hati yang basah

Posted: September 26, 2009 in coretan hati

hati yang basah…

kelabu
hati basah..

luka yang dibiar sembuh sendiri
parutnya lagi dalam
sukar hilang…

luka kerana sayang
luka kerana kasih

mahu diajak
yang dikasih yang disayang

menongkah bersama pergi

andai punya destinasi sama
mengapa cara terlalu berbeza

mungkin hanya harapan yang palsu?

atau mengharap sesuatu yang tidak mungkin?

seluruh penghuni berbicara

tidak si hati akan mampu mengubah

namun kepercayaan yang ditapuk

masih lagi betah dipertahan
namun
kalam bisu
bicara kelu
kuasa kurasa tak mampu

lalu
hati terus basah
kelabu kelam

mungkin kerana
kita sama-sama masih lena
atau hakikatnya
kita serupa walau cara berbeza

sungguh
yang disayang itu terlalu disayang
yang dikasih itu terlalu dikasih

kerana itu
hati basah ini
terlalu pilu
makin kelabu

terdetik si hati basah
hati inikah yang salah?

“Demi MASA,
sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh,
dan berpesan-pesan ke arah kebaikan
serta berpesan ke arah kesabaran”

<al-Asr:1-3>

bismillahirahmanirrahim

pernah puisi ini ku tulis dan memenuhi sent item dlm emelku kpd seorg ukhtiku.namun kali ini bukan kpdnya aku tujukan puisi ini,ttp hanya utk berkongsi rasa dgn kalian semua mengenai bisikan relung hatiku ketika ini.

pedih rasanya…!!!!!

bilamana ketika mana aku baru ingin bernafas dgn udara dakwah ini

ada dari kader yg lebih lama usia dakwahnya dan pernah menunjuk ajarku pd suatu masa dahulu merasai ada perkara lebih prioriti dari dakwah dan tarbiyah itu..

berkahwin misalnya..

memberi ceramah pada massa umpamanya..

atau bekerja dengan sungguh-sungguh moga duit itu boleh disumbangkan buat dakwah…

atau dia terus meninggalkan dakwah ini dengan alasan jadual kerja yg ketat..

Tapi terkadang aku takut untuk mengungkapkan perasaan itu…

merasakan kekecewaanku buat mereka moga dapat dimusahasabahkan..

Aku takut mungkin perkara itu merupakan cerminan bagi masa depanku..

Bilamana telah lama dalam karavan dakwah ini..

kita tidak lagi mencari semangat yang baru,

menemui nafas yang segar bagi mewarnai manisnya tarbiyah dan dakwah ini..

akhirnya ghairah pada dakwah dan tarbiyah ini nampak sepele,

maka kelipan duniawi mula terpancar pada kita..

akhirnya kita tunduk padanya..

dan mengorbankan tarbiyah yang kita perjuangkan selama ini..

Hidup ini bagai roda, hari ini mentari, esok mungkin sahaja menjadi mendung…

Namun, di manakah tempat kita berpaut?

Dalam banyak perkara, kita tak mampu untuk bercerita pada manusia, kerana mustahil untuk mereka faham dan mampu kita warnakan perasaan kita..

dan aku yakin, kita semua merasai,

remuknya jiwa dan hati kita.

sedih dan pilunya diri ini,

semuanya seolah-olah tersapu bersih,

dibasuhi suci….

bersama deraian air mata ketika bertahanut pada Allah..

di dalam doa kita meluahkan segala yang terbuku di hati…

dan kepasrahan jiwa padaNya…

Allah.. Kau amat memahami….

تِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya ( Baqarah:216)

sungguh,dakwah ini bukan jalan yg mudah

setiap hari akan ada kader2 yg akn gugur dipertengahan jalan

benar,thabat itu milik Allah

dan hanya kpdNyalah kita memohon,agar kita adalah antara golongan yg berjaya

bersama ke akhirnya dlm bahtera penyelamat menuju destinasi abadi..

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً

Di antara orang-orang mu’min itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)                                                                               (al-ahzab:23)

tulisan ini tidak lain hanyalah utk mengingatkan diri sendiri,

semoga apabila futur itu datang menjengah diri

aku tidak akn pernah lupa akan kata2  ini

wallahualam

Comments
  1. nur says:

    salam ziarah dan salam ukhuwah ya ukhtie..walau diri ini mungkin masih belum pernah menyapa jua bertemu dengan ukhtie di sana, hakikatnya rabithah ini rabithah dari Ilahi..moga dirimu terus tabah dan thabat dalm menuju ke sebuah perjalanan yang penuh dengan kesakitan,kepedihan,kekecewaan yang sebenarnya menghinggap pada fitrah hati insani bila terasa lemah..dan sesungguhnya perjalanan ini menjanjikan padamu kepastian..imma syahadah wa imma sa’adah..Ya Allah, permudahkanlah bagi insan ini tika berhadapan mehnahMu..jadikanlah debaran dan resah di jiwanya disebabkan risau jika gagal melamar redhaMu..dengarilah rintihannya yang sanggup bersusah demi ilmu dan maghfirahMu..terimalah air matanya sebagai penyejuk kemurkaanMu..belailah jiwanya di saat dia terkulai lemah agar terhindar dia dari mengharapkan selainMu..agar dia sentiasa mencari dambaan hakiki pada kasih dan lindunganMu..ameen..wassalam

  2. nik_10 says:

    wslm wbt

    jazakillah ya ukhti utk doa yg begitu menyentuh hati.iA nti kalau ada rezeki kita akn dpertemukan jua utk meneguk cinta dr Ilahi bersama2.ana doakan ukhti jua dikurniakan thabat di jalan ini.ameen.slm

  3. sakinah says:

    salam’alaik..nik nabilah ke ni? x-shams 04?

  4. nik_10 says:

    wslm..ye kinah!lamenye x dgr cite.kt mne skrg?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s