perbaharui azam kita

Posted: December 22, 2009 in perkongsian diri

bismillah.

Sedar atau tidak sudah setahun berlalu semenjak muharram pada tahun lepas kini muharram menjelma lagi.Jika kita bermuhasabah tentang umur yang dikurniakan kepada kita dan sejauh mana kita memperuntukkannya untuk menjalankan tanggugjawab kita sebagai hambaNya dan sebagai khalifah di muka bumi ini,tentu kita akan berasa malu dengan sang Pencipta kita.

Semua orang boleh hidup mengikut cara mereka sendiri dan mereka cinta kepada kehidupan mereka sehingga mereka sanggup berkorban untuk hidup dan berbuat apa saja untuk memelihara kehidupan ini.

Namun adakalanya persepsi mereka terhadap kehidupan merupakan persepsi yang salah.Kita hidup adalah untuk hidup dan kita akan menempuhi hidup yang sementara di dunia dan hidup yang selama-lamanya di akhirat dan kita bukan hidup untuk mencari kematian kerana kematian hanyalah merupakan satu transit alam ke alam yang lain.

Jika inilah kehidupan yang kita fahami maka kita akan terus bekerja dan berkarya mengikut acuanNya.Oleh itu ruang waktu yang Allah berikan kepada kita adalah untuk kita mencipta sejarah kita sendiri. Sejarah hidup kita merupakan titