila diriMu ingin nyatakan cinta
pada jiwa2 yg rela digelar kekasihMu
Kau yg selalu terjaga,yang memberi segala”
sayu.aku lumpuh tanpaMu ya Allah.di setiap nafas aku memerlukanMu.aku tidak perlukan duniaku
kepadaMu kekasih, aku berserah kerana ku tahu Kau lebih mengerti apa yang terlukis dicermin, wajahku ini apa yang tersirat dihati, bersama amani … ….
syahdunya wahai Allah kiranya dapat menyintaiMu dengan sebenarnya.
Menjadi kekasihMu …dengan setulusnya. Sehingga ombak ombak dihati ini sentiasa berputar dan bergelombang dengan gelombang dzauk menikmati kenikmatan menghampiriMu di alam ruh ini.
Sehingga aku dapat butakan nafsuku akan silau silau dosa dan durhakaku padaMu.
Sehingga dapat kusatukan sujudku di mihrab itu hingga hatiku tidak ku palingkan lagi kearah lain, selainMu lantas ku serahkan cintaku yg sentiasa kusirami dengan sebutan zikir dan sebutan asma’ itu hanyalah untukMu.
Betapa ya Allah terlalu sukarnya hati ini memberikan cinta padaMu dengan erti sebenarnya sehingga aku terkadang bersifat munafik dengan diriku sendiri. Berkata sesuatu yg tidakku perbuat. Sehingga ucapan dari hatiku hanyalah suara suara kosong yang akan dimasuki oleh azabMu. Aku selalu bermimpi dan berangan angan dan memang setiap mimpi indahku, aku ingin menjadi kekasihMu . Namun itu hanyalah mimpi yang tidak bersambung dan berhujung. Sehingga aku tahu bahawa mata rantai hatiku denganMu hampir terputus! Terkadang aku cuba mendiagnose penyakitku tapi aku tak mampu meminum ubatnya. Adakalanya aku tidak mampu membebaskan kehendak-kehendakku dan membersihkan hati daripada belenggu kekuasaan hawa nafsuku sekalipun aku isytiharkan peperangan dengannya untuk membebaskan hatiku.
Perasaan-perasaan ynag diselubungi kabut dunia ini masih mengurungku sehingga terkadang aku amat takut Engkau membiarkan aku! Mencampakan hambaMu yang hina ini kedalam istidraj walau dalam hati ini tidak pernah suq zhan padaMu wahai Penciptaku!
Dari Ibnu Mas’ud, Rasullulah bersabda, Demi Dzat yang jiwaku berada ditanganNya, tidaklah seorang hamba menjadi muslim, hingga dia menyerahkan hatinya pada Allah
Memang aku akui, selalunya aku tidak dapat memenangkanMu wahai Allah atas hawa nafsuku sehingga aku amat terasa kekontangan hati dan perasaan ini. Perasaan halusku menjadi bertambah kasar sehingga dengan ayat ayatMu yang suci itu pun aku tidak merasa terkesan! Apa lagi mendengar cerita cerita akhirat ….. sehingga aku terasa gelap gelita tanpa cahaya dalam perjalanan menuju Mu. Untuk melihat wajahMu. Aku dapat rasakan juga ya Allah betapa lemahnya hubunganku denganMu tatkala dalam keadaan aku mengambil sifat sambil lewa dengan pentarbiyahan ini.
KepadaMu kekasih, terimalah penyerahan diriku dan ampunkan dosa dosaku serta ikhlaskan perjalanan menujuMu. Kepadamu kekasihku duniaku, yang tak mengerti kata kata dan kehidupanku, sedih kehilanganmu kerana memperlahankan jihad ku ….
hanya padamu kekasih …. aku berserah
hujan lebat,alexandria
eidul adha dan tadhiyyah
November 27, 2009
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Walillah hil hamd
segala puji bagiMu yang menganugerahkan kami dengan hari kebesaran tanda kemenangan bagi mereka yang berhaji dan tanda pengorbanan bg mereka yg berkorban
Ya Allah, hari ini aku kembali merindui Baitullah Mu. Aku kembali merindui tempat tempat suci Mu yang pernah kukunjungi 2 tahun yang lalu. Tika mana Engkau wahai Allah mengurniakan kepada aku nikmat utk mengunjugi rumahMu dan berjumpa kekasihku. Mengerjakan umrah dihari Jumaat yang penuh keberkatan yang didambakan setiap manusia yang mengerjakan umrah.bersama lautan manusia yang bergerak semata2 mengharapkan keredhaanMu.begitu indah sekali suasana itu
Disana terlalu banyak ku limpahkan airmata ku apalagi mengunjungi Badar dan Uhud.
Mengunjungi makam syuhada’.
Disana aku banyak belajar kesabaran ditengah jutaan manusia.
Aku banyak belajar bagaimana untuk mendahulukan manusia lain dari kepentingan diri sendiri.
Disana juga Engkau telah titipkan dalam ruh dan jiwaku supaya cintakan syahid. Cintakan dakwah. cintakan manusia disekelilingku yang masih terpingga pinga dengan agamaMu.Dunia dakwah dunia yang luas.
Seluas langit dan bumi.
Kita duat, hanyalah pengeraknya dan digerakkan olehNya.
