apakah erti tarbiyyah?

Posted: April 10, 2010 in perkongsian diri

bismillahirrahmanirrahim

dikala kesibukan melanda diri namun diri ini tegar dengan perasaan ingin berkongsi sesuatu dengan pembaca semua.sehari ke sehari kita melangkah lebih jauh lagi,lebih ke hadapan.begitu juga dengan usia dan tarbiyah kita sendiri.mengkaji sirah nabawiyah dan sahabiat,menelaah buku2 karangan tokoh2 ternama di dalam medan dakwah dan mendengar taujihat2 daripada ayat2 al quran begitu cepat membuatkan hati semakin tunduk patuh dengan kekuasaan Allah yg Maha Agung seterusnya merasakan terpanggil utk memikul tanggungjawab khalifah yang berat ini.

nikmat faham ialah satu nikmat yg didambakan oleh semua orang kerana dengan nikmat faham akan melahirkan amal2 yang ikhlas.namun adakah kita semua memahami apakah itu erti tarbiyyah seperti yang disebut2 oleh semua orang?tarbiyyah yang bagaimanakah yg mampu untuk mengerakkan kembali manusia2 yg lena dibuai mimpi indah?adakah cukup sekadar mendengar ceramah2 umum dan kemudiannya pulang ke rumah kembali menjalankan aktiviti2 biasa yg melalaikan seperti televisyen,movies,facebook,kawan2,dan juga shopping?sesungguhnya manusia itu cepat lupa.mungkin kita akan tersedar dikala waktu pintu hati kita diketuk dengan kata-kata tazkirah yang menusuk hati,atau ketika didengarkan hadis2 Rasulullah dan ayat2 al quran..namun kita telah berada dalam kuasa penjajah begitu lama.selama 400 tahun penjajahan barat ke atas pemikiran kita sehingga terlahirlah generasi2 yang tidak lagi mengenal apakah itu kefahaman islam yang sebenar.

dan jiwa ini harus dididik kembali dengan sabar.dengan tarbiyyah yang merangkumi semua aspek.yang tidak pernah melupakan aspek ibadah dan amal,yang seimbang antara teori dan praktikal,yang mementingkan aspek ruh,jiwa dan juga akal.tarbiyyah bukan hanya sekadar thaqafah mingguan atau ceramah sekali sekala kerana untuk mengembalikan pemikiran dan jiwa islam ini,kita memerlukan kepada tarbiyah yang jitu dan padu,yang mampu melawan kembali  kesan penjajahan selama 400 tahun itu.

tarbiyyah itu mengikut sunnatullah.sunnah alam tidak pernah menipu kita dan kita tidak akan terlepas daripada hukum alam.maka tarbiyyah yang kita bawa juga harus selari dengan hukum alam kerana jika tidak ianya akan bercanggah dengan fitrah kita sebagai manusia.

bagi sesiapa yang berminat dengan ilmu fizik dan kimia,terdapat satu teori yang mungkin kita semua pernah mempelajarinya iaitu “law of entropy” yang bermaksud kayu ukur untuk melihat sejauh mana tersusunnya sesuatu molekul tersebut dan ianya merupakan perkara yang penting di dalam 2nd law of thermodynamics.

thermodynamic systems terdiri daripada atom atau molekul yang membawa tenaga dan tenaga tersebut dapat menukarkan satu form/bentuk (electrical)kepada bentuk yang lain (mechanical) dan ianya akan menukarkannya kepada bentuk yang mempunyai tenaga yang lebih kurang.

