apabila keimanan menyelubungi hati

Posted: November 8, 2009 in perkongsian diri

bismillah

dengan namaMu yang Maha Agung,aku membisikkan kesyukuran ke hadratMu ya Rabb

alhamdulillah hari ini sempat juga sy mencuri masa utk mencoret sesuatu di sini.kelelahan menjalani hari2 kuliah yang agak panjang beserta jadual kelas2 alquran,fiqh dan sirah yang agak padat tidak akan melunturkan semangat seorang muslim sepatutnya.belum lagi tanggungjawab tarbiyyah yang patut diutamakan.dan selayaknya jua amalan2 harian terutamanya tilawah dan hafazan al quran amat perlu dititik beratkan.kadang2 agak terkilan juga dengan jadual kuliah yg mencecah hampir ke maghrib.terlalu ramai adik2 yang ku abaikan.ingin keluar berziarah dalam waktu yang terbatas agak tersekat,namun itu sepatutnya tidak boleh dijadikan alasan.namun kalau difikirkan,jika kita tidak mengisi waktu itu dengan perkara yang hak,maka dengan sendirinya masa itu akan diisi dengan perkara yang batil.dan aku sungguh gembira apabila berada dalam kesibukan mengabdikan diri pada Dia.terasa kebersamaan dan kesatuan itu.dan aku berdoa agar setiap detik nafasku ini adalah ibadah kepadaNya.semoga kalian juga begitu

sebenarnya hari ini sempat membelek berita di berita harian online.

13 terbunuh, 30 cedera ditembak


SARJAN Anthony Sills memujuk isterinya kerana bimbang anak mereka, tiga tahun, masih berada di pangkalan tentera itu.

Pakar psikiatri tentera lepas tembakan di kem pertahanan

HOUSTON: Seorang pakar psikiatri tentera melepaskan tembakan dengan dua pistol di kem pertahanan Fort Hood, Texas, Amerika Syarikat kelmarin, mengakibatkan 13 orang terkorban dan 30 cedera.

Suspek berkenaan, yang dikenal pasti sebagai Major Nidal Malik Hasan turut terkena beberapa das tembakan tetapi terselamat.

Pihak tentera berkata lelaki bersenjata terbabit melepaskan tembakan kira-kira jam 1.30 petang di Pusat Penyediaan Tentera, di mana anggota menjalani pemeriksaan perubatan sebelum dihantar bertugas di luar negara.

Pegawai memerintah Fort Hood, Lt Jen Robert Cone memberitahu sidang akhbar, siasatan masih dijalankan tetapi laporan awal menyatakan hanya ada seorang penembak.

Cone berkata suspek berkenaan ditembak beberapa kali. Beliau sebelum ini berkata suspek dibunuh oleh polis dalam serangan di pusat kemudahan tentera terbesar dunia itu.

“Pada masa ini dia belum bercakap dengan penyiasat kami,” kata Cone mengenai Nidal Malik. Ditanya mengenai keadaan suspek, beliau berkata, “saya hanya boleh berkata dia tidak akan mati dalam masa terdekat.”

Ditanya sama ada kejadian itu adalah perbuatan pengganas, Cone berkata, “saya tidak menolak kemungkinannya tapi…bukti yang ada tidak menunjukkan demikian.”

Cone berkata lelaki bersenjata itu mempunyai dua senjata, salah satunya semi-automatik. “Tiada petanda ia senjata tentera,” katanya.

Ia adalah kejadian pembunuhan paling dahsyat yang pernah dilaporkan berlaku di sebuah pangkalan tentera AS. Mei lalu, seorang askar AS menembak mati lima rakannya di pangkalan tentera Baghdad.

Cone berkata satu majlis penyampaian sijil tamat latihan sebuah kolej sedang berlangsung di auditorium kira-kira 45 meter dari tempat kejadian tembakan ketika ia berlaku.

“Nasib baik beberapa askar bertindak pantas menutup pintu auditorium di mana kira-kira ada 600 anggota di dalamnya,” kata Cone.

Menurutnya, anggota askar tidak dibenarkan membawa senjata di dalam kawasan pangkalan dan hanya polis tentera dan pengawal keselamatan saja boleh memiliki senjata.

