eidul adha dan tadhiyyah

Posted: November 27, 2009 in perkongsian diri

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar

Walillah hil hamd

segala puji bagiMu yang menganugerahkan kami dengan hari kebesaran tanda kemenangan  bagi mereka yang berhaji dan tanda pengorbanan bg mereka yg berkorban

Ya Allah, hari ini aku kembali merindui Baitullah Mu. Aku kembali merindui tempat tempat suci Mu yang pernah kukunjungi 2 tahun yang lalu. Tika mana Engkau wahai Allah mengurniakan kepada aku nikmat utk mengunjugi rumahMu dan berjumpa kekasihku. Mengerjakan umrah dihari Jumaat yang penuh keberkatan yang didambakan setiap manusia yang mengerjakan umrah.bersama lautan manusia yang bergerak semata2 mengharapkan keredhaanMu.begitu indah sekali suasana itu

Disana terlalu banyak ku limpahkan airmata ku apalagi mengunjungi Badar dan Uhud.

Mengunjungi makam syuhada’.

Disana aku banyak belajar kesabaran ditengah jutaan manusia.

Aku banyak belajar bagaimana untuk mendahulukan manusia lain dari kepentingan diri sendiri.

Disana juga Engkau telah titipkan dalam ruh dan jiwaku supaya cintakan syahid. Cintakan dakwah. cintakan manusia disekelilingku yang masih terpingga pinga dengan agamaMu.Dunia dakwah dunia yang luas.

Seluas langit dan bumi.

Kita duat, hanyalah pengeraknya dan digerakkan olehNya.

Dakwah mengajar kita arti Tauhid. Erti keesaan Allah. Erti hak allah dan kekuasaan Allah. Erti tangungjawab. Dan dakwah dipenuhi seribu pengertian untuk kita menjana iman dan mengepam iman agar iman itu boleh menyelinap disegenap saluran darah dan sendi sendi kita dan akan terlahirlah aroma kehalusan seorang hamba hingga mencapai kepada makam ” hamba yang rabbani”.

Itulah dia, jika tarbiyah ini dapat kita hayati sedalam dalamnya.

Kita akan bekerja hanya untuk Allah.

Disini menguji niat kita. Dan niat itu kan terbukti apabila kita dapat melaksanakan kepatuhan yang berterusan. Kepatuhan yang tidak berpilih.

Kepatuhan kita kepada Allah dan ajaran Rasullulah bukan sekadar di dalam program program rasmi yang kita anjurkan sahaja sebagai pelengkap takwim tahunan kita, malah kepatuhan kita adalah sepanjang hayat dan selagi nyawa dikandung badan!

Dan jikalah kepatuhan kita hanya didalam program kita sahaja ( mungkin malu diperhati oleh naqib/naqibah/ masul ) dan selepas program, kita kembali semula dengan kehidupan asal kita yang penuh kemalasan, bermakna Islam itu masih belum lahir lagi dalam bentuk makalah ( sebati ) pada diri dan jiwa kita.

Amat malang lagi kiranya kita telah lama dalam tarbiyah justeru telah menjadi pemimpin dalam jamaah dan sikap ini masih belum berubah dan terbawa bawa dalam kembara hidup kita sebagai duat ini!

Kerana itu kita amat memerlukan tarbiyah yang berterusan agar islam menjadi sebati dengan kita. Dan jangan sekali kali menganggap program usrah sebagai secondary dalam hidup sekalipun  hanya pertemuan yang seketika.

Usrah mengajar kita membina iman dalam bentuk tindakan agar kita terus bekerja dan bekerja dan tidak mengenal akan perhentian!

Usrah dan tarbiyah tidak ada station untuk berhenti kecuali kita pergi mengadap Allah SWT. dan iman yang lahir dari tarbiyah sebeginilah akan membunga dan membuahkan sikap kita untuk hidup dan mati kerana Islam dan melahirkan ” Ubudiyah Lillahi Wahdah”

bagi kita yang ingin hidup mencari keredhaan Allah ini, hendaklah ingat bahawa apa yang ada disisi kita berupa harta dan segalanya adalah hak islam dan pengorbanan inilah yang akan membuahkan kemanisan aqidah yang bersih dan ikhlas yang akan menjadikan kita ” Al Jund Aqidah wa Fikrah “ Pahlawan yang benar benar mempunyai sifat jundiyah ( perajurit/ pekerja islam ) atas dasar islam.

Jangan lupa.

Sentiasa perbaiki niat dalam perjalanan dakwah ini kerana niat bisa berubah tanpa sign dan amaran dan ini boleh merencatkan keimanan kita.

Terkadang syaitan mengelabui dan menyamarkan  penglihatan kita.

Dan terkadang  kita lihat ada sebhagian da’i sering berkata kata

” Akulah yang buat kerja tu. Akulah yang buat rencana itu sehingga program tu berjaya. Akulah yang pimpin sehingga sukses program dakwah tu, kalau tak ada aku, tak taulah!”

” Nak harapkan kamu, rasanya entahlah! Aku tak yakin dengan kamu”.

Itulah suara suara sumbang kita.

Suara suara syaitan yang menggunakan lisan kita.

Sebenarnya bukan AKU dan bukan juga KAMU tapi ALLAH! Allah dan Allah.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad Utusan Allah dan aku bersaksi bahawa allahlah yang mengerakkan kita dan berkat kurnia Allah, kita disini. Dimedan ini. berkongsi CINTA. Berkongsi suka dan duka. Tawa dan tangis. dan semua kita ada peranannya. hatta yang lemah diantara kita pun masih mampu memberi doa untuk kejayaan dakwah ini.

Kita harus ingat bahawa kejayaan kita, berkumpulnya kita disafkan dalam jamaah islam ini dan disatukan hati hati kita dan cinta kita ini bukan disebabkan oleh sesiapa hanyalah murni dari Allah SWT.

Rasullulah bersabda;

Apabila Allah menyintai seorang hamba, maka Dia memerintahkan malaikat malaikatnya  untuk berseru ditengah manusia bahawa AKU ( Allah ) menyintai fulan, maka cintailah dia. Setiap orang di pagi dan petang mencintai hamba itu. Apabila Allah membenci seorang hamba ( nauzubillahi minzalik ) Dia memerintahkan malaikatNya untuk berseru ditengah manusia AKU ( Allah ) membencinya. Mak bencilah dia. Setiap orang dibumi ini membenci hamba itu.

Oleh itu ambillah nasihat Rasul ini dan memperbaiki hubungan antara sesama kita dan jamaah ini agar kita mendapat kedudukan diantara manusia dan dakwah kita memasuki jiwa mereka.

semoga erti tadhiyyah dalam menyumbang tenaga utk dakwah ini terus tersemat kukuh dalam hati ini sehingga Dia menjemput kita ke negeri sana.

salam eid adha utk semua!

taqabballlahuminkum

 

Comments
  1. genu2 says:

    salam.

    nini pun selalu rindukan haramain.merindui saat ketenangan di sana,merindui linangan air mata di raudhah.betapa hati ni mahu disucikan.mahu dibersihkan dr kotoran dunia.dan di saat ini hati ini sedang meratap.
    suara hati yg sentiasa terngiang2–aku ingin menjadi manusia yg beguna dan duat yg bejaya.yg memberi sumbangan.
    …. ….nik,doakan nini juga.jzkk.
    semoga Allah thabatkan kita pd jlnNYa.

  2. nik_10 says:

    insya Allah nini.sama2 kita doakan sesama kita.semoga kerinduan itu menjadi saksi kpd cinta kita dan Allah memberikan peluang lain utk menziarahi rumahNya lagi,insyaAllah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s