pohon harapan

Posted: September 7, 2009 in coretan hati

bismillahirrahmanirrahim…

segala pujian bagiMu,Tuhanku yang memiliki a’rasy yg agung,yg mengetahui setiap perkara yg terang dan yang tersembunyi

entah kenapa.jika perasaan tersentuh,mudah sahaja utk berkongsi.lebih mudah daripada memuntahkan segala ilmu yg pernah dipelajari utk tatapan semua.astarghfirullah..

Tapi itulah hakikat sekeping hati. Berdulangkan rasa, bersimbahan cinta, dan membasahkan kehidupan yang menyedut segala tenaga diri yang ada.

apakah ertinya sebuah harapan?

terkadang mungkin cepat sahaja kita berharap.

berharap masaknya buah.

berharap matangnya akar.

berharap suburnya dedaunan.

tapi kita tahu,

untuk menumbuhkan pohonan rendang yang dapat menaungi ramai manusia itu,

bukan sahaja memerlukan baja yang ampuh,

tetapi juga usaha keras penanamnya utk sentiasa mengamburkan tanah pada batangnya dan menyirami tanahnya saban waktu.

tapi kadang2 di pertengahan jalan,harapan itu musnah.

dan pohon yg diharapkan akan tumbuh segar menjalar hingga ke langit semakin layu.

layu bersama perginya harapan itu.

Kadang-kadang terasa penat melalui hidup penuh dengan al-hawa dan dunia ini.

Seolah-olah seperti mendaki gunung yang amat tinggi, setiap kali dipaksa diri ini menempuh alam yang sebenar.

hari demi hari.

Namun ada satu perkara yang amat sedih, adalah apabila dalam mendaki gunung itu, aku terpaksa mengorbankan satu perkara yang amat bermakna dalam hidupku, menjadi jantung dan nyawaku.

Itulah dia tarbiyyah.

Banyak situasi berada di luar kawalan kita.

Kita nak ini, nak itu.

kita harapkan ini,dan kita harapkan itu.

tapi tak semuanya kita akan dapat.malah kdg2 semuanya yg kita harapkan tak akan kunjung tiba.

tp Allah itu maha adil.Dia menggantikannya dgn yg lebih baik daripada apa yg kita harapkan.

itulah kasih sayangNya yg tiada tandingan.

kita lupa

bahawa Dialah yg menumbuhkan harapan itu dalam diri kita.Dialah yg akan menumbuhkan pohon itu dengan kuasaNya

dan Dia jualah yg berhak berbuat apa sahaja utk kita.

apa yg aku harapkan dalam doaku,

ya Rabb, janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri ; walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yg lebih pendek daripada itu

kerana sesungguhnya aku hambaMu yg lemah dan hina.

tidak punya apa dan tidak berdaya tanpaMu.

Comments
  1. mysar1124 says:

    Assalamualaikum wbt.

    Hidup pasti bermula dengan harapan. dengan harapanlah bermula segalaNya. dengan harapan kita mnyusun langkah, merancang strategi utk merealisasikan sebuah harapan itu.

    Namun hakikatnya besar harapan, besar lagilah dugaan dan ujian yang menimpa. kdg2 rasa sprti harapan itu sukar digapai, malah terasa seakan mustahil untuk dilaksanakan. Yang menjadi penyelamat kita adalah usaha yang tak berhenti dan pertolongan ALlah yang Maha Pengasih dan Penyayang.

    Benar setiap jalan utk mendaki gunung harapan itu, pasti ada sesuatu yang kena ditinggalkan, dikorbankan. Tp kita tahu itu semua adalah utk kebaikan, utk kesenangan bila berada di puncak nanti.

    Dugaan lah yang mematangkan kita. Dugaan juga membuka mata hati kita. Dugaan adalah tarbiyah dr Allah.

    Rabbuna yuqawwik ‘ala kulli hal. Allahu musta’an.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s