Allah engkau dekat

Posted: December 6, 2009 in coretan hati

bismillah.

hari ini aku melangkah longlai pulang drpd kuliah.entah kenapa,terasa 1 bebanan besar yg aku pikul di atas badanku ini sehingga menyebabkan aku terasa begitu letih sekali.letih dgn asakan dunia.letih dgn tuntutan dunia.dan aku hanyut dengan duniaku

perasaan rindu bertandang di hati.aku bertanya pada diri,sudah berapa lama aku tidak merinduiNya.aku begitu rasakan kehilanganNya sekarang.kosong.sepi.

kemudian aku putarkan sebuah lagu.

“Allah Engkau dekat,

penuh kasih sayang,

takkan pernah Engkau biarkan hambaMu menangis

kerna kemurahanMu

kerna kasih sayangMu

hanya bila diriMu ingin nyatakan cinta

pada jiwa2 yg rela digelar kekasihMu

Kau yg selalu terjaga,yang memberi segala”

sayu.aku lumpuh tanpaMu ya Allah.di setiap nafas aku memerlukanMu.aku tidak perlukan duniaku

kepadaMu kekasih, aku berserah kerana ku tahu Kau lebih mengerti apa yang terlukis dicermin, wajahku ini apa yang tersirat dihati, bersama amani … ….

syahdunya wahai Allah kiranya dapat menyintaiMu dengan sebenarnya.

Menjadi kekasihMu …dengan setulusnya. Sehingga ombak ombak dihati ini sentiasa berputar dan bergelombang dengan gelombang dzauk menikmati kenikmatan menghampiriMu di alam ruh ini.

Sehingga aku dapat butakan nafsuku akan silau silau dosa dan durhakaku padaMu.

Sehingga dapat kusatukan sujudku di mihrab itu hingga hatiku tidak ku palingkan lagi kearah lain, selainMu lantas ku serahkan cintaku yg sentiasa kusirami dengan sebutan zikir dan sebutan asma’ itu hanyalah untukMu.

Betapa ya Allah terlalu sukarnya hati ini memberikan cinta padaMu dengan erti sebenarnya sehingga aku terkadang bersifat munafik dengan diriku sendiri. Berkata sesuatu yg tidakku perbuat. Sehingga ucapan dari hatiku hanyalah suara suara kosong yang akan dimasuki oleh azabMu. Aku selalu bermimpi dan berangan angan dan memang setiap mimpi indahku, aku ingin menjadi kekasihMu . Namun itu hanyalah mimpi yang tidak bersambung dan berhujung. Sehingga aku tahu bahawa mata rantai hatiku denganMu hampir terputus! Terkadang aku cuba mendiagnose penyakitku tapi aku tak mampu meminum ubatnya. Adakalanya aku tidak mampu membebaskan kehendak-kehendakku dan membersihkan hati daripada belenggu kekuasaan hawa nafsuku sekalipun aku isytiharkan peperangan dengannya untuk membebaskan hatiku.

Perasaan-perasaan ynag diselubungi kabut dunia ini masih mengurungku sehingga terkadang aku amat takut Engkau membiarkan aku! Mencampakan hambaMu yang hina ini kedalam istidraj walau dalam hati ini tidak pernah suq zhan padaMu wahai Penciptaku!

Dari Ibnu Mas’ud, Rasullulah bersabda, Demi Dzat yang jiwaku berada ditanganNya, tidaklah seorang hamba menjadi muslim, hingga dia menyerahkan hatinya pada Allah

Memang aku akui, selalunya aku tidak dapat memenangkanMu wahai Allah atas hawa nafsuku sehingga aku amat terasa kekontangan hati dan perasaan ini. Perasaan halusku menjadi bertambah kasar sehingga dengan ayat ayatMu yang suci itu pun aku tidak merasa terkesan! Apa lagi mendengar cerita cerita akhirat ….. sehingga aku terasa gelap gelita tanpa cahaya dalam perjalanan menuju Mu. Untuk melihat wajahMu. Aku dapat rasakan juga ya Allah betapa lemahnya hubunganku denganMu tatkala dalam keadaan aku mengambil sifat sambil lewa dengan pentarbiyahan ini.

KepadaMu kekasih, terimalah penyerahan diriku dan ampunkan dosa dosaku serta ikhlaskan perjalanan menujuMu. Kepadamu kekasihku duniaku, yang tak mengerti kata kata dan kehidupanku, sedih kehilanganmu kerana memperlahankan jihad ku ….

hanya padamu kekasih …. aku berserah

hujan lebat,alexandria

Comments
  1. genu2 says:

    nik!
    alhamdulillah,hatimu masih lagi dpt mengenal erti hidupmu yg sebenar–hidupmu sbgi hambaNya,bukan pd dunia.
    dlm tarbiyyah,apa yg penting adalah hati yg sentiasa berkemahuan ke arah pembaikan dan jiddiyah.namun tak ramai yg berada dlm tarbiyyah sedar akn hakikat ini.tidak ramai yg jiddiyah.nini sdr lmbt menyedarinya wlwpun sudah lama berada di dlmnya.
    jiddiyah!!
    good luck for this coming exam,rabbana yusahhil =)

  2. nik_10 says:

    huhu..xdela nini.hati ini yg selalu saja lalai dan lupa dgn keindahan dunia.walaupun sering kali diingatkan dan sedar hakikat dunia ini hanyalah tipu daya,tapi tetap dunia itu susah utk diluputkan dlm jiwa.semoga kita semua sentiasa disinari cintaNya yang satu.
    rabbuna yunajjah juga utk xm ni!hieyak nini~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s