mengajarku erti perasaan

Posted: September 17, 2009 in coretan hati

bismillahirrahmanirrahim..

entah kenapa hari ini hati begitu sayu sekali.mungkin juga kerana  seusai subuh hujan rintik2 turun membasahi bumi.dan sy tak puas melihat keluar jendela,menantikan matahari memunculkan diri

pemandangan dr bilik sy pada pagi 27 ramadhan

pemandangan dr bilik sy pada pagi 27 ramadhan

perasaan yg berkecamuk menjadi tenang apabila berinteraksi dgn alam.mengkagumi alam ciptaanNya yg sungguh indah,alam yg seolah2 mempunyai perasaan.

dan pagi ini sy berfikir ttg perasaan.Allah menciptakan perasaan manusia ini pelbagai dan sentiasa berubah2 sehingga kdg2 kita sendiri tidak mampu mengenali dan memahami perasaan kita sendiri.

seperti yg disebutkan dlm sebuah hadis :

“man ‘arafa nafsahu faqad ‘arafa Rabbahu”

sesiapa yg mengenali dirinya,maka tentu dia mengenali Tuhannya

nampak sgt sy belum mengenali Allah lagi sebab saya tak mampu untuk mentafsir, menganalisa dan kadang2 memahami gerak hati saya sendiri..

seseorang yg dapat mengenali perasaannya tentu sgt beruntung.namun perasaan itu mudah goyah apabila berhadapan dgn ujian dan masalah.

setelah mengenali dunia psychology di universiti,barulah sy mengetahui, terlalu ramai manusia di dunia ini, tidak mampu untuk menerima dan menghadapi masalah walaupun masalah itu kelihatan kecil sebenarnya.

ataupun yg memerlukan ubat anti-depressant utk membantu kehidupan mereka menjadi normal kembali.

ataupun yg terpaksa berjumpa dgn psychiatrist utk membantu mereka memulihkan perasaan mereka spt sediakala.

adakah pada mereka sudah hilang sifat pergantungan pd Allah yg akan memberikan mereka ketenangan yg dicari?

atau adakah mereka tidak mampu utk menghadapi masalah yg kita pandang remeh itu sehinggakan memerlukan itu semua?

kita terlalu jengkel barangkali utk menilai begitu

pernah seorang sahabat berkata kpd sy  “It is how you cope with the problem. Not the multitude of the problem itself that make u depressed”

namun tidak adil bagi kita menilai satu masalah itu kecil, jika pada orang lain ianya adalah besar. Ya, masalah itu kecil bagi kita tapi sangat besar baginya. Setiap orang menghadapi sesuatu masalah itu pada kadar yang berbeza-beza sekali. Sebab itu kita cuba memberikan dia dokongan dan sokongan.dan apabila seseorang sahabat atau teman sekeliling itu berhadapan dgn masalah,sebenarnya Allah bukan sahaja menguji dia,tetapi sebenarnya Allah juga menguji org sekeliling.adakah mereka akan membantu dia dan berlapang dada ataupun hanya memandang sinis kpdnya dan pergi.Barangkali kita rasa, kita boleh saja menangani masalah itu kalau kita berada di tempatnya, tapi setiap orang itu tahap penerimaannya berbeza-beza.kita akn diuji pada titik kelemahan kita yg lain yg mungkin kita tewas berbanding dia

jadi begitu mudahkah kita membuat nilaian pada org yg ditimpa ujian itu?

hakikat ujian itu tidak dapat dilihat dgn mata dan akal pemikiran kita.mungkin pada pandangan kita,dia seolah2 tidak mampu menanggung ujian itu atau kita rasakan dia kurang bergantung pd Allah,sebab itu ditimpa masalah tekanan jiwa

tetapi adakah kita mengetahui apa yg tersirat di sebalik ujian itu?

mungkin yg ingin diuji Allah bukan dia,tetapi kita yg berada di sekeliling..

mungkin pd lahiriahnya dia seolah2 tidak mampu,tetapi keadaan tidak mampu secara lahiriah ini membuatkannya kuat bergantung pd Allah semata di dalam hatinya..

mungkin Allah ingin mengangkat darjatnya di sisi Allah dengan mengira nilaian kesabaran yg dicurahkan ketika menghadapi ujian itu.kesabaran dengan tempoh ujian yg lama dan seolah2 tiada jalan keluar,namun dia masih utuh berharap pd Allah..