contohnya jika kita meletakkan sedikit air di atas piring dan kita biarkannya selama sebulan,lama kelamaan apabila kita lihat air itu sebulan akan datang,ianya telah hilang daripada pinggan itu yakni air itu telah tersejat.kenapa air itu tersejat dengan sendirinya?kenapa air itu memilih untuk menjadi udara dan bukannya kekal sebagai air?pernahkan anda semua tertanya2 akan perkara ini?ke saya je yg minat fizik sebenarnya?hu3

sebenarnya kecenderungan molekul itu untuk menjadi berterabur (bergerak kinetically dan bebas)lebih besar daripada kecenderungannya utk membentuk molekul2 yg rapat dan tersusun dalam bentuk air.itu undang2 alam

jika kita kaitkan dengan dakwah ini,manusia juga mempunyai kecenderungan yg sama.jika kita membiarkan manusia yg telah kita berikan padanya peringatan,maka kita hendaklah berusaha untuk berada dalam susunan atau sekiranya tidak begitu,kita juga mempunyai kecenderungan untuk berterabur.oleh itu dakwah yang tidak memberi tumpuan kepada tarbiyyah dalaman akan menyebabkan ahlinya berterabur walau apa sahaja organisasi tersebut.oleh itu usaha untuk menyusun itu perlu diberikan penekanan yg lebih dan fokus kita bukan sekadar untuk meramaikan ahli

jika kita lihat dari perspektif lain pula,andaikan kita ialah pengembala kambing dan kita sedang mengembala beratus2 kambing dalam satu masa,adakah jika kita hanya biarkan kambing2 tersebut berkeliaran tanpa dipantau,kambing2 tersebut masih akan setia kepada tuannya?atau kambing2 tersebut akan berkeliaran dan merayau2 ke merata tempat?jika kita mengambil analogi tersebut sebagai kajian dalam tarbiyyah,andai sekiranya kita berjaya mengumpulkan beribu orang sekalipun,namun tanpa tarbiyyah yang mantap,mereka juga akan berkeliaran kerana mereka tidak “ditambat” dengan teliti dan berhemah.jangan sekali2 terperdaya dgn bilangan yg ramai kerana mungkin bilangan yg ramai itu akan hilang dalam sekelip mata tanpa tarbiyyah yg jitu

tarbiyyah juga bukan sekadar rang undang2 yg dibuat untuk mengubah manusia menjadi baik.contohnya,jika kita mengatakan ahli keluarga A ialah keluarga yg islamik,adakah kita mengukur pada undang2 islamik yg ditampal pada pintu rumah tersebut?sudah tentu bukan begitu.namun ianya diukur berdasarkan qudwah yang mereka bawa apabila berhadapan dengan masyarakat.dan jika seorang ayah ingin mendidik anak2nya,adakah dia akan menggunakan semua undang2 untuk menjadikan anaknya seorang yang taat dan baik?sudah tentu juga bukan begitu.kerana 90% daripada usaha utk menjadikan anaknya seorang yg taat dan baik ialah melalui didikan yg baik dan undang2 hanya sekadar untuk melengkapkannya.oleh itu jika kita ambil perumpaan tersebut,adakah kita dapat membentuk sebuah negara yg islamik hanya berdasarkan undang2 yg islamik tetapi rakyatnya hidup dengan kefasadan?sudah tentu juga bukan begitu.kerja mentarbiyyah dan mendidik masyarakat perlu dijalankan terlebih dahulu sehinggalah semua rakyat dapat merasakan bi’ah yg baik di dalam masyarakat dan seterusnya undang2 datang untuk menyempurnakan bi’ah tersebut.

perjalanan dakwah yg seimbang pula ialah dakwah yg seimbang antara tarbawi dan juga intisyar(perkembangan) atau dalam kata yg sama antara dalaman dan luaran.jika sesuatu organisasi yg terlalu menumpukan terhadap proses luaran dan penyebaran tanpa mengukuhkan bahagian dalaman,lama kelamaan bulatan yg dibentuk juga  akan retak.ataupun sesuatu dakwah yg terlalu mementingkan tarbawi dan dalaman sehingga menyebabkannya beku dan akhirnya akan menyebabkannya retak jua kerana ahli2 yg cenderung untuk melihat kesalahan masing2 contoh yg paling sesuai ialah apabila kita berada dalam keadaan diam,tentu gigitan nyamuk akan menyebabkan kita lebih terasa sakit berbanding apabila kita sedang sibuk bekerja sudah tentu gigitan nyamuk pun mungkin kita tidak sedari

begitulah serba sedikit tarbiyyah yg diterangkan oleh muhammad ahmad ar rasyid dalam beberapa buah bukunya yg sempat sy simpulkan disini.semoga dgn kefahaman yg sahih akan membawa kepada amal yg ikhlas dan diterimaNya inshaAllah

Comments
  1. Dr Norbayani says:

    jzkk atas pencerahan.rasa pening sbb akir2 ni ramai org tnya sal tarbiyah,fikrah sumer..huhu.