Sepupu suspek, Nader Hasan berkata Nidal Malik, yang dilahirkan di Amerika, menyertai tentera sejak sekolah tinggi. Dia berkhidmat sebagai pakar psikiatri di Pusat Perubatan Tentera Walter Reed di Washington DC, yang merawat anggota tentera yang cedera.

Katanya, sepupunya itu dipindahkan ke Fort Hood April lalu dan enggan ditukarkan ke Iraq.

“Sejak lima tahun lalu, tugasan di Iraq itu mungkin mimpi paling ngeri baginya,” katanya.

Insiden itu menambahkan lagi persoalan baru mengenai jumlah sebenar anggota tentera Amerika yang membunuh diri ketika berjuang selama enam tahun di Iraq dan hampir lapan tahun di Afghanistan serta tekanan melampau ke atas anggota individu, kebanyakannya yang sudah terbabit dalam beberapa peperangan.

Laporan awal berkata dua lagi anggota tentera ditahan sebagai suspek, namun pihak berkuasa berkata mereka kemudian dibebaskan.

Presiden Amerika, Barack Obama, yang bercakap dari Washington, menyifatkan kejadian itu sebagai “keganasan paling dahsyat” dan berjanji akan “menjawab setiap persoalan mengenai kejadian itu.” � Reuters

hm.begitu keadaan masyarakat yg gah pada luaran tetapi hati mereka terlalu kosong.terlalu kosong utk menghargai nilai sebuah kehidupan.

mereka mempunyai kelengkapan peperangan yang tercanggih dengan teknologi yang tak dapat digapai oleh orang islam di iraq.namun rupanya semua itu tidak dapat menguatkan kerapuhan hati mereka.dlm hati kecil mereka terlalu takut sebenarnya.

begitu bezanya jika relung jiwa itu dipenuhi rasa keimanan yang tidak berbelah bahagi kpd yang Maha Pencipta.berbekalkan tawakkal yang segunung tinggi.bagi aku,orang2 yang beriman itu ialah pemenang terakhir.walaupun serba kekurangan,begitu jauh beza kelengkapan dan senjata,namun hati mereka tidak pernah gentar untuk bertarung.sekalipun seluruh dunia  menghitung bahawa yang akan mereka temui hanyalah kekalahan apabila menghadapi pihak musuh seperti israel dan USA,namun banyak kisah sirah yang telah membuktikan kemenangan itu terletak pada hati yang tunduk patuh pada sang Pencipta,bukan pada kemewahan material semata

jika kita imbas kisah badar kubra,di saat muslimin pada ketika itu sangat gentar dengan kekuatan musyrikin.namun ketinggian tawakkal mereka mengatasi segala2nya.dan faktor kemenangan hakiki ialah apabila mereka hidup utk mengejar kehidupan akhirat dan tidak ada secebis kecintaan pun pada dunia yang fana ini.sebenarnya Allah itu sebaik2 tempat bermohon dan Dia mampu utk memberi kemenangan kpd sesiapa jua yg dikehendakiNya dengan pelbagai cara yang tak pernah terlintas pada akal seorang manusia sekalipun!

Allah menurunkan hujan sebagai rahmat kepada tentera muslimin sehingga lembah kawasan perkhemahan mereka mempunyai air.tanah menjadi padat sehingga pjakan kaki menjadi mantap.pada waktu yang sama,hujan yang turun menjadi masalah besar kpd tentera musyrikin.tanah tempat mereka berpijak berlumpur sehingga menyukarkan pergerakan.rasa mengantuk yang menyelubungi mereka menambahkan lagi kelayuan utk berperang.Allah menyebut perkara ini di dalam al-Quran : (al anfal 9-13)

