aku dan dia

Posted: September 6, 2009 in perkongsian diri

bismillahirrahmannirrahim..

kpd Allah jiwa ini merintih dan merayu..semoga Allah mengurniakan kekuatan dalam jiwa.hamba yg lemah,tidak punya sebarang kekuatan melainkan segalanya daripadaNya.ya Rabb,Allah yg Maha Agung dan Tinggi,kepadaMu segala pujian kupanjatkan.

alhamdulillah setelah dilanda zaman kesibukan selama 2 hari kerana menjadi tuan rumah utk iftar jamaie,hari ini sempat juga sy berkongsi sesuatu di sini.smlm adalah hari yang gembira buat sy krn dpt berjumpa dengan semua akhawat,dari cairo mahupun mansoura dan juga tidak sangka dpt bertaaruf dgn akhawat dari india.indahnya ukhwuwwah kerana Allah,kerana kita berjumpa hanya keranaNya,tidak ada langsung kepentingan dunia antaranya.

hari ini sempat juga sy membelek2 buku sirah.dan kerinduan pd rasulullah mula menjalar dlm hati.rindu utk berjumpa dgn rasulullah di raudah lagi.dan sudah tentu rindu sekali utk berada bersama halaqahnya di Jannatul Firdaus nanti.ameen.

sy rs tiada seorang pun yg mendapat kecintaan dan kekaguman spt yg diperolehi oleh Nabi Muhammad saw.

kecintaan para sahabat dan tabi’in kpd baginda menyebabkan perasaan mereka bergetar,raut wajah mereka berubah dan air mata mereka mengalir setiap kali mereka mendengar nama baginda disebut.begitu ukuran cinta mereka pada baginda.

sy kira tidak akn didapati di kalangan org2 islam walaupun yg paling ” kosong” hatinya orang yg tidak mempunyai perasaan kasih dan hormat terhadap rasulullah saw,walaupun mereka menyembah Allah dalam keadaan jahil dan tidak menunaikan kebanyakan perkara2 asas di dalam ad-deen.

adapun org2 yg bukan pengikutnya,kebanyakan mereka telah memburuk-burukkan baginda.walaupun begitu,sebilangan besar mereka tdk dapat mengawal diri daripada mengkagumi keperibadian baginda tanpa mengaitkannya dgn risalah yg dibawanya.mereka mengatakan bahawa baginda adalah lelaki yg agung.begitu juga mereka mengatakan bahawa baginda memiliki sifat-sifat yg menyebabkan manusia mencintainya.

ya,sy rasa tidak ada seorang pun yg memperolehi kasih dan kekaguman drpd manusia spt yg diperolehi oleh Rasulullah saw

gambaran peribadi Rasulullah saw memberi makna yg mendalam di dalam hati ummatnya.sesungguhnya ia berada di sana,jauh di lubuk sanubari mereka.ia adalah ruh cahaya yg halus,ia adalah sinaran yg bersinar,ia adalah kilauan cahaya yg terang,ia adalah ruh yg berjalan di dalam kelembutan hati dan di dalam kehalusan alam…walaupun begitu,ia bukanlah hakikat yg lahir di alam realiti.

sesungguhnya ia adalah hakikat “sufi” yg terpencil di dalam perasaan dan tersorok di lubuk sanubari.dan ia bukanlah gambaran yg hidup dan bergerak di dalam realiti kehidupan,dari perasaan dan fikirannya,dari peraturan dan arahannya,dari peruntuhan dan pembinaannya..

tidak ragu lagi bahawa pemencilan ini mempunyai sebab2 sejarah.

di zaman abu bakar dan umar ra,Rasulullah saw tidak terpencil daripada perasaan muslimin.muslimin pada masa itu hampir dgn baginda dari segi jarak masa.mereka sentiasa hidup bersama-sama ingatan yg segar di dalam jiwa mereka terhadap baginda saw,bersama gambaran yg jelas di khayalan mereka,di waktu pagi dan petang,di waktu aman dan perang,di dalam ibadah dan kerja-kerja mereka.gambaran lengkap yg merangkumi kehidupan keseluruhannya.gambaran yg sama di dalam sanubari dan di dalam realiti kehidupan masyarakat.

tetapi hampirnya jarak masa bukanlah satu-satunya sebab yg menjadikan muslimin merasakan baginda hidup di dalam jiwa dan sanubari mereka.sebaliknya sebab yg utama ialah berterusannya ajaran dan manhaj tarbawi Rasulullah saw di dalam membentuk tindak tanduk umat muslimin ketika itu .

para muslimin ketika itu merasakan ajaran Rasulullah saw hidup dengan sebab ajaran dan manhajnya walaupun tubuh badan baginda tidak lagi wujud di alam nyata.

dan apakah nilainya alam nyata kalau dibandingkan dgn alam jiwa?

sesungguhnya sesuatu tidak diukur dgn sebab ia wujud atau tidak di alam nyata.tetapi ia di ukur dengan kadar kewujudannya di alam jiwa dan sejauhmana kesannya tertanam dalam perasaan,pemikiran dan tingkah laku.

hanya di atas asas ini sahaja kita mengukur kewujudan Rasulullah saw di dalam jiwa orang2 yg beriman dan yg tidak beriman.

setiap kali bertambahnya perbezaan jarak di antara realiti kehidupan yang ada dengan ajaran Rasulullah saw,maka gambaran baginda akan bertambah luntur dari jiwa muslimin sehingga akhirnya ia sekadar “model” yg bersinar di dalam perasaan dan bukannya “model” yg hidup di hadapan mata;model yg terpencil daripada realiti kehidupan,yang tidak mentadbir kehidupan,tidak menggariskan manhajnya dan perasaan tidak menuju ke arahnya utk berjalan di bawah petunjuknya.