Dakwah mengajar kita arti Tauhid. Erti keesaan Allah. Erti hak allah dan kekuasaan Allah. Erti tangungjawab. Dan dakwah dipenuhi seribu pengertian untuk kita menjana iman dan mengepam iman agar iman itu boleh menyelinap disegenap saluran darah dan sendi sendi kita dan akan terlahirlah aroma kehalusan seorang hamba hingga mencapai kepada makam ” hamba yang rabbani”.
Itulah dia, jika tarbiyah ini dapat kita hayati sedalam dalamnya.
Kita akan bekerja hanya untuk Allah.
Disini menguji niat kita. Dan niat itu kan terbukti apabila kita dapat melaksanakan kepatuhan yang berterusan. Kepatuhan yang tidak berpilih.
Kepatuhan kita kepada Allah dan ajaran Rasullulah bukan sekadar di dalam program program rasmi yang kita anjurkan sahaja sebagai pelengkap takwim tahunan kita, malah kepatuhan kita adalah sepanjang hayat dan selagi nyawa dikandung badan!
Dan jikalah kepatuhan kita hanya didalam program kita sahaja ( mungkin malu diperhati oleh naqib/naqibah/ masul ) dan selepas program, kita kembali semula dengan kehidupan asal kita yang penuh kemalasan, bermakna Islam itu masih belum lahir lagi dalam bentuk makalah ( sebati ) pada diri dan jiwa kita.
Amat malang lagi kiranya kita telah lama dalam tarbiyah justeru telah menjadi pemimpin dalam jamaah dan sikap ini masih belum berubah dan terbawa bawa dalam kembara hidup kita sebagai duat ini!
Kerana itu kita amat memerlukan tarbiyah yang berterusan agar islam menjadi sebati dengan kita. Dan jangan sekali kali menganggap program usrah sebagai secondary dalam hidup sekalipun hanya pertemuan yang seketika.
Usrah mengajar kita membina iman dalam bentuk tindakan agar kita terus bekerja dan bekerja dan tidak mengenal akan perhentian!
Usrah dan tarbiyah tidak ada station untuk berhenti kecuali kita pergi mengadap Allah SWT. dan iman yang lahir dari tarbiyah sebeginilah akan membunga dan membuahkan sikap kita untuk hidup dan mati kerana Islam dan melahirkan ” Ubudiyah Lillahi Wahdah”
bagi kita yang ingin hidup mencari keredhaan Allah ini, hendaklah ingat bahawa apa yang ada disisi kita berupa harta dan segalanya adalah hak islam dan pengorbanan inilah yang akan membuahkan kemanisan aqidah yang bersih dan ikhlas yang akan menjadikan kita ” Al Jund Aqidah wa Fikrah “ Pahlawan yang benar benar mempunyai sifat jundiyah ( perajurit/ pekerja islam ) atas dasar islam.
Jangan lupa.
Sentiasa perbaiki niat dalam perjalanan dakwah ini kerana niat bisa berubah tanpa sign dan amaran dan ini boleh merencatkan keimanan kita.
Terkadang syaitan mengelabui dan menyamarkan penglihatan kita.
Dan terkadang kita lihat ada sebhagian da’i sering berkata kata
” Akulah yang buat kerja tu. Akulah yang buat rencana itu sehingga program tu berjaya. Akulah yang pimpin sehingga sukses program dakwah tu, kalau tak ada aku, tak taulah!”
” Nak harapkan kamu, rasanya entahlah! Aku tak yakin dengan kamu”.
Itulah suara suara sumbang kita.
Suara suara syaitan yang menggunakan lisan kita.
Sebenarnya bukan AKU dan bukan juga KAMU tapi ALLAH! Allah dan Allah.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad Utusan Allah dan aku bersaksi bahawa allahlah yang mengerakkan kita dan berkat kurnia Allah, kita disini. Dimedan ini. berkongsi CINTA. Berkongsi suka dan duka. Tawa dan tangis. dan semua kita ada peranannya. hatta yang lemah diantara kita pun masih mampu memberi doa untuk kejayaan dakwah ini.
Kita harus ingat bahawa kejayaan kita, berkumpulnya kita disafkan dalam jamaah islam ini dan disatukan hati hati kita dan cinta kita ini bukan disebabkan oleh sesiapa hanyalah murni dari Allah SWT.
Rasullulah bersabda;
Apabila Allah menyintai seorang hamba, maka Dia memerintahkan malaikat malaikatnya untuk berseru ditengah manusia bahawa AKU ( Allah ) menyintai fulan, maka cintailah dia. Setiap orang di pagi dan petang mencintai hamba itu. Apabila Allah membenci seorang hamba ( nauzubillahi minzalik ) Dia memerintahkan malaikatNya untuk berseru ditengah manusia AKU ( Allah ) membencinya. Mak bencilah dia. Setiap orang dibumi ini membenci hamba itu.
Oleh itu ambillah nasihat Rasul ini dan memperbaiki hubungan antara sesama kita dan jamaah ini agar kita mendapat kedudukan diantara manusia dan dakwah kita memasuki jiwa mereka.
semoga erti tadhiyyah dalam menyumbang tenaga utk dakwah ini terus tersemat kukuh dalam hati ini sehingga Dia menjemput kita ke negeri sana.
salam eid adha utk semua!
taqabballlahuminkum
zulhijjah yang berlalu pergi
November 23, 2009
bismillahirrahmanirrahim
Zulkaedah yang telah berlalu pergi bermakna telah tiba kita pada Zulhijjah,bulan yang sinonim dengan bulan menunaikan haji dan hari raya Eidul Adha.namun tidak ramai yang mengenali bulan ini sebagai bulan yang mempunyai kelebihannya tersendiri.Ramai daripada kita yang telah maklum dengan kelebihan 10 malam-malam terakhir Ramadhan tetapi adakah ramai di kalangan umat kita yang maklum dengan kelebihan 10 hari-hari pertama dalam bulan Zulhijjah? Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).
