renungan 17 ramadhan

Posted: September 8, 2009 in perkongsian diri

bismillahirrahmanirrahim…

ya Hayyu ya Qayyum,aku membisikkan namaMu yang agung buat menemani diriku pada hari ini.

tanggal 17 ramadhan 1430H.

seawal 5.30 pg sy keluar berjalan2 di tepi pantai.niat di hati ingin bertilawah sambil men’tadabbur’ keindahan pantai ciptaan Allah swt.kalau bertilawah di rumah,sekejap saja sudah layu di atas katil selepas syuruk.hehe.budaya di mesir,masyarakat di sini akan bertilawah atau bertasbih sambil berjalan kaki di tepi pantai.satu budaya yg tidak ada di tempat kelahiranku di mana mereka lebih gemar mendengar lagu2 pop dlm mp3 mereka.

entah kenapa pagi ini begitu sayu saya memandang gigi yang disimbah air deras tanpa segan.

sy suka sekali berinteraksi dengan alam di saat masa-masa mengizinkan. Apatah lagi apabila berkesempatan melihat laut. Merasai bayunya. Menjiwai damainya. Dan paling menusuk jiwa,sy merasai Rabb melihat diri yang kerdil ini.

Entah kenapa pantai begitu dekat dengan hati sy..

seronok exercise sambil tilawah.sihatkan badan+tambah pahala IA

seronok exercise sambil tilawah.sihatkan badan+tambah pahala IA

hari ini menginjak 17 ramadhan.Dan di gigi pantai inilah filem-filem berkenaan peristiwa 17 ramadhan 624M diputarkan begitu lancar. Satu demi satu. Bagaikana wayang kulit hitam yang dipaparkan di zaman tiadanya bunyi dan warna.

kisah perjuangan rasulullah swt bersama para sahabat menempuhi perang badar kubra cukup menginsafkan diri.

berjalan dlm keadaan berpuasa,ingin sy rasai sendiri pengorbanan mereka ketika itu.tp itu masih tidak cukup utk merasai pengorbanan mereka kerana  mereka berjalan dlm jarak yg begitu jauh di mana pekan Badar terletak sejauh 150km dari bandar madinah.perjalanan ke sana bukanlah ditaburi jalan raya yg lurus tetapi berbatu2 dan melalui padang pasir yg panas.satu pengorbanan yg tidak mampu utk sy capai.

perkuburan para syuhada' badar berdekatan dgn tempat pertempuran mereka

perkuburan para syuhada' badar berdekatan dgn tempat pertempuran mereka

Setelah umat Islam terpaksa berhijrah kerana agama, meninggalkan kampung halaman turun temurun, sanak saudara serta harta benda mereka di Mekah, Rasulullah saw tidak membiarkan kerugian ini berlarutan tanpa pembelaan untuk umat Islam dan pengajaran kepada kaum yang zalim. Sebaik mendengar rombongan dagang Abu Sufian bergerak dari Mekah menuju ke Syam dimana sudah pasti rombongan tersebut akan melalui Madinah yang berada di tengah-tengah perjalanan, Rasulullah saw merancang untuk merampas harta dagangan tersebut. Di Mekah dahulu, umat Islam diminta bersabar oleh Allah swt dalam menanggung derita, melalui ayat Al-Quran, “Wahai orang-orang beriman, tahanlah tangan-tangan kamu (jangan bertindak terhadap orang-orang yang menyiksa kamu), dan dirikanlah solat” (Al-Quran). Solat sahaja adalah tindakbalas yang boleh mereka lakukan apabila disakiti atau dianiaya oleh Quraisy.

namun setelah Hijrah, turunlah ayat “Diizinkan (berperang) kepada yang diperangi kerana mereka dizalimi. Dan sesungguhnya Allah berkuasa memenangkan mereka. (Iaitu) orang-orang yang dihalau dari rumah-rumah mereka (di Mekah dll.) tanpa (alasan yang) hak, melainkan mereka berkata ‘Tuhan kami adalah Allah ” (Al-Quran). Umat Islam Muhajirin dizalimi dan kini Allah mengizinkan mereka utk berperang. Rombongan dagang Abu Sufian seramai 40 orang meluncur laju, berjaya melepasi Madinah dan tiba ke Syam. Rasulullah saw menunggu mereka pulang melalui Madinah, jaraknya 400 km sebelum tiba ke Mekah di selatan.

terdapat seramai 313 org yg berangkat bersama-sama rasulullah saw dan bilangan org Ansar seramai 24o org,bakinya ialah orang2 muhajirin.terdapat 2 ekor kuda dan 70 ekor unta yg menjadi tunggangan mereka dan pembawa panji mereka ialah mus’ab bin umair.

Namun apabila menghampiri Madinah, Abu Sufian dapat merasai bahaya yang menunggu, sedang beliau diiringi oleh hanya 40 orang pedagang, bukan pejuang.Abu Sufian menghubungi pimpinan Quraisy di Mekah. Mekah menghantar 1000 tentera. Harapan 313 orang Islam untuk melawan 40 pedagang bersama Abu Sufian meleset. Tidak semua orang Islam membawa senjata kerana beranggapan mereka hanya akan melawan 40 orang pedagang. Bilangan mereka turut serta mencapai 313 orang kerana untuk memikul pulang ke Madinah harta rampasan dagangan, bukan untuk berperang, tetapi Allah mengatur dan mahukan mereka melawan 1000 tentera yang lengkap bersenjata untuk berperang. Demikian aturan Allah pada kali ini, lain dari kecenderungan dan harapan hamba-hambaNya di Madinah.

