untuk ukhtiku

Posted: September 21, 2009 in coretan hati

bismillahirrahmanirrahim

pada saat ini hujan lebat sedang menemaniku dan hati mula berbisik kalam dari hati utk berbicara

2 pokok.2 entiti.jauh tp dekat

2 pokok.2 entiti.jauh dan saling merindu

Buat sahabatku yang dikasihi kerana Allah..

seringkali ku tersenyum tiap kali kau menintakan lafaz cinta dan kasih..

Sungguh, sedalam mana kau mencintaiku, tentu kasihku padamu seluas lautan tak bertepi, sedalam lautan tak berdasar,

namun ku tak betah menuturkannya di depanmu duhai sahabatku..

apatah lagi membalas jawapan kasihmu itu..

kerana seringkali aku takut…

aku takut disaat aku menuturkan lafaz cinta itu..

aku tidak mampu melepaskan dikau pergi dari hidupku..

kerana…

diari seorang ukhti itu…

setiap ukhti akan datang dan pergi…

ada yang tidak akan ditemuinya berkurun lama..

ada yang akan terus hanyut dibuai lautan dunia penuh badai..

ada yang masih terus bersama, namun berada di bawah teduhan lain pula…

seringkali jalan ini mengajarku untuk berkasih seadanya, mencintai semampunya…

kerana kepahitan di saat berpisah itu terasa kesat dihati ini dan air mata yang mengiringnya tidak mampu ditanggung oleh seberkas hati kecil ini…

cukuplah cinta ini bermuara di hatiku tanpa ucapan..

biarlah senyumanku, tawaku, dan keprihatinanku padamu melukiskan kasihku yang dalam padamu…

Dikaulah lilin yang menerangi hari suramku ukhtiku,

dikaulah pengejut jiwa yang terkadang mengantuk ini,

dikaulah penolak hati di kala di diri ini lemah…

sayang padamu kerana dikaulah antara yg menyelamatkan imanku…

Dan aku mencintaimu sepenuh hatiku..

Duhai buah hatiku yang dirindui atas cintaNya…

di saban waktu..

Comments
  1. iman nasuha says:

    adui..jiwangnye..takut baca

  2. nik_10 says:

    haha.ape salahnya,tgh training ni.alamak,terbagi hint plak.ehem.xdela,utk akhwt kt sne,duduk kt msia ni sorg2 mstila rindu kt akhwt

  3. bdk macho says:

    salam wbt
    wahhh nik,da jd jiwa puitis nih.hahah.
    tapi terkesan jgk dgn puisi ni.ada kawan ana yg takut sgt dgn kehilangan kawan tatkala dia mengasihinya.dia takut sgt.mgkin dia ni jenis yg susah nk syg org dan bila dah sayang tu susah nk lepaskan.aduhai….semua ni mainan perasaan.ana cb nk bw dr ana,dia dan ukhti laen kembali kpd prinsip ukhuwah fillah ni.
    nik tgh rindu sapa tu sbnrnya?heheh.
    nik,nnt nk keropok lekor…hahah,tanak buat dah,nnt ada pulak yg nk kne surgery tgn.=P

    • nik_10 says:

      wslm wbt

      ya mmg betul kdg2 kita takut utk melepaskan seseorg yg kita kasihi itu pergi.itu mmg lumrah naluri kita,krn manusia itu bersifat memiliki dan takutkan kehilangan.jika tidak dikawal prsn itu,ia yg akan membawa keretakan ukhwah itu sndiri,perasaan hasad dengki dan juga su’zhon cthnya

      mungkin juga fatrah remaja yg nalurinya ingin disayangi dan menyayangi,tp kita perlukembali kpd prinsip kita.mmg bukan mudah utk kita praktikkan amalinya,namun jika selalu berlapang dada dan muhasabah diri,IA kita akn berada di jalan yg betul

      rindu kat akhwat semua la,salah ke?hehe.sbnrnya niat di hati ingin mberi peringatan kpd diri sndiri juga

      keropok lekor air tgn nik yg berjahit lg sedap dr keropok lekor kt trg ni..hehe

  4. bdk macho says:

    jap2,nk tambah sikit…bab lafaz sayang tu.ha,tau tak,bahaya sgt kalu ‘sayang’ itu dilafazkan,nnt dia jd lain.pd ana,ana SANGAT setuju dgn kata2 dlm puisi ni—–kalu syg,tak payah ucap,apa yg pntg perbuatan kt.hahah…..betulkan nik?