Dalam satu riwayat yang lain,Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).
Manakala Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa Baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.
Sudah terang tawaran yang dianugerahkan oleh Allah kepada umat Islam pada bulan zulhijjah ini.Oleh itu,kita semua hendaklah menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk menambahkan amalan kita seterusnya dapat mendekatkan diri kita kepada Allah.antara amalan yang dianjurkan pada bulan ini ialah menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.
Bagi sesiapa yang tidak mampu untuk melakukan ibadah haji mahupun umrah,amalan berpuasa pada 9 hari awal pada bulan Zulhijjah terutamanya pada hari Arafah juga disunatkan. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, aku mengharap Allah akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.
Amalan bertakbir (Allahu Akbar) dan berzikir padaNya juga amat digalakkan pada bulan ini berdasarkan mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah) pada hari-hari 10 zulhijjah”.Terdapat juga firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah.
Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa juga digalakkan dan semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.
Kita juga harus berusaha untuk memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.
Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).
Kita juga telah disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.
Manakala pada 10 zulhijjah dan hari-hari tasyriq (11,12,13 zulhijjah) telah disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan.Ianya merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.
Pada pagi hari raya,setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
Kita patut mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini kerana ianya merupakan hari kebesaran Islam dan sebagai tanda kita bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah kepada kita selama ini,kita menyambutnya dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula kita menyambutnya dengan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.
semoga Allah menjadikan kita golongan yang mendapat pengampunan dan maghfirahNya pada zulhijjah ini.ameen
the glorified names
November 22, 2009
bismillahirrahmanirrahim…
i really love to hear this song every morning,because for me it has its own soul.and i specially dedicated to all muslims who read this.
Sesungguhnya nama-nama Allah itu mempunyai ‘roh’ yang mampu mendekatkan lagi diri kita dengan Allah.
Semoga lagu ini mampu menyuburkan cinta kita yang mudah pudar…
The Glorified Names
Oh All Beneficent
You are The Most Merciful
Oh The King, The Most Holy
Oh The Peace and Blessing
Oh The Guarantor, The Guardian, The Preserver
Oh The Almighty, The Self Sufficient
Oh The Powerful, the Mender
Oh The Tremendous
You are The Creator
Oh You are The Rightful
Oh The Fashioner of Forms
Oh The Ever Forgiving
You are The All Compelling Subduer and The
Bestower
The Ever Providing, The Opener, The Victory
Giver,
The All Knowing, The Omniscient, The Re-
strainer, The Straightener
The Expander, The Munificent, The Abaser,
The Exalter
The Giver of Honor, The Giver of Dishonor,
The All Hearing, All Seeing
The Judge, The Arbitrator, The Utterly Just,
The Subtly Kind
The All Aware, The Forbearing, The Indulgent,
The Magnificent, The Infinite,
The All Forgiving, The Grateful
The Sublimely Exalted, The Great,
The Preserver,
The Nourisher, The Reckoner, The Majestic,
The Bountiful, The Generous, The Watchful
You are The Responsive, The Answerer,
The Vast, The All Encompassing
You are The Wise The Loving, The Kind One
You are The All Glorious, The Raiser of The Dead
You are The Witness, The Truth, The Real
You are The Trustee, The Dependable, The Strong
You are The Firm, The Steadfast The Protecting
Friend, Patron and Helper
You are The All Praiseworthy, The Accounter,
The Numberer of All
You are The Producer, Originator, and Initiator of
All, The Reinstater Who Brings Back All
You are The Giver of Life, The Bringer of Death,
The Destroyer
You are The Ever Living,
The Self Subsisting Sustainer of All
The Perceiver, The Finder, The Unfailing,
The Illustrious, The Magnificent
The One, The Unique, Manifestation of Unity
The Self Sufficient, The Impregnable, The Eternally
Besought of All, The Everlasting
The All Able, The All Determiner, The Dominant
The Expediter, He Who Brings Forward
The Delayer, He Who Puts Far Away, The First, The Last,
The Manifest, The All Victorious
The Hidden, The All Encompassing
The Patron, The Self Exalted,
The Most Kind and Righteous
The Ever Returning, Ever Relenting,
The Avenger, The Pardoner, The Effacer of Sins
The Compassionate, The All Pitying
The Owner of All Sovereignty,
The Lord of Majesty and Generosity
The Equitable, The Requiter,
The Gatherer, The Unifier
The All Rich, The Independent,
The Enricher, The Emancipator
You are The Withholder,
The Shielder, the Defender
You are The Distressor, The Harmer
You are The Propitious, The Benefactor
You are The Light
You are The Guide
You are The Incomparable, The Originator
You are The Ever Enduring and Immutable
You are The Heir, The Inheritor of All
You are The Guide, Infallible Teacher and Knower
You are The Patient, The Timeless
menginjak subuh,alexandria
insyaAllah
November 13, 2009
bismillahirrahmanirahim
alhamdulillah baru sahaja membuat retreat session kecil2an bersama akhawat sekelian.jzkk utk antunna yg byk membantu selama ini.kekuatan itu akan lebih dirasai apabila bersama walaupun hanya utk makan2 dan mendengar taujihat.semua orang ada cerita masing2,kegembiraan dan kesedihan masing2,tp apa yang membezakan kita semua ialah cara kita untuk menghadapi semua itu.dan orang yg mempunyai jati diri yang unggul (tajarrud) sekali2 tidak akan mengalah.semoga kita semua dikurniakan himmah yang tinggi utk mengharungi hidup yg penuh onak dan duri ini.