bilangan orang2 musyrikin jauh lebih ramai berbanding mereka iaitu seramai 1000 orang tentera yg lengkap dengan peralatan perang dan mereka membawa 100 ekor kuda dan 700 ekor unta.

satu perhitungan yg nampak berat sebelah,namun ia sedikit pun tidak menggetarkan hati yg benar2 bertawakkal kpd Allah.

namun rasulullah saw pada sedikitpun tidak mengetahui apa yg telah dilakukan oleh tentera2 musyrikin.tujuan baginda saw keluar hanyalah utk menghalang rombongan dagang.

dengan itu baginda berkhemah di Buyut al-saqya,di luar kota madinah.kemudian baginda menghantar 2 org pengintip utk mendapatkan berita mengenai pergerakan rombongan dagang.

apabila sampai di al-rauha’,rasulullah mendapat berita ttg perjalanan tentera quraisy utk mempertahankan rombongan dagang mereka dan mereka akan sampai di Badar esok ataupun lusa.

selepas itu rasulullah saw mengumpulkan ketua2 tentera dan berkata :

” wahai org ramai!sesungguhnya Alalh telah menjanjikan kepadaku 2 golongan,ia adalah utk kamu ; rombongan dagang ataupun tentera quraisy ”

rasulullah saw dapat memastikan bahawa sebahagian muslimin mengharapkan agar mereka bertemu dengan golongan yg tidak mempunyai kekuatan ketenteraan kerana ingin mendapatkan harta yg dibawa mereka.mereka berkata:kenapa kamu tidak memberitahu kami pada awalnya bahawa kamu ingin berperang?dan Allah menjawab persoalan mereka itu dalam firmanNya

وَإِذْ يَعِدُكُمُ اللّهُ إِحْدَى الطَّائِفَتِيْنِ أَنَّهَا لَكُمْ وَتَوَدُّونَ أَنَّ غَيْرَ ذَاتِ الشَّوْكَةِ تَكُونُ لَكُمْ وَيُرِيدُ اللّهُ أَن يُحِقَّ الحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَيَقْطَعَ دَابِرَ

الْكَافِرِينَ

Dan (ingatlah), ketika Allah menjanjikan kepadamu bahwa salah satu dari dua golongan (yang kamu hadapi) adalah untukmu, sedang kamu menginginkan bahwa yang tidak mempunyai kekekuatan senjatalah yang untukmu, dan Allah menghendaki untuk membenarkan yang benar dengan ayat-ayat-Nya dan memusnahkan orang-orang kafir (anfal : 7)

perancangan Allah itu adalah lebih baik,dan Dia tahu apa yg terbaik utk kita seperti dlm firmanNya :

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui (al-baqarah :216)

selepas itu al-Miqdad bin al-Aswad ra bangun lalu berkata :

“Wahai Rasulullah,lakukanlah apa yg diperintahkan oleh Allah kepada kamu.Demi Allah,kami tidak akan berkata sebagaimana yang dikatakan oleh bani Israil kepada Nabi Musa,”pergilah kamu nersama Tuhanmu dan berperanglah kamu berdua,sesungguhnya kami di sini duduk menunggu ” sebagaimana firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 24.tetapi kami akan berkata : “pergilah kamu dan Tuhan kamu berperang,sesungguhnya kami akan berperang bersama2 kamu.demi Allah,sekiranya kamu membawa kami ke Birk al-Ghimad,nescaya kami akan pergi bersama2 kamu sehingga sampai ke tempat tersebut ”

selepas itu rasulullah saw berkata : berilah pandangan kamu wahai manusia(baginda mahu supaya org2 ansar mengemukakan pendirian mereka)

lalu Sa’d bin muaz,ketua kabilah Aus berkata:

“sesungguhnya kami telah beriman kepadamu,kami membenarkan apa yg kamu bawa dan kami memberikan janji-janji kami utk perkara tersebut.oleh itu buatlah apa yg diarahkan oleh Allah kepadamu.Demi Allah,yg mengutuskan engkau dgn kebenaran!sekiranya kamu bawa kami kelautan ini dan kamu harunginya,nescaya kami akan harunginya bersama-sama kamu.kami suka utk menghadapi musuh pd hari esok.sesungguhnya kami adlh org2 yg bersabar ketika berperang dan tidak akn berundur.semoga Allah memperlihatkan kpd kamu apa yg menyenangkan hatimu mengenai kami.berangkatlah berdasarkan keberkatan Allah”

begitu keteguhan hati kaum ansar dlm janji setia mereka.jika sy sendiri berada di tempat mereka,sy sendiri tidak pasti adakah sy akn melafazkan kata2 seperti mereka itu.mereka membenarkan bai’ah mereka dengan tindak tanduk mereka yg benar.sanggup berkorban nyawa demi melindungi sahabat seaqidah.dan ini membuktikan keimanan mereka yg benar tidak seperti kaum munafiqin.semoga Allah mengurniakan iman yang sehebat mereka kpd kita

mendengarkan ucapan itu,wajah Rasulullah saw kelihatan berseri.dan baginda berkata ; “bergembiralah,demi Allah!aku seolah2 melihat tempat pembunuhan kaum musyrikin ”

melalui kenyataan tersebut,tentera islam mengetahui bahawa peperangan tdk dapat di elakkan lagi.dan perkara tersebut benar2 berlaku…

to be continued…

Comments
  1. maq anih says:

    panjang giler,letih bace…nasib baik abg rajin bacce,kalu org lain malas nok bace doh

  2. nik_10 says:

    haha.pjg sgt ke?br je ingt nk sambung lg artikel ni.ala,kalo baca paper ke majalah ke tak rs pon pjg,tp kalo baca bab sirah mesti rasa pjg..hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s