Kerana itu kita perlu memahami setiap manusia itu secara individu.namun bukan mudah utk memahami manusia lain,sedangkan kdg2 diri kita pun tidak mampu utk kita kenali

semuanya kembali kpd Allah yg Maha mengetahui setiap yg terang dan tersembunyi,

yg menganugerahkan perasaan kpd manusia utk diselami dan difahami

kerana sesungguhnya kita hamba yg lemah,

tidak mampu utk mengelipkan mata sekalipun tanpaNya

jadi sebenarnya siapalah kita utk menilai hakikat ujian itu.

Seorang pesakit yang saya temui, dia seorang professor yang sangat berjaya dan kaya. Akhirnya dia diserang sakit angin ahmar sehinggakan sebahagian anggota tubuhnya tidak dapat berfungsi ( hemiplegia). Dia tidak boleh berjalan dengan normal, walaupun sebelumnya dia adalah seorang pelari marathon. Dia tidak boleh menggunakan tangan kanannya sedangkan sebelum ini dia menulis pelbagai tesis dengan tangan itu.

Malang bagi dirinya, setelah dia mendapat strok itu, isterinya pula meninggalkan dia, keseorangan di dalam rumah. Dia tidak mampu pergi ke bilik air seorang diri, tidak mampu untuk memakai seluarnya dengan sebelah tangannya. Apa yang dia ada cumalah motivasi yang kuat untuk hidup. Dan saya amat hairan , perkara yang paling membimbangkannya adalah:

‘I am scare to be on my own! I hate of the loneliness!’

Bukannya dia tidak boleh berjalan. Bukan sebab tangannya tidak boleh digunakan, tapi hakikat keseorangan itu yang ditakutinya.

Sukar rasanya untuk meletakkan diri saya di tempatnya. Tentu saya akan tertekan seperti itu. Malahan, dalam keadaan diri yang normal ini, acapkali saya berasa bersendirian,inikan pula ketika sy memerlukan bantuan org lain utk meneruskan aktiviti seharian.

Pendek kata, Allah yang memberikan kita ujian tersebut. Setiap ujian itu ada sebabnya kenapa ia diturunkan kepada kita. Cuma kadang-kadang kita lupa, bahawa kesenangan itu pun satu ujian juga. Apabila Allah menurunkan kita musibah,sepatutnya kita bersyukur kerana inilah saatnya Allah memanggil kita untuk kembali menghadapNya!

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran. ( 2: 187)

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadah dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina” ( Ghafir: 60)

dan sebenarnya hakikat kejayaan menghadapi sesuatu ujian itu bukanlah pada berjayanya kita melepasi fatrah ujian itu,atau kita ‘nampak kuat’ semasa menghadapi ujian itu,tetapi pada kebergantungan kita kpd Allah di dalam hati yg cuma berhak dinilai oleh Allah swt.

semoga aku digolongkan dlm golongan yg berjaya

semoga Allah selalu dekat denganku..dan pada setiap detik nafasku aku berharap hadirnya Dia..wallahu’alam

Comments
  1. deiya says:

    salam wbt,
    trima kasih k nik, for this entry.
    i agree with u.
    kadang2,saya sendiri terfikir; bila kita ditimpa musibah, adakala bukan kita rasa lemah kerana tertewas..hakikatnya bila kita diuji, adakala jiwa ini jauh lebih dekat dengan Allah. walaupun selalu orang pesan, kena kuat.kena kuat. benarlah, adakala Allah jualah yang lebih mengetahui keadaan kita.walaupun lahiriah manusia melihat kita seperti ampuh untuk berjalan dalam onar, tapi hati tak pernah tewas.dalam perit, jiwa sedang berjuang, mahu mengatasi perasaan ‘saya rasa macam dah tak mampu’ itu.
    dan taujihat itu adalah pembakar semangat, supaya jiwa ini terus memohon kepadaNya..

  2. nik_10 says:

    wslm wbt
    sbnrnya sedar tak sedar sms dilanda ujian itulah waktu plg dekat kita dgn Allah.krn pd ms itu kita bmohon dan bgantung harap padaNya semata.sbnrnya ujian itu dtg utk menguatkan kita kan,tapi kita selalu mengeluh dgn ujian itu.
    smg kita semua mnjadi golongan yg bjaya di negeri sana,inshaAllah.slmt mhabiskan baki ramadhan yg tinggal!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s