hari ini ada ukhti berkongsi lagu yg sgt bermakna bg sesiapa yg ingin mencari semangat baru
Insya Allah – by Maher Zain
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way
here is the link for this song : maher zain
may it gives u a sort of relief feeling when u hear it.nway,kita harus selalu sedar yg sebenarnya qada’ dan qadar kita berada dlm perancanganNya yg telah ditetapkan sejak azali lagi.kita tidak boleh memilih bentuk ujian yang akan kita hadapi tetapi kita boleh memilih cara2 utk kita hadapi ujian tersebut.sama ada kita memilih utk menjadi redha dan kuat atau sebaliknya.dan semoga kita memilih Allah untuk menjadi sumber kekuatan kita
juz a quick post.tq for reading.hv a nice day~
bersama tasbih namaMu
November 12, 2009
bismillahirrahmanirrahim
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.itu sahaja kalimah yg bermain dalam akal fikiranku pada subuh ini.sebenarnya sewaktu solat subuh td,mata sangat mengantuk kerana smlm tidur agak lambat.tp ku gagahi juga meneruskan bacaan mathurat dan tadabbur.tiba2 rasa sangat tersentuh dgn ayat surah ar-rum 17-26
| 17 | Maka bertasbihlah kepada Allah di waktu kamu berada di petang hari dan waktu kamu berada di waktu subuh, | فَسُبْحَانَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ |
| 18 | dan bagi-Nyalah segala puji di langit dan di bumi dan di waktu kamu berada pada petang hari dan di waktu kamu berada di waktu Zuhur. | وَلَهُ الْحَمْدُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَعَشِيّاً وَحِينَ تُظْهِرُونَ |
| 19 | Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan menghidupkan bumi sesudah matinya. Dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari kubur). | يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَيُحْيِي الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَكَذَلِكَ تُخْرَجُونَ |
| 20 | Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak. | وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ إِذَا أَنتُم بَشَرٌ تَنتَشِرُونَ |
| 21 | Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. | وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجاً لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ |
| 22 | Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui. | وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّلْعَالِمِينَ |
| 23 | Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebagian dari karuniaNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan. | وَمِنْ آيَاتِهِ مَنَامُكُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُم مِّن فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَسْمَعُونَ |
| 24 | Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan hujan dari langit, lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya. | وَمِنْ آيَاتِهِ يُرِيكُمُ الْبَرْقَ خَوْفاً وَطَمَعاً وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَيُحْيِي بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ |
| 25 | Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah berdirinya langit dan bumi dengan iradat-Nya. Kemudian apabila Dia memanggil kamu sekali panggil dari bumi, seketika itu (juga) kamu keluar (dari kubur). | وَمِنْ آيَاتِهِ أَن تَقُومَ السَّمَاء وَالْأَرْضُ بِأَمْرِهِ ثُمَّ إِذَا دَعَاكُمْ دَعْوَةً مِّنَ الْأَرْضِ إِذَا أَنتُمْ تَخْرُجُونَ |
| 26 | Dan kepunyaan-Nyalah siapa saja yang ada di langit dan di bumi. Semuanya hanya kepada-Nya tunduk. | وَلَهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ كُلٌّ لَّهُ قَانِتُونَ |
seperti terasa renjatan elektrik mengalir pada badanku.jika selama ini membaca mathurat dalam keadaan separa sedar,namun rupanya disebalik berzikir namaNya itu pada permulaan hari,ada satu kekuatan yang mengalir masuk ke dalam hati lantas merenggut jiwa yang selalu lalai ini
terasa diri ini begitu kerdil di hadapanNya
terasa begitu bermakna hidup yang berpandukan ajaranNya
terasa begitu jelas kedudukan kita di dunia sementara ini
semalam sempat bertalaqi bersama sheikh muhammad.begitu hebat bacaan dan akhlaknya.duit yang hanya tinggal 1 genih 25 sen ttp masih bermurah hati untuk membelikan air mineral kpd kami yang dahaga.apa yang dia harapkan ialah doa daripada murid2nya yang meminum air itu agar dapat melihat wajah Allah di akhirat kelak.
begitu orang yang hidup bersama al-quran.dunia tak terasa sempit bagi mereka.
