ujian datang di titik terlemah

Posted: September 17, 2009 in perkongsian diri

bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah berikan taqwa kepada jiwa2 kami dan sucikan dia..

Engkau sebaik2 yg mensucikannya..

Engkau pencipta dan pelindungnya..

hari ini sudah 26 hari berlalunya ramadhan.begitu cepat masa meninggalkan kita.

hari ini sempat juga sy membelek2 buku “utkmu kader dakwah” yg ditulis oleh KH Rahmat Abdullah.mungkin ramai yg sudah mengenali beliau ketika menonton filem “sang murabbi” pd tahun lepas

satu kata2 yg menarik utk sy kongsikan bersama,petikan dr filem tersebut yg sgt menyentuh hati sy apabila mendengarnya :

Allah Ta’ala akan sentiasa menguji antum pada titik terlemah antum. Orang yang lemah dalam masalah harta, namun kuat dalam masalah pangkat dan wanita, tidak diuji dengan wanita dan pangkat. Orang yang sentiasa mudah tersinggung dan pemarah, akan diuji oleh Allah dengan dipertemukan dengan orang-orang yang sentiasa membuatnya tersinggung dan marah.dan perkara tersebut akan terus menundanya untuk bersegera menghadiri program dakwah, sampailah dia boleh mengutamakan agenda dakwah dalam kehidupannya” (K.H. Rahmat Abdullah,Episode Sang Murabbi)

Kata-kata di atas pastinya membekas pada mereka yang pernah diuji sedemikian rupa. Memang kehidupan manusia tidak akan lekang daripada ujian. Tak kiralah dalam apa bentuk sekalipun. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah tersusun dalam barisan. Sebab itu Allah sudah terang-terang mengingatkan dalam firmanNya “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji?” Al-Ankabut:2.

Kita ini diuji Allah untuk dinilai tahap keimanan yang sudah kita bina. Seperti pelajar yang menuntut di sekolah, mereka wajib menduduki peperiksaan untuk dinilai tahap kefahaman mereka terhadap subjek-subjek tertentu.

Saya teringat ketika menonton filem Sang Murobbi bersama akhawat beberapa bulan yang lepas. Ada satu scene yang tak dapat saya lupakan hingga ke hari ini. Ketikamana Ust. Rahmat meneguhkan semula semangat juang anak buahnya dengan sebuah cerita: kisah monyet di pucuk pohon, “Ada tiga jenis angin yang dahsyat ingin menjatuhkannya dari pohon tersebut. Datang angin bahorok(bahasa Indonesia yang saya tak pasti apa maksudnya), membuatkan monyet tersebut berpegang erat pada dahan.

Kemudian datang pula angin puting beliung yang membuatkan ia mendakap dengan lebih erat dan yang terakhir datang angin tornado yang lebih dahsyat. Namun ia masih mampu bertahan dengan memeluk kemas dahan tersebut. Tapi, ketikamana datangnya angin sepoi-sepoi, halus, lembut, menyerang ubun-ubun si monyet, lalu apa yang terjadi? Monyet itu pun mengantuk, terlelap dan akhirnya jatuh tersembam ke tanah.”

Kisah yang mengandungi ‘ibrah untuk kita renungi. Kadang-kadang ujian dalam bentuk kesusahan kita mampu bahkan kuat kita harungi. Tapi bila diuji dengan kesenangan, kita lantas mudah mengalah, kecundang dek kerana terlampau lama berada di zon selesa. Berhati-hatilah saudaraku dengan godaan dunia.ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia, penuh dengan permainan dan senda gurau.

Saudaraku, ujian itu pasti ada. Timbulnya masalah perkara biasa.

Jadi, freshkan diri. Check semula iman kita. Barangkali ibadah tak lagi berghairah. Solat tak terasa nikmat. Tilawah tak menyembuhkan ruhiyah. Kata-kata pun tak menggugah.

“Jika hati seseorang telah bersih dan suci, nescaya ia takkan berasa kenyang untuk terus menerus membaca Al-Quran.” Begitulah perasaan Saidina Utsman apabila beliau mencapai tingkatan halawatul iman. Sentiasalah restructure binaan iman kita agar utuh menghadapi ujian dunia.

Bingkisan nasihat untuk diri sendiri yang tak pasti sampai bila mampu bertahan.

Allahumma ya muqallibal quluub, tsabbits quluubana ‘ala deenik wa ‘ala tho’atik…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s