dan pemencilan model Rasulullah saw yang tenat dalam jiwa muslimin hari ini berlaku kerana pemerintah dan masyarakat islam jauh daripada islam;nama dan ruhnya.dan juga kerana barat bertindak sebagai pentadbir masyarakat dan politik.

dan hasilnya,masyarakat islam berubah wajah menjadi masyarakat yg berpecah dan rosak serta dihiasi dengan pemikiran2 barat terhadap kehidupan.ia tidak lagi Islam sebagaimana dahulu dan tidak lagi menjadi satu-satunya yg istimewa.

dan pada saat ini,Rasulullah saw langsung tidak wujud dlm realiti kehidupan.baginda tidak wujud sebagai satu kewujudan yg hidup dan lahir daripada darah dagingnya,pemikiran,perasaan,penyusunan,arahan,kebendaan dan ruhaninya..kewujudannya hanya terbatas dalam perasaan manusia yg negatif di dalam sanubarinya,dalam kesedihan..Rasulullah saw telah menjadi satu model kosong,semata-mata satu model.model yg tidak terhalang daripada dongengan kosong dalam khayalan.

alangkah ruginya umat islam hari ini!

bagaimana mereka boleh melakukan perbuatan itu?bagaimana mereka boleh mengabaikan kewujudan rasulullah saw  dan mengasingkannya daripada kehidupan?rasul yg merupakan kuasa yg benar2 hidup,bergerak,bekerja,menghancurkan jahiliyyah dan membina islam dan tidak berhenti walaupun sesaat daripada melakukan kerja.siapakah yg melakukan perkara tersebut?para pengikutnya dan pencintanya?

sekiranya Rasulullah saw hanya hidup di tempat ibadatnya…

sekiranya baginda seorang ahli falsafah yang hanya pandai berteori tetapi tidak mampu melaksanakannya…

sekiranya baginda seseorang yg memperkatakan kpd manusia ttg mimpi2 indah dan idealisma yg tinggi tanpa menerangkan bagaiman jalan hidup di dalam realiti kehidupan di bumi ini…

sekiranya dia seorang penyair atau tukang tilik…

sekiranya baginda adalah salah seorang daripada mereka tersebut,maka bolehlah manusia memencilkannya dari dalam perasaan mereka dan memberikan “cinta teori” dan kekaguman kosong kepadanya,kemudian mereka tidak menghiraukannya ketika menjalani kehidupan di alam realiti dan beraktiviti di muka bumi.

adapun org yg menerangkan kpd mereka bagaimana cara menguruskan kehidupan di atas muka bumi…

orang yg telah memegang sendiri cangkul lalu meruntuhkan kebatilan di hadapan mata mereka dan sebagai gantinya beliau telah membina mahligai kebenaran…

orang yg telah berperang bersama mereka dan mewujudkan keamanan…

orang yg membina negara mereka sedikit demi sedikit sehingga binaannya tertegak gagah yg tidak dapat ditandingi oleh satu binaan pun di atas muka bumi ini…

makan dan minum bersama mereka..

menemani mereka dan mereka menemaninya..

hidup di hadapan mereka di setiap saat kehidupan dan di dalam setiap perasaan dan perlakuannya..

orang yg mereka lihat telah mengatur semua urusan sama ada besar atau kecil supaya perlakuannya menjadi sunnah yang diikut dan membentuk contoh ikutan yg baik kpd manusia…

adapun orang yg bersifat dengan semua sifat itu,di manakah jenayah beliau sehingga dia diabaikan dan hanya membataskannya di dalam perasaan?

adakah Rasulullah saw datang untuk dipencilkan di dalam perasaan sedangkan agama yg dibawanya adalah agama yg tidak mengakui pemencilan di dalam perasaan?

di antara ciri2 agama ini yg paling jelas ialah ia adalah agama zahir dan batin.ia tidak redha zahirnya bersih sedangkan batinnya tidak bersih.dengan itu lahirlah org yg menunjuk2(riya’) kepada manusia.ia juga tidak redha batinnya bersih tetapi tidak mempunyai cahaya di alam zahir,dengan itu kehilangan peranan dan maknanya.ia adalah agama yg menjadikan semua amal sebagai ibadah.rasulullah saw adalah rasul yg menjadikan seluruh kehidupannya ibadah dgn beramal..amal yg bermanfaat,menghasilkan buahnya dan dapat dilihat.

selepas semua itu,bagaimanakah ia boleh berubah manjadi model yg terpencil di dalam hati muslimin walaupun ia merupakan model yg tertinggi dan terindah di atas muka bumi?

*izinkan sy guna ganti nama aku utk monolog dalaman ini

perasaanku terhadap rasulullah saw selama-lamanya merupakan perasaanku terhadap realiti sebenar yg menjelma,bukan terhadap khayalan kosong di awang-awangan.

perasaanku akan dioncang dengan kuat sekali oleh gambaran yg masyhur di dalam buku sirah setiap kali aku membacanya.

aku melihat kepada gambaran yg menjelma di khayalanku,maka aku melihat cahaya yg terang dan bersih yg terbit daripada ruh Rasulullah saw.aku melihatnya dalam keadaan berjalan di atas muka bumi dan mengharung jalannya dengan penuh kekuatan,thabat dan teguh.

gerakan yg hidup dalam jiwaku itu adalah gambaran rasulullah saw

dari situ aku tidak merasakan ia terpencil di dalam sanubari.

dan aku berharap agar dikurniakan perasaan yg benar ini.

ya Rasulullah,saksikanlah bahawa hati ini merinduimu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s