salam ukhuwwah saya sampaikan…

Posted: September 1, 2009 in coretan hati

bismillahirrahmanirrahim…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang saya mulakan.Sesungguhnya segala puji bagi Allah Tuhan yang memelihara sekelian alam.Kita memuji Dia,meminta pertolongan kepadaNya,memohon ampun kepadaNya dan kita meminta perlindungan kepada Allah swt dari segenap kejahatan diri kita dan dari segala keburukan usaha kita.

Aku tidak dapat menghitung pujian kepada Engkau Ya Allah,Engkau sebagaimana pujianMu kepada diriMu,perkasalah perlindunganMu,besarlah pujianMu dan tidak ada Tuhan kecuali Engkau.Wahai yang telah memberi nikmat Islam kepada aku dan itulah sebaik-baik nikmat.Semuanya itu adalah limpah kurnia,kemuliaan dan rahmat daripadaMu.Aku memohon tambahan lagi kepada Engkau daripada yang demikian supaya Engkau menyempurnakan nikmatMu kepadaku dan kepada saudara-saudaraku di atas jalan dakwah dengan husnul khatimah (kesudahan yang baik) dan supaya Engkau mengurniakan syahid di jalanMu dan memasukkan kami di dalam Jannatul Firdaus yang tertinggi bersama-sama dengan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka dari kalangan para nabi-nabi,siddiqin,para syuhada’ dan salihin dan mereka itulah sebaik-baik teman

Alhamdulillah,setelah sekian lama teragak-agak untuk memulakan perkongsian di sini,akhirnya Allah jualah yang menggerakkan hati ini untuk mula menulis.risau masa akan terus mencemburui diri dan juga dihalangi banyak perkara-perkara yang membatasi diri,namun pada Allah jualah harapan agar sentiasa diberikan kelapangan waktu yang seketika ini utk berkongsi di sini.

Saya memohon kepada Allah supaya tulisan di sini berfaedah dan memberi manfaat kepada para muslimin di serata tempat.saya memohon kepada Allah supaya mengampuni segala kesalahan dan kekurangan yang terdapat dalam tulisan ini.kepadaNya jua  saya harapkan perlindungan daripada segala perasaan riya’ dan hasad dengki atau mungkin juga tulisan yang tidak disertai amalan,namun semoga tulisan di sini merupakan salah satu sumber kekuatan kepada saya utk melakukan amalan tersebut.semoga Allah sentiasa membimbing hati ini untuk terus istiqamah di jalanNya.tulisan di sini juga adalah sekadar pandangan peribadi yang ingin saya kongsikan,bukannya mewakili pandangan daripada mana-mana persatuan.

Akhir sekali saya berharap supaya para pembaca tidak melupakan saya tatkala kalian berdoa kepada Allah,semoga yang demikian itu memberi faedah kepada saya di dunia dan akhirat.semoga Allah mengumpulkan kita bersama di dalam Jannatul Nai’m dan mengurniakan syahid pada jalanNya. Wahai Tuhanku,terimalah.Amin.

langkah bermula di jalan dakwah ini - minggu pertama di alex : 20 Ramadan '06

langkah bermula di jalan ini - minggu pertama di alex : 20 Ramadan '06

Comments
  1. mysar1124 says:

    salam wbt.
    makbruk alaik, akhirnya diberi kekuatan jugak nak buat blog.
    xpelah soal lay -out, design kita pelan2 jelah.
    yang penting ade mesej nak disampaikan.
    moga2 blog ni terus maju dgn post2 yang menarik.
    selamat menulis!!!

  2. nik_10 says:

    wslm wbt

    huhu.doakanlah yang terbaik utk sy.moga usaha yang kecil ini dikira sebagai ajr disisiNya.penat jugak rupanya buat blog ni,edit sana sini,lay-out pon tak menarik.kene menuntut ilmu dengan kjoji ngn k ati dulu nmpknye.hehe

  3. hanun says:

    slmt b’blogging ukhti!*wink!*
    m0ga hati2 kte trus utuh pd jalanNya yg SATU..
    rabbuna yusahhil!=)
    slm rndu…

    L.O.V.E

  4. nik_10 says:

    haha.amatur lagi.ni pun nak update terkial2 lagi.kene g menuntut ilmu lg ni.cepatla balik cni ajar knik~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s