dan kesan zikir itu akan terasa jika kita betul2 menggunakan kesemua 5 sense yg dianugerahkan kpd kita
dan kuncinya adalah pada kita!pada mata hati dan deria yg di anugerah oleh Allah.bukalah mata hati kalian dan gunakanlah akal kalian utk melihat seluas2nya kehadiran Dia.dan anda akan dapati Dia berada dalam hati kalian serta kekuatan utk mengharungi hari tersebut insyaAllah
p/s: jangan bc mathurat dlm keadaan separuh sedar.nanti sedar2 da abis dan tak bermakna apa2.hehe =p
oklah,pagi ni tak boleh berfoya2 dpn laptop.nk kena masak sarapan.smg Allah merahmati kalian semua
apabila keimanan menyelubungi hati
November 8, 2009
bismillah
dengan namaMu yang Maha Agung,aku membisikkan kesyukuran ke hadratMu ya Rabb
alhamdulillah hari ini sempat juga sy mencuri masa utk mencoret sesuatu di sini.kelelahan menjalani hari2 kuliah yang agak panjang beserta jadual kelas2 alquran,fiqh dan sirah yang agak padat tidak akan melunturkan semangat seorang muslim sepatutnya.belum lagi tanggungjawab tarbiyyah yang patut diutamakan.dan selayaknya jua amalan2 harian terutamanya tilawah dan hafazan al quran amat perlu dititik beratkan.kadang2 agak terkilan juga dengan jadual kuliah yg mencecah hampir ke maghrib.terlalu ramai adik2 yang ku abaikan.ingin keluar berziarah dalam waktu yang terbatas agak tersekat,namun itu sepatutnya tidak boleh dijadikan alasan.namun kalau difikirkan,jika kita tidak mengisi waktu itu dengan perkara yang hak,maka dengan sendirinya masa itu akan diisi dengan perkara yang batil.dan aku sungguh gembira apabila berada dalam kesibukan mengabdikan diri pada Dia.terasa kebersamaan dan kesatuan itu.dan aku berdoa agar setiap detik nafasku ini adalah ibadah kepadaNya.semoga kalian juga begitu
sebenarnya hari ini sempat membelek berita di berita harian online.
13 terbunuh, 30 cedera ditembak
SARJAN Anthony Sills memujuk isterinya kerana bimbang anak mereka, tiga tahun, masih berada di pangkalan tentera itu. |
Pakar psikiatri tentera lepas tembakan di kem pertahanan
HOUSTON: Seorang pakar psikiatri tentera melepaskan tembakan dengan dua pistol di kem pertahanan Fort Hood, Texas, Amerika Syarikat kelmarin, mengakibatkan 13 orang terkorban dan 30 cedera.
Suspek berkenaan, yang dikenal pasti sebagai Major Nidal Malik Hasan turut terkena beberapa das tembakan tetapi terselamat.
Pihak tentera berkata lelaki bersenjata terbabit melepaskan tembakan kira-kira jam 1.30 petang di Pusat Penyediaan Tentera, di mana anggota menjalani pemeriksaan perubatan sebelum dihantar bertugas di luar negara.
Pegawai memerintah Fort Hood, Lt Jen Robert Cone memberitahu sidang akhbar, siasatan masih dijalankan tetapi laporan awal menyatakan hanya ada seorang penembak.
Cone berkata suspek berkenaan ditembak beberapa kali. Beliau sebelum ini berkata suspek dibunuh oleh polis dalam serangan di pusat kemudahan tentera terbesar dunia itu.
“Pada masa ini dia belum bercakap dengan penyiasat kami,” kata Cone mengenai Nidal Malik. Ditanya mengenai keadaan suspek, beliau berkata, “saya hanya boleh berkata dia tidak akan mati dalam masa terdekat.”
Ditanya sama ada kejadian itu adalah perbuatan pengganas, Cone berkata, “saya tidak menolak kemungkinannya tapi…bukti yang ada tidak menunjukkan demikian.”
Cone berkata lelaki bersenjata itu mempunyai dua senjata, salah satunya semi-automatik. “Tiada petanda ia senjata tentera,” katanya.
Ia adalah kejadian pembunuhan paling dahsyat yang pernah dilaporkan berlaku di sebuah pangkalan tentera AS. Mei lalu, seorang askar AS menembak mati lima rakannya di pangkalan tentera Baghdad.
Cone berkata satu majlis penyampaian sijil tamat latihan sebuah kolej sedang berlangsung di auditorium kira-kira 45 meter dari tempat kejadian tembakan ketika ia berlaku.
“Nasib baik beberapa askar bertindak pantas menutup pintu auditorium di mana kira-kira ada 600 anggota di dalamnya,” kata Cone.
Menurutnya, anggota askar tidak dibenarkan membawa senjata di dalam kawasan pangkalan dan hanya polis tentera dan pengawal keselamatan saja boleh memiliki senjata.
Sepupu suspek, Nader Hasan berkata Nidal Malik, yang dilahirkan di Amerika, menyertai tentera sejak sekolah tinggi. Dia berkhidmat sebagai pakar psikiatri di Pusat Perubatan Tentera Walter Reed di Washington DC, yang merawat anggota tentera yang cedera.
Katanya, sepupunya itu dipindahkan ke Fort Hood April lalu dan enggan ditukarkan ke Iraq.
“Sejak lima tahun lalu, tugasan di Iraq itu mungkin mimpi paling ngeri baginya,” katanya.
Insiden itu menambahkan lagi persoalan baru mengenai jumlah sebenar anggota tentera Amerika yang membunuh diri ketika berjuang selama enam tahun di Iraq dan hampir lapan tahun di Afghanistan serta tekanan melampau ke atas anggota individu, kebanyakannya yang sudah terbabit dalam beberapa peperangan.
Laporan awal berkata dua lagi anggota tentera ditahan sebagai suspek, namun pihak berkuasa berkata mereka kemudian dibebaskan.
