Kesulitan yang memberikan kekuatan

Posted: December 13, 2009 in perkongsian diri

bismillah

Alhamdulillah,semalam baru sahaja selesai 1 paper utk surgery course.agak mencabar juga diagnosis case2 smlm.tp ala kulli hal alhamdulillah Allah masih memberi peluang utk kita belajar dan mengurniakan ilham yg baik kpd kita semua.doakan sy utk 2 paper akn dtg.kdg2 bila diri sibuk dgn study,kdg2 ada rasa kurang enak menjengah diri,terasa seolah2 kurang menunaikan hak kpd org sekeliling.sy manusia yg lemah,ada perkara yg sy tidak dapat tunaikan dgn sempurna.dan seharusnya sy menerima hakikat kelemahan itu.kehidupan ini amat banyak mengajar kita, akan kemanusiaan diri kita yang hina ini..

terkadang kita amat takut merasa rendah di hadapan manusia, takut tak beroleh tsiqah, takut dibenci dan tidak disukai manusia..

Lantas kita lebih terkehadapan untuk membuat sesuatu kerana mereka,memuaskan hati mereka, sehingga menyebabkan kita tak boleh nak terima, yang kita juga adalah manusia..

pasti ada saat futurnya
pasti ada saat downya,
lemahnya,
teruknya,
( rasa tak gunanya)

dan bila sesuatu kelemahan itu berlaku, kita sukar memaafkan diri kita sendiri, lantas mengutuk-ngutuk diri kita, menyesali dan tidak nampak jalan untuk berubah…

sedangkan Allah sentiasa suruh kita maju ke hadapan, move forward padaNya..

ٱنفِرُواْ خِفَافً۬ا وَثِقَالاً۬ وَجَـٰهِدُواْ بِأَمۡوَٲلِڪُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (٤١
Pergilah samada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. ( Taubah: 41)

Dan memang terlalu banyak perkara yang menguji kita, yang menyedarkan, yang kita tak mampu buat banyak perkara.. sehingga kita sedar bahawa…

kita ini hanya seorang manusia biasa…

exam yang bakal menjelma
masalah keluarga, duit,
masalah hati, cinta dan perasaan
masalah ukhuwah , masalah sahabat2 sekeliling,
program2 yang berlambak-lambak yang tak pernah surut..

tapi itulah dia kesulitan, dia menguatkan kita, dan make us realize, yang kita ini amat lemah, dan perlu berpaut pada Yang Maha Kuat, untuk menguatkan diri kita ini…

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ أَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُ إِلَى ٱللَّهِۖ وَٱللَّهُ هُوَ ٱلۡغَنِىُّ ٱلۡحَمِيدُ

wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa faqir kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. ( fatir: 15)

Dan Allah memang mengatakan kita ini faqir kepada dia… dan apa nasib orang faqir? kenalah meminta si Maha Kaya ( al-Ghaniy)

Sungguh aku tak takut kalian melalukan kemusyrikan sepeninggalanku. Tapi aku takut jika dunia menghampiri kalian dan kalian berlumba-lumba untuknya. Lalu kalian membunuh dan kalian celaka, sebagaimana umat sebelum kalian ( HR Muslim)

kerana kesenangan itu sentiasa membuaikan kita, menyebabkan kita leka,dan takkan baiki keadaan yang ada..

cubalah semua senang utk kita..

study ok…

family ok..

tarbiyah ok..

duit ok..

( boleh persoalkan juga, betul ke jalan dakwah yang kita lalui ini kalau semuanya ok, kerana tabiat jalan dakwah ini adalah para pendokongnya pasti akan diuji Allah)

bila semuanya ok, pergantungan kita pada Allah, pasti akan kurang..

maka kuranglah keikhlasan, dan paling utama kuranglah energy yang menjadi bekalan utama kita dalam jalan yang panjang ini

dan energy itulah yang kita dapat dari pergantungan yang rapat dengan Allah…

dan mmg setiap kesulitan itu juga pasti akan melahirkan banyak sangat kreativiti..

kita akan ada banyak idea2 baru..

idea nak belajar cara efektif
idea nak bagi best penyampaian dalam halaqah
idea nak jana duit baru..

dan sebagainya..

dan inilah dia karekteristik seorang kader dakwah yang dinukilkan oleh Imam Hasan AlBana

Aku menggambarkan karekter seorang mujahid adalah seseorang yang telah menyiapkan perbekalan dan persiapannya. yang selalu memikirkan terhadap dakwah di setiap sudut jiwanya dan memenuhi relung hatinya. Dia selalu dalam keadaan berfikir, sangat memberikan pehatian pada dirinya agar sentiasa bersiap sedia ( utk dipanggil berjihad). Jika diseru dia menjawab, jika dipanggil akan memenuhi panggilan. Langkahnya, ruhnya, bicaranya, kesungguhannya, permainannya, selalu berada dalam ruang lingkup medan dakwah yang ia persiapkan dirinya untuk itu…

Allahu Akbar!!

inilah dia hidup di jalan dakwah ukhti ,

lintasan fikiran, degupan jantung, bisikan hati, gerak langkah, semuanya adalah untuk dakwah … ( bangun pagi fikir dakwah, tidur pun fikir dakwah)

Dan memang kerja-kerja ini amat payah dan sulit, serta mencengkam masa kita..

dan inilah energy baru kita:

a) Memurnikan niat kita beramal dakwah hanya untuk Allah. Sebab betullah, kalau orientasi kita untuk dapat nama, utk adik-adik suka kat kita, supaya kita tak boring life sorang-sorang.. kalau semua tu selain dari Allah…. kesemua itu akan sedut energy kita satu demi satu..

b) memberikan sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain yang memerlukan, terutamanya harta. Kerana menyedekahkan harta itu dapat menyelamatkn kita dari perasaan gundah gelana.

c) Tak tinggalkan amal ibadah wajib dan sunat yang sudah menjadi rutin, walaupun sedikit.

