ramadhan yang dirindui

Posted: September 2, 2009 in coretan hati

bismillahirrahmanirrahim…

kepada Allah jualah segala puji dipanjatkan.Dia yang Maha Agung dan Tinggi,tempat bergantung bagi sekelian makhlukNya.

menginjak tanggal 13 ramadhan 2009.masa yang tidak mungkin menunggu kita.begitu hukum masa,tidak mungkin dapat diganti masa yang berlalu.

dalam masa seminggu lagi saya bakal pulang ke malaysia.malam ini penuh sayu mendengar bacaan sheikh hatem semasa solat terawih di jame’ ibrahim.suasana yang tidak mungkin saya akan lupakan seumur hidup saya.pertama kali menginjakkan kaki di jame’ ibrahim pada 2 tahun yg lps terus membuatkan sy ternanti2 utk menyambut ramadhan di sini.

suasana di jame' ibrahim.beribu-ribu jemaah dalam 1 malam..masyaAllah

suasana di jame' ibrahim.beribu-ribu jemaah dalam 1 malam..masyaAllah

alhamdulillah tahun ini saya menjadi tetamuNya lagi disini.malam pertama saya menjejakkan kaki di sini,air mata bercucuran jatuh tanpa henti.perasaan rindu selama setahun akhirnya terungkai jua.semasa solat tahiyyatul masjid utk malam pertama ramadhan,setinggi2 kesyukuran sy panjatkan ke hadratNya kerana masih lagi memberi peluang utk mengecapi nikmat ramadhan dan sy berdoa supaya dipertemukan lagi dgn ramadhan tahun hadapan di sini atau mungkin yang lebih baik di haramain.ameen ya rabb~

angin pantai bertiup sepoi2 bahasa mengiringi alunan ayat al quran bacaan sheikh hatem yang mendayu-dayu.di kiri kanan terdengar suara esakan jemaah,merintih memohon ampunan dariNya.beribu jemaah sujud dan rukuk mengharapkan redhaNya.satu suasana yang cukup bermakna bagiku.

belum lagi tiba masa tahajjud.bilangan yang makin berganda daripada terawih yang hampir mencecah angka puluhan ribu.semua orang berpusu-pusu datang dari segenap tempat sehinggakan seorang makcik tua datang dari tempat tinggalnya yang jauhnya 45minit dari masjid dengan menaiki bas setiap hari.begitu cekal semangat makcik itu utk turut sama merasai nikmatnya ramadhan.segenap ruang yang ada dipenuhi,di atas rumput,jalan raya,tangga mahupun di celah2 bangunan dan sudah tentu masa tahajjud lebih lama daripada terawih kerana ingin mengkhatamkan quran dalam masa 10 hari.bagi saya,inilah malam pesta.pesta ketaatan yang sangat menghiburkan hati.

jiwa masyarakat mesir yang hidup,bukan seperti patung-patung bernyawa materialistik di malaysia.mereka walaupun pada lahiriahnya miskin,namun jiwa mereka sangat kaya.pernah saya menaiki teksi ketika menuju ke rumah ukhti utk berbuka puasa bersama-sama,yang kelihatan di jalan raya adalah remaja-remaja yang menghulurkan kurma kpd setiap pemandu mahupun pejalan kaki.mungkin suasana ini ada kat malaysia time2 pilihan raya je kot.hehe.mereka sanggup melepaskan nikmat berbuka puasa bersama juadah2 enak di rumah kerana ingin merebut pahala memberi makan kpd org yg berpuasa.yang lebih hebat,membuat mai’datul rahman ataupun open house setiap hari utk sesiapa sahaja terutama golongan fakir miskin utk berbuka puasa.kagum saya dengan sifat mereka yang tidak lokek dan mengejar setiap peluang kebaikan yang ada.

satu lagi pengalaman yang  menjadikan ramadhan di sini ramadhan yang dirindui ialah budaya membaca al-quran.sama ada di dalam tram (tren) ataupun tramco (van),bas dan di tepi-tepi jalan.semua orang tidak kira tua mahupun remaja akan memegang al quran dan bertilawah sebanyak mungkin.suasana yg sy kira tidak pernah wujud di malaysia.pernah sy membaca quran di dalam komuter,sy rasa semua mata yang ada di dalam gerabak komuter itu tertumpu ke arah sy.mungkin krn bimbang sy pembawa ajaran sesat agaknya.manakala orang2 yang membuat maksiat bersama2 couple masing2 di dalam gerabak itu tidak pula dipandang serong.haih,malaysiaku.sungguh menyedihkan.

apapun baki yang tinggal janganlah dipersiakan.semoga semuanya dapat merasai nikmatnya ramadhan dan merindui kehadirannya.seperti mana sahabat rasulullah menangisi perginya ramadhan selama 6 bulan dan berdoa agar dipertemukan lagi dengan ramadhan yg berikutnya pada 6 bulan berikutnya,seperti itu juga patutnya kita.

semoga kita semua berada dalam ketinggian iman dan direzekikan dengan kemanisan beramal.ameen.

gambar ni si chibi sibuk nk bergambar jugak,xpela,bagi jela peluang kat dia..hehe

gambar ni si chibi sibuk nk bergambar jugak,xpela,bagi jela peluang kat dia..hehe

pemandangan jame' ibrahim dan pantai alex

pemandangan jame' ibrahim dan pantai alex

Comments
  1. maq anih says:

    thn depan bleh la taja adik kamu ke sana yer..lalala

  2. mysar1124 says:

    salam. budaya AlQuran kat Mesir mmg hebat. sampai kita pun senang nak ikut. kadang2 segan tgk orang lain pgg Quran, yang kita ni dok melangut je kejenya. huhu.
    ‘Abdullah bin Mas’ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

    “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab ALLAH TAALA maka untuknya diberi satu ‘hasanah’ (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (’Alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.”

    (Hadith riwayat Tirmizi)

    Hari tu baca Quran dalam komuter, lantaklah orang lain nak tgk ke ape ke. Kalau tgk sama2 dapat pahala kan.. Kena bawak budaya ni kat Msia..xsalah pun..yg penting kena berani buat perubahan..hehe

    doakan saya kat sini.. bestnya jamek ibrahim..tp kat surau rumah sy pun best gak..hehe..ade tazkirah pendek..Alhamdulillah..best2..

    selamatla pulang ke Msia lg seminggu!

  3. ummuasad says:

    Awbt..
    Ramadhan Kareem,kullu am wa antum aqrab ilaih!!!hihi,ade blog tak btau ye..dh trjumpe kat laptop awk sendri..mabruk,moga beroleh ganjaran atas muntalaq yang suci dan ikhlas.!jom rebut kelebihan ramadhan bersama🙂
    p/s:jamalludin lah bkn jamaluddin

  4. deiya says:

    k nik.slmt dtg ke alam blog.
    hehe, “k nik x layan blog kunun~”

    smoga mjadi satu wadah dan wasilah dakwah.

    k nik, rindu sgt kt sana.doakn sy kak nik.
    doa byk2, spy Allah bagi kekuatan hati

  5. nik_10 says:

    hehe..nak buat cmne.dalam ketidaksukaan pon kene buat juga kan.
    iA knik doakan semua akhwt thabat di malaysia dan diberikan kekuatan.bykkn doa ms bulan ramadhan esp ms bgn qiam.iA kdg2 Allah menguji utk menguatkan iman,so anggapla ujian itu sebagai hadiah kekuatan hati drpd Allah

    lg 2 hari nk blk msia,tp rs syg nk meninggalkan ramadhan di sini..uwaa~ruginya balik tym 10 mlm terakhir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s