    • nik_10 says:

      hehe..kalo pening makanla panadol noni!xpe,kita kene tau apa jalan yg kita lalui ini,kenali segala syubhat supaya pada masa akan dtg kita tak mudah goyah lagi.semoga kita semua dianugerahkan nikmat thabat insyaAllah

  2. dr enoll says:

    nice post..jzk

    Islam tu sendiri detail..dari bersiwak hingga berjihad..so utk faham islam perlukan didikan yg teliti..

    antara mslh yg byk timbul dlm klgn org yg ikut tarbiyah (sepanjang ana dlm trbyh la, nk ckp lebih br setahun jagung..hoho) adlh memilih urusan yg lbh aula.tp mgkin jg ‘silap pilihan’ tu slh 1 bentuk trbyh klu kita sentiasa muhasabah.klu xmuhasabah, mgkn xtau kita dah tersalah.

    eh ape yg daku bebelkan ni..adeh.lari topik ke?harapnye tak..hoho.xpelah.

    ~sama2 majukan diri dlm tarbiyah dan dakwah =)

    • nik_10 says:

      salam wbt
      ya,mmg islam itu telah disusun dgn teliti oleh Allah,sejak lahir kita akan diazankan/di iqamahkan di telinga sehinggalah kita meninggal dunia dimana menjadi fardhu kifayah utk seorang muslim mengkafankan,dan mengebumikan mayat tersebut.semuanya telah disusun dengan teliti di dalam islam.
      mengenali priority dan menyusun waktu adalah skill yg perlu di develop.dan ianya juga datang drpd hasil kefahaman yg jitu,org yg xfaham dgn tujuan hidup di dunia,antara agama dan hak diri,ant jasad dan ruh,antr fardhu ain dan kifayah,dia tidak mampu utk memberi priority kpd perkara yg lebih aula.dan ini semua akan dtg melalui kefahaman yg perlu dibina dan mungkin mengambil sedikit masa.
      teringat baru2 ini,syeikh talaqi suruh bersumpah,antara belajar medic dan quran,mana yg lebih penting..medic itu fardhu kifayah,ttp bljr quran itu fardhu ain,tp disebabkan fikiran kita semua telah dicelup dengan ideologi keduniaan,menyebabkan kita semua menganggap quran itu hanya sbg “kelas tambahan” dan perhatian yg kita berikan padanya dr segi mengulangkaji apa yg telah diajar tidaklah setinggi kita berikan pada medic.fuhh,pjg lebar pulak,xtau mcm mana nk terangkan dalam bhs yg ringkas.harap dpt membantu.wallahualam

  3. ishiku says:

    salaam kaknik,
    tengah study2 ni saya tertarik untuk membaca blog kaknik pulak..hehe
    terkesan pula bila sampai persoalan ‘priority’..memang saya selalu tersalah pilih
    kelas talaki pun dah tertangguh lama..
    jzkk atas perkongsian..=)

    hidayah ghazali

  4. [...] p/s: regarding the detail on how to change is not my specialty. there are lots of books for this out there. find them, maybe this is your 1st step, insyaAllah Allah will help you afterward. also check this out: Islahunnas (memperbaiki diri) but to me, there are no better changing force than tarbiyyah. what’s tarbiyyah really means? hope these help: Erti tarbiyyah [...]

  5. nik_10 says:

    slm.jzkk atas link.harap dpt tunjuk ajar dan nasihat berguna.barakallahufeek

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s