penawar dosa

Posted: November 2, 2009 in coretan hati

Tuhanku..

Serpihan serpihan itu mengingatkan aku akan keadaan diriku yang lalu. Dan serpihan itu berterbangan lagi menghinggapi hati hingga aku lupa padaMu. Jiwaku yang kembali akan sunyi ditinggalkan mengajakku bertanya, masih adakah kehidupan yang mengasihiku, ketika kudapati semua telah pergi dari hadapan wajah hidupku .  Tidakkah dia merasakan sentuhan cintaku itu, yang syahdu itu dalam bait bait rabithah itu yang menjadi cintanya jua. Betapa pilunya hati.

dan aku berbisik ; apakah yang tersimpan disebalik rahsiaNya?namun aku tahu bahawa setiap perjalanan menyimpan rahsia hikmahnya namun sakit yang ku rasa ini apakah akan menjadi penawar dosa ini. Aku boleh menerima kehadiran kesunyian ini kerana aku tahu sebuah laku hidupku yang terjadi pastinya akan menciptakan pengalaman indah bersamaNya, bersama Tuhanku yang akan memanjangkan langkahku pada redhaNya. Bahasa ujian sudah menjadi bahasa harian hidupku yang berbeza dengan yang lain sehingga hati yang ku pujuk selalu kupesankan padanya kalimah sabar kerana aku tak tahu anugerah apakah yang Allah simpankan untuk aku atau dosa yang manakah yang harus aku muhasabahkan dan wajib aku taubatkan untuk ku buang jauh jauh derita dan ujian ini dari sumur hidupku. Allah yang Maha Agung dan Maha Besar,inilah hidup yang kini dalam bayang anganku dan mungkin inilah satu satunya jalanku untuk meredakan taufan kecewa yang melanda dan membanjirkan bumi cintaku dan satu satunya yang mengelorakan semangat hidupku walau aku tak mendapat kebahagiaan dan dunia yang mengenyangkan aku. Allah yang ku tahu dan ku yakini, kuasa menganugerahi keajaiban bagi siapa yang dikehendakiNya dan mungkin inilah satu satunya yang menjadikan tumbuhnya kembali benih harapanku akan anugerah dan kurnia yang ia sematkan diubun ubun ku …

Comments
  1. deiya says:

    semoga diberi ketenangan disebalik sakit yang dirasa.
    semoga kesakitan itu adalah penghapus dosa2.
    semoga kita semua terus thabat dan qawi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s