Presiden Amerika, Barack Obama, yang bercakap dari Washington, menyifatkan kejadian itu sebagai “keganasan paling dahsyat” dan berjanji akan “menjawab setiap persoalan mengenai kejadian itu.” � Reuters
hm.begitu keadaan masyarakat yg gah pada luaran tetapi hati mereka terlalu kosong.terlalu kosong utk menghargai nilai sebuah kehidupan.
mereka mempunyai kelengkapan peperangan yang tercanggih dengan teknologi yang tak dapat digapai oleh orang islam di iraq.namun rupanya semua itu tidak dapat menguatkan kerapuhan hati mereka.dlm hati kecil mereka terlalu takut sebenarnya.
begitu bezanya jika relung jiwa itu dipenuhi rasa keimanan yang tidak berbelah bahagi kpd yang Maha Pencipta.berbekalkan tawakkal yang segunung tinggi.bagi aku,orang2 yang beriman itu ialah pemenang terakhir.walaupun serba kekurangan,begitu jauh beza kelengkapan dan senjata,namun hati mereka tidak pernah gentar untuk bertarung.sekalipun seluruh dunia menghitung bahawa yang akan mereka temui hanyalah kekalahan apabila menghadapi pihak musuh seperti israel dan USA,namun banyak kisah sirah yang telah membuktikan kemenangan itu terletak pada hati yang tunduk patuh pada sang Pencipta,bukan pada kemewahan material semata
jika kita imbas kisah badar kubra,di saat muslimin pada ketika itu sangat gentar dengan kekuatan musyrikin.namun ketinggian tawakkal mereka mengatasi segala2nya.dan faktor kemenangan hakiki ialah apabila mereka hidup utk mengejar kehidupan akhirat dan tidak ada secebis kecintaan pun pada dunia yang fana ini.sebenarnya Allah itu sebaik2 tempat bermohon dan Dia mampu utk memberi kemenangan kpd sesiapa jua yg dikehendakiNya dengan pelbagai cara yang tak pernah terlintas pada akal seorang manusia sekalipun!
Allah menurunkan hujan sebagai rahmat kepada tentera muslimin sehingga lembah kawasan perkhemahan mereka mempunyai air.tanah menjadi padat sehingga pjakan kaki menjadi mantap.pada waktu yang sama,hujan yang turun menjadi masalah besar kpd tentera musyrikin.tanah tempat mereka berpijak berlumpur sehingga menyukarkan pergerakan.rasa mengantuk yang menyelubungi mereka menambahkan lagi kelayuan utk berperang.Allah menyebut perkara ini di dalam al-Quran : (al anfal 9-13)
| 9 | (Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: “Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”. | إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ أَنِّي مُمِدُّكُم بِأَلْفٍ مِّنَ الْمَلآئِكَةِ مُرْدِفِينَ |
| 10 | Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bala bantuan itu), melainkan sebagai kabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram karenanya. Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. | وَمَا جَعَلَهُ اللّهُ إِلاَّ بُشْرَى وَلِتَطْمَئِنَّ بِهِ قُلُوبُكُمْ وَمَا النَّصْرُ إِلاَّ مِنْ عِندِ اللّهِ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ |
| 11 | (Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan mesmperteguh dengannya telapak kaki(mu). | إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِّنْهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُم مِّن السَّمَاء مَاء لِّيُطَهِّرَكُم بِهِ وَيُذْهِبَ عَنكُمْ رِجْزَ الشَّيْطَانِ وَلِيَرْبِطَ عَلَى قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الأَقْدَامَ |
| 12 | (Ingatlah), ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat : “Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkan (pendirian) orang-orang yang telah beriman”. Kelak akan Aku jatuhkan rasa ketakutan ke dalam hati orang-orang kafir, maka penggallah kepala mereka dan pancunglah tiap-tiap ujung jari mereka. | إِذْ يُوحِي رَبُّكَ إِلَى الْمَلآئِكَةِ أَنِّي مَعَكُمْ فَثَبِّتُواْ الَّذِينَ آمَنُواْ سَأُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُواْ الرَّعْبَ فَاضْرِبُواْ فَوْقَ الأَعْنَاقِ وَاضْرِبُواْ مِنْهُمْ كُلَّ بَنَانٍ |
| 13 | (Ketentuan) yang demikian itu adalah karena sesungguhnya mereka menentang Allah dan Rasul-Nya; dan barangsiapa menentang Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya Allah amat keras siksaan-Nya. | ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ شَآقُّواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَمَن يُشَاقِقِ اللّهَ وَرَسُولَهُ فَإِنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ |
Allah juga telah memperlihatkan sedikit bilangan tentera musuh kpd RasulNya ketika Baginda tidur.Ini dilakukan supaya tentera muslimin tidak patah semangat seperti dalam firmanNya: (al-anfal : 43-46)