9 (Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: “Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”. إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ أَنِّي مُمِدُّكُم بِأَلْفٍ مِّنَ الْمَلآئِكَةِ مُرْدِفِينَ
10 Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bala bantuan itu), melainkan sebagai kabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram karenanya. Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. وَمَا جَعَلَهُ اللّهُ إِلاَّ بُشْرَى وَلِتَطْمَئِنَّ بِهِ قُلُوبُكُمْ وَمَا النَّصْرُ إِلاَّ مِنْ عِندِ اللّهِ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
11 (Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan mesmperteguh dengannya telapak kaki(mu). إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِّنْهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُم مِّن السَّمَاء مَاء لِّيُطَهِّرَكُم بِهِ وَيُذْهِبَ عَنكُمْ رِجْزَ الشَّيْطَانِ وَلِيَرْبِطَ عَلَى قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الأَقْدَامَ
12 (Ingatlah), ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat : “Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkan (pendirian) orang-orang yang telah beriman”. Kelak akan Aku jatuhkan rasa ketakutan ke dalam hati orang-orang kafir, maka penggallah kepala mereka dan pancunglah tiap-tiap ujung jari mereka. إِذْ يُوحِي رَبُّكَ إِلَى الْمَلآئِكَةِ أَنِّي مَعَكُمْ فَثَبِّتُواْ الَّذِينَ آمَنُواْ سَأُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُواْ الرَّعْبَ فَاضْرِبُواْ فَوْقَ الأَعْنَاقِ وَاضْرِبُواْ مِنْهُمْ كُلَّ بَنَانٍ
13 (Ketentuan) yang demikian itu adalah karena sesungguhnya mereka menentang Allah dan Rasul-Nya; dan barangsiapa menentang Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya Allah amat keras siksaan-Nya. ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ شَآقُّواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَمَن يُشَاقِقِ اللّهَ وَرَسُولَهُ فَإِنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Allah juga telah memperlihatkan sedikit bilangan tentera musuh kpd RasulNya ketika Baginda tidur.Ini dilakukan supaya tentera muslimin tidak patah semangat seperti dalam firmanNya: (al-anfal : 43-46)

43 (yaitu) ketika Allah menampakkan mereka kepadamu di dalam mimpimu (berjumlah) sedikit. Dan sekiranya Allah memperlihatkan mereka kepada kamu (berjumlah) banyak tentu saja kamu menjadi gentar dan tentu saja kamu akan berbantah-bantahan dalam urusan itu, akan tetapi Allah telah menyelamatkan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati. إِذْ يُرِيكَهُمُ اللّهُ فِي مَنَامِكَ قَلِيلاً وَلَوْ أَرَاكَهُمْ كَثِيراً لَّفَشِلْتُمْ وَلَتَنَازَعْتُمْ فِي الأَمْرِ وَلَـكِنَّ اللّهَ سَلَّمَ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ
44 Dan ketika Allah menampakkan mereka kepada kamu sekalian, ketika kamu berjumpa dengan mereka berjumlah sedikit pada penglihatan matamu dan kamu ditampakkan-Nya berjumlah sedikit pada penglihatan mata mereka, karena Allah hendak melakukan suatu urusan yang mesti dilaksanakan. Dan hanyalah kepada Allahlah dikembalikan segala urusan. وَإِذْ يُرِيكُمُوهُمْ إِذِ الْتَقَيْتُمْ فِي أَعْيُنِكُمْ قَلِيلاً وَيُقَلِّلُكُمْ فِي أَعْيُنِهِمْ لِيَقْضِيَ اللّهُ أَمْراً كَانَ مَفْعُولاً وَإِلَى اللّهِ تُرْجَعُ الأمُورُ
45 Hai orang-orang yang beriman. apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُواْ وَاذْكُرُواْ اللّهَ كَثِيراً لَّعَلَّكُمْ تُفْلَحُونَ
46 Dan ta’atlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

sesungguhnya janji Allah itu benar.dan kemenangan itu akan diberikan kepada mereka yang berpegang teguh dengan janjiNya.banyak lagi kisah dalam al-Quran dan seerah yang membuktikan kebenaran janji kemenangan ini seperti kisah talut dan jalut dan juga perang khandak.dan seharusnya jika kita inginkan sesebuah kemenangan itu,kita haruslah memenuhi kesemua kriteria2 pemenang pertarungan itu.menjadikan diri kita seperti golongan sebelum ini yang mana hati mereka sedikit pun tidak gentar menghadapi musuh kerana hati mereka telah pun diselubungi keimanan dan tawakkal yang tinggi menggunung.

bersama2 kita berusaha ke arah itu.sesungguhnya kemenangan akhir itu telah dijanjikan olehNya

wallahualam

Comments
  1. Resa Blogs says:

    mas/mba yang punya blog tukeran link yuk…
    link saya taro di sini…
    trus konfirmasi ke saya
    tar linknya saya pasang di blog saya..gmn??
    Terima kasih Sebelumnya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s