bersama kafilah ini

Posted: September 26, 2009 in perkongsian diri

bismillahirrahmanirrahim

kepada Tuhan yg Maha Mengetahui segala apa yg bermain di hati

puas memujuk mata utk lelap namun nampaknya ia masih tidak mahu.lalu ku belek2 gmbr lama,gmbr ketika pertama kali memijakkan kaki di bumi anbiya’.

dan di sana aku bersama kafilah ini,menongkah badai dan ombak bersama.

Di detik kefahaman itu memukau akalku. Mendesak jiwaku, dan menolak perasaanku.

Dan tentu mengubah fasa-fasa hidupku setelah itu.

Dia menghidupkan aku dari lena, menyegar bugarkan jiwaku dari rehat amat panjang tak bermakna.

Pertama kali aku mendengar pengisian yang mendesak dan menolak aku berkongsi dengan semua umat manusia di saat pertama kali aku mendengarnya..

Di saat itulah aku benar-benar merasai apakah makna faham yang selalu disebut murabbiku itu..

Faham yang membuahkan iman.

Faham yang menolak perasaan.

Dan faham yang mampu membuang jahiliyah getahku.

Dan faham yang terus membuah perasaan memberi itu..

terus menerus untuk memberi tanpa henti.

Mengobar-ngobarkan jiwaku.

nikmat faham itu begitu besar ertinya bg diriku.malahan ianya diletakkan sebagai rukun bai’ah yg pertama berbanding ikhlas.pernah juga aku tertanya2 apakah keistimewaan faham berbanding ikhlas?kerana bukankah apa yg penting dalam setiap pekerjaan adalah ikhlas?

namun bukanlah ikhlas itu tidak penting dalam amal dakwah,tetapi sebenarnya nikmat faham itulah daya penolak yg kuat dlm dakwah itu sendiri.

Menyentak aku dengan satu rasa baru.

Kefahaman baru!

Kefahaman seperti mana yang Syakib Arsalan tahkikkan; Kita bermula dari membina individu-individu muslim.

satu kefahaman yg akan menghasilkan satu tolakan.

Melahirkan tindakan.

Tindakan yang luar biasa impaknya!

Namun…

apakah itu sudah cukup dirasai?

sebenarnya dakwah ini hanya menjanjikan kemanisan jika kita benar-benar berjuang untuknya dan kerananya…
Di saat-saat kesukaran itulah kita akan dituntut untuk bersabar.. untuk benar-benar melepaskan kesenangan tubuh badan dan anggota yang kita ada…

begitulah nikmat faham yg sebenar apabila ia digabungkan dgn amal.

pernahku berkata kpd seorang ukhtiku:

kita yg memerlukan tarbiyah dan dakwah itu,bukan tarbiyah dan dakwah itu yg memerlukan kita

kerana sesungguhnya tanpa kita,tarbiyah dan dakwah itu akan tetap berjalan

maju bersama derunya

kita yg perlu memastikan diri kita sentiasa bersama kafilah ini

kerana sebenarnya kita berjuang utk diri kita sendiri,bukan utk dakwah itu

وَمَن جَاهَدَ فَإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ

Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.(ankabut:6)

semoga kita semua selamat sehingga ke akhirnya

mengharungi perjalanan dunia ini utk ke destinasi akhirat sana bersama belakan kita

allahummansurdakwatana,wa haqqiq ghayatana,wa thabbit aqdamana..ameen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s