| 43 | (yaitu) ketika Allah menampakkan mereka kepadamu di dalam mimpimu (berjumlah) sedikit. Dan sekiranya Allah memperlihatkan mereka kepada kamu (berjumlah) banyak tentu saja kamu menjadi gentar dan tentu saja kamu akan berbantah-bantahan dalam urusan itu, akan tetapi Allah telah menyelamatkan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati. | إِذْ يُرِيكَهُمُ اللّهُ فِي مَنَامِكَ قَلِيلاً وَلَوْ أَرَاكَهُمْ كَثِيراً لَّفَشِلْتُمْ وَلَتَنَازَعْتُمْ فِي الأَمْرِ وَلَـكِنَّ اللّهَ سَلَّمَ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ |
| 44 | Dan ketika Allah menampakkan mereka kepada kamu sekalian, ketika kamu berjumpa dengan mereka berjumlah sedikit pada penglihatan matamu dan kamu ditampakkan-Nya berjumlah sedikit pada penglihatan mata mereka, karena Allah hendak melakukan suatu urusan yang mesti dilaksanakan. Dan hanyalah kepada Allahlah dikembalikan segala urusan. | وَإِذْ يُرِيكُمُوهُمْ إِذِ الْتَقَيْتُمْ فِي أَعْيُنِكُمْ قَلِيلاً وَيُقَلِّلُكُمْ فِي أَعْيُنِهِمْ لِيَقْضِيَ اللّهُ أَمْراً كَانَ مَفْعُولاً وَإِلَى اللّهِ تُرْجَعُ الأمُورُ |
| 45 | Hai orang-orang yang beriman. apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung. | يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُواْ وَاذْكُرُواْ اللّهَ كَثِيراً لَّعَلَّكُمْ تُفْلَحُونَ |
| 46 | Dan ta’atlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. | وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ |
sesungguhnya janji Allah itu benar.dan kemenangan itu akan diberikan kepada mereka yang berpegang teguh dengan janjiNya.banyak lagi kisah dalam al-Quran dan seerah yang membuktikan kebenaran janji kemenangan ini seperti kisah talut dan jalut dan juga perang khandak.dan seharusnya jika kita inginkan sesebuah kemenangan itu,kita haruslah memenuhi kesemua kriteria2 pemenang pertarungan itu.menjadikan diri kita seperti golongan sebelum ini yang mana hati mereka sedikit pun tidak gentar menghadapi musuh kerana hati mereka telah pun diselubungi keimanan dan tawakkal yang tinggi menggunung.
bersama2 kita berusaha ke arah itu.sesungguhnya kemenangan akhir itu telah dijanjikan olehNya
wallahualam
di sana ada cinta
November 6, 2009
Kisah dakwah adalah kisah mahabbah.
Tidak mungkin berakhir selagi kita ada iradah.
Tidak mungkin berakhir selagi kita punya perasaan dan hati.
Tidak mungkin berakhir selagi aqidah tertancap dihati.
Tidak mungkin berakhir selagi cahaya menyembah bumi.
Disinilah menyatunya kisah kisah sang da’i yang serius dalam perjalanan ini.
Denyutan nadi mereka sambung menyambung.
Doa doa rabitah mereka sahut menyahut.
Bagai kokokan ayam diwaktu subuh.
Bagai arus elektrik.
Tidak kelihatan dimata tapi berpusar dihati.
Inilah dia wehdahtul ruhiyah (kesatuan ruh) yang terikat sejak dulu.
Sejak idola kita memulakan tarbiyah hingga sanad nya menjejaki kita hingga saat ini.
Hingga terpatrinya hati dan iradah kita untuk terus menyusuri jalan ini sampai hujungnya.
Sejauh mana pun kita berada, kita tidak pernah kehilangan mahabbah dijalan ini.
Fikrah menyatukan kita biarpun kita berlainan jamaah kerana wasilah bukan matlamat kita kerana kita menuju daulah yang satu.
Apa yang penting bagi kita adalah thabat ( teguh ) dijalan ini sekalipun fitnah ( halangan ) bersimpang siur melalui dikiri kanan depan belakang atas dan bawah kita.
Jangan kita melatah diperjalanan!
Berpatah balik atau lemah.
Atau meninggalkan jalan ini disebabkan rasa lelah yang berterusan.
Kelelahan itulah pahala.
Kelelahan itulah pembuktian iman
Dengan lelah itulah insyaAllah kita akan bersama syuhada’ badar.
Dengan lelah itulah insyaAllah kita akan bersama syuhada’ uhud.
Dengan lelah itulah kita dapat merasai apa yang telah duat terdahului merasainya.
Memang kita rasa kita renggang dengan Allah apabila semua waktu kita berikan kepada orang lain.
Tapi hakikatnya tidak demikian!
Kekuatan dakwah kita itulah petanda akrabnya hubungan kita dengan Allah.
Keletihan, kepenatan dan kelelahan itulah natijah iman yang benar yang kita tahkik kan kepada deen ini.
Tidak sia sia kita bersama mad’u dan anak binaan kita kerana kebersamaan kita dan dambaan mereka kepada kita adalah untuk membantu mereka
Meluruskan jalan mereka
Membasuh dosa mereka.
menyapu airmata mereka.
Mendengar rintihan mereka.
Bercanda menghiburkan mereka.
Itulah tugas kita!
Tugas yang kita tempah dan sudi mengembannya.
Jangan kita lari dari orientasi yang telah kita tanam dalam diri kita.
Orientasi kita adalah Allah dan akhirat.
Janganlah kita melencong dari orientasi yang berbeza.
Rasullulah bersabda
Barangsiapa yang beramal dengan akhirat tetapi orientasinya untuk mendapat kemewahan dunia maka tidak ada baginya bahagian diakhirat ~ Ibnu Hibban
Jika kita ingin mendapatkan akhirat tapi orientasi kita masih berkutat dengan dunia, masih mementingkan diri , mengharap pujian dan sanjungan dan habuan yang tidak pernah puas kita takkan mendapatkannya.
Begitulah orientasi memenuhi ruang fikiran kita kerana dia buah dari pemikiran kita.