Dalam Hadis Qudsi:
“Allah SWT berfirman, HambaKu tak henti-hentinya mendekatkan diri padaKu dengan berbagai amalan sunah hingga Aku mencintainya. Jika Aku mencintainya, maka Aku akan menjadi telinga yang membuatnya bisa mendengar dan menjadi mata yang membuatnya bisa melihat.”

Sebab itu, kesempitan, kesulitan dan keletihan akan bertambah-tambah teruk jika seseorang itu menjauhi amalan-amalan sunat yang menjadi bekal bagi dirinya itu.

Tentu bagi kebanyakan wanita, musim itu datang sebulan sekali dalam hidup kita..

Minggu down, tak mampu beribadah, tak mampu untuk konsisten berhubung dengan Allah dan sebagainya. Hidup serba tak kena. Sensitif tak keruan. Buat tindakan membuta tuli, seolah-olah dia lupa dia pernah menjadi penyeru kebaikan itu sendiri..

tapi di situlah letaknya nikmat iman dan ukhuwah. Imanlah benteng pengawal kepada ketidak stabilan hormon itu. Dan ukhuwahlah yang mengekalkan al-ukht itu dalam orientasi islami selama dalam keadaan itu. Kita semua akan rasa sangat miserable minggu itu sebab kita akan terbuat benda-benda yang kita sangat berjihad untuk tidak buat di saat kita masih lagi mampu solat malam dan membaca Quran…

nak berzikir, tak sama bila baca Quran dan solat..

Subhanallah, pelbagai betul warna hidup manusia ini..

ad-dakwatu tasiiru biaa aw bi ghairinaa

dakwah akan berjalan dengan atau tanpa kami..

namun mahukah kita tertinggal gerabaknya?

Rasulullah SAW bersabda, “sesungguhnya Allah SWT memberikan dunia kepada orang yang Dia cintai dan orang yang tidak Dia cintai. Namun, Dia tidak memberikan keimanan kecuali kepada orang yang Dia cintai

orientasikan segenap hidup kita utkNya samada study atau amal dakwah yg lain.belajarlah mengakui kelemahan diri dan jangan menghukum diri sendiri utk kelemahan itu ttp bangkitlah mencari penawarnya.

sekadar singgah utk memotivasikan diri utk next 2 paper.doakn sy!

Comments
  1. UH says:

    Awbt ila…moga sentiasa diberi kekuatan!kadangkala manusia bile berada dlm kesempitan dia akn menyalahkan perkara yang disangkanya punca kelemahan dia,namun sebenarnya ialah punca kekuatan kita.Alangkah ruginya apabila dia menyingkirkan sumber kekuatannya akibat salah tanggapan..”dakwah drives you,always..”

  2. nik_10 says:

    wslm akk
    btulla tu.kdg2 kita merasakan smua itu adalah punca kelemahan ttp sbnrnya kelemahan itulah yg mmbuatkn kita belajar sesuatu yg berharga dan menjadikan kita lebih kuat.perancangan Allah itu lebih baik utk kita
    doakan ila utk xm ni!

  3. aar says:

    Subhanallah,trsentak hati bace p0st ni..d0akn brsame..
    all the best~
    -amal,tanta-

    • nik_10 says:

      segala pujian itu hanya layak kpd sang Pencipta,bukanlah kpd manusia yg hina dina ini.jzkk amal!bila nk dtg alex lg?aritu k has pakai baju tshirt nampak sama sgt cm awk,trus tringat kt awk.hehe.rabbuna maaki ya ukhti!smg Allah memayungi kita semua dgn rahmatNya yg luas

  4. aar says:

    rindu sgt kt akhawat alex.insyaAllah ade rezki kite pg sane lg.jemputlah dtg tanta lg,hehe..doakn kite kuat segalanya..smg rahmat Allah sentiasa bersama kita.uhibbukifillah ukhtie.

  5. aar says:

    klu akk ingt kt kte,cepat2 doa utk kte.heh =) rindu kt laut n akhwt alex.ade rzki kte pi sane lg eh.jemput gak mai tanta lg..doakn kte byk2.uhibbukifillah ukhtie~

    • nik_10 says:

      mestila tringin nk dtg tanta lg!besnye hirup udara segar.da la aritu x sempat g umah amal,nk sembang lama2 pon xsempat.xpela,nti ade rezeki iA akk dtg sne lg.prsn mcm blk kg bila lame x balik beraya.hehe.iA amal kuat kan iA!akk doakan smg kekuatan tu akn selalu mengiringi amal.hehe.uhibbuki fillah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s