  5. nik_10 says:

    haha,nini ni,jgnla extreme sgt.sbnrya boleh nk ungkapkan kita syg kpd seorg ukhti,malah itu yg dianjurkan oleh rasulullah saw dlm sabdanya :

    Anas Radhiallaahu anhu meriwayatkan, “Ada seorang laki-laki di sisi Nabi saw. Tiba-tiba ada sahabat lain (laki-laki) yang berlalu. Laki-laki tersebut lalu berkata, “Ya Rasulullah, sungguh saya mencintai orang itu (karena Allah)”. Maka Nabi saw bertanya “Apakah engkau telah memberitahukan kepadanya?” “Belum”, jawab laki-laki itu. Nabi bersabda, “Maka bangkit dan beritahukanlah padanya, nescaya akan mengukuhkan kasih sayang di antara kalian.” Lalu ia bangkit dan memberitahukan, “Sungguh saya mencintai anda kerana Allah.” Maka orang ini berkata, “Semoga Allah mencintaimu, yang engkau mencintaiku kerana-Nya.” (HR. Ahmad, dihasankan oleh Al-Albani).

    tp jgnlah sampai ungkapan2 itu melampaui batas spt kalau tanpa awk,maka gelaplah dunia,atau sy xboleh hidup lg..krn ianya boleh membawa kpd cinta yg melampau yg mungkin melebihi cinta kpd Allah.apapun kita perlu bersederhana dlm setiap perkara.ya mmg betul kita perlu kita perlu menyayangi saudara kita seperti kita menyayangi diri kita sendiri,itulah tanda kesempurnaan iman kita,namun syaratnya syg kita pd dia menyebabkan kita lebih menyayangi Allah dan rasulNya,syg yg boleh membawa kita kpd syurgaNya,bukan syg yg menghanyutkan kita dgn perasaan yg bukan2.sebenarnya kita sndiri boleh menilai ukhwah yg kita bina berada di dalam prinsip mana..wallahualam

    inni uhibbuki fillah nini

  6. iman nasuha says:

    garisan pembahagi utk bezakan prinsip mana yang haq dan batil sangat halus, mudah sgt utk terjatuh ke dalam yg batil jika tak berhati2, semoga allah memberi petunjuk kepada kita semua

  7. genu2 says:

    salam…aduh,dush terkena sebijik,nini takde lah extrem sgt nik.heheh….terima kaseh ats peringatan.nini tau hadis tu,tgh praktik la ni insyaAllah.hehe….betul tu,sepatutnya kasih sayang antara sahabat tu semestinya mmbawa kepada cinta kita kpd Allah dan rasulnya…semoga kt sentiasa tergolong dlm golongan itu,semoga sayang kt tu tidak mmbawa kpd bnd yg berlawanan,main perasaan smpi ke peringkat yg dikatakan ‘hubungan terlarang’,yg cenderung kpd perasaan futur kpd keduanya.
    perasaan yg bercampur nafsu duniawi tu sgt bahaya,nauzubillah minzalik.

    tak salah pun nik nk rindu akhawat,nini memaen je tu.=P….rindu korg yg kt mesia jg.

    inni uhibbuki fillah nik!! besh dpt kwn ngn nik.hihi

  8. genu2 says:

    nik, izinkan nini copy entry ni utk blog nini bole? nk share jgk.heheh,jzkk link kan blog nini kt blog nik!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s