Jika kita fikir kita ” kuat “ kita “mampu”, walaupun dalam keadaan kita lemah sebenarnya, tapi insyaAllah itulah petanda kita perolehi kekuatan kerana kita akan bertindak dengan positif.
Jika sebaliknya, kita betul betul menuai kegagalan dan ketidak berdayaan.
Kita harus tahu makna syukur dan tahu untuk melapangkan dada dengan takdir tuhan dan berterima kasih dengan nikmat yang diberikan.
Apalagi nikmat dakwah dan dapat bersama sama anak binaan kita untuk terus membina istana islam ini.
Istana ini amat memerlukan pengorbanan dari kehidupan kita justeru jika ini dihayati pasti kita dapat rasa keindahan hidup ini.
Kita ingin melihat Tuhan.
Dan orang yang ingin melihat Tuhan harus mengekang nafsunya dengan kekangan yang teramat!
Dan jangan sesekali kita tertipu apabila ” bermain dengan dunia” !
Nikmatilah permainan ini dengan sebaiknya.
Dengan iman yang telah kita bina.
Kemenangan kita bukanlah puasnya kita menikmati kehidupan dunia ini tetapi adalah berhasilnya kita menfaatkan kehidupan.
Kita belajar, bekerja, beribadah, berusrah, berinfak, berprogram, berwalimah dan apa juga yang menjurus kepada ubudiyah kepada Allah adalah semata mata untuk menfaatkan kehidupan.
Mungkin dijalan ini ada perkara yang kita tidak sekata, tidak sependapat dan bergesel pandangan. Namun semua itu adalah untuk mencari kebenaran.
Kita tidak perlu kecil hati jika ada antara kita tidak saling percaya, lebih lebih lagi berada dimaya ini yang berbagai manusia menerokainya. Kita tidak tahu dan kenal mereka. Kita kena hati hati. berbagai putar alam yang terjadi. Namun janganlah sampai kita sempitkan jurang taaruf kita hingga jarum pun tidak boleh menembusinya!
Yang penting kita tulus dijalan ini. Biarlah orang meragui kita. Masih terus menerus meragui kita. Apalah yang boleh kita lakukan apabila berinteraksi dengan skrin bisu ini.
Bagaimana harus kita buktikan gerak kerja kita. Haruskah kita pamerkan seluruhnya untuk menambat keyakinan dan kepercayaan hanya untuk melengkapkan taaruf itu sedangkan kita terhalang dan terhalang dengan prinsip prinsip yang baku bisu dan beku?
Prinsip itu amat perlu untuk menjaga muruah diri dan pesona seorang da’i. namun biarlah bersesuaian dengan waq’i. Janganlah disebabkan prinsip itu kita kehilangan sesuatu yang amat sukar kita temui dijalan ini!
Aku telah buat segalanya yang termampu ….
Mungkin tidak semua yang tertunai namun aku berusaha kearah itu.
Aku tidak mahu menyesal dipertengahan jalan ….
Yang mampu kita lakukan adalah berkongsi maklumat dan pengalaman dakwah agar kita semua dapat memeriahkan dakwah dimaya kita.
Dimana pun kita berada dijalan dakwah dan tarbiyah ini adalah sebab kita ingin membina syaksiyah seperti sahabah terdahulu demi untuk mencantikan agama yang sempurna ini.
Kita ingin pupukan akhlak yang terpuji sebagai khairul Nas ( sebaik baik manusia ) didepan ummah agar kita menjadi qudwah dimata masyarakat.
Menjadi khairul ashab( sebaik2 sahabat ) ditika kita bersama sahabat dan sohibah kita.
Menjadi khairul aaba ( sebaik baik orang tua ) disamping mutarabbi kita. Menjadi khairul mutorabbin ( sebaik baik murid) . Menjadi khairul Muraobbin ( sebaik2 guru ). Menjadi khairul jundi ( sebaik2 perajurit ) dimedan dakwah. Menjadi khairul qiyadaat ( sebaik2 pemimpin ) didalam jamaah kita.
Jika disana ada cinta ….pastinya mahabbah itu akan muncul juga untuk kita menyatukan ruh ini!
Kiranya tidak, itulah suratannya. Dan memang aku tak berdaya …
Kita tidak perlu takut dalam berdakwah. Dalam menerima dakwah. Dalam menyambungkan ukhuwah sekalipun antara kita disini tidak saling mengenal.
Aku percaya kita semua adalah syahibul masyirah ( teman2 dijalan dakwah ). Pastinya sifat taawun menjadi tonggak ukuhuwah ini.
Apa yang penting bagi kita adalah kesungguhan dan kebenaran dalam segala perkara. Kita sama sama ingin menghulurkan tangan kepada dakwah ini dan sama sama ingin membangunkan dakwah ini.
Mari kita bangunkan dengan semangat yang tegar. Jiwa yang hidup. hati yang baru. perasaan yang bernyala. Ruhani yang lembut.
Jangan terpenjara keseorangan.
Mari kuatkan keyakinan dan kebenaran diatas jalan ini. Keyakinan itu penting. Semakin seseorang itu yakin akan kebenaran jalan dakwah ini, akan keimanan ini semakin besarlah amal amalnya, semakin banyaklah pengikutnya, semakin penatlah ia, semakin terasalah ia akan kelemahannya kerana tidak dapat menyempurnakan tanggungjawabnya.
Namun semua itu petunjuk husnul khatimah dan semua kita menuju ke arah itu kiranya
…….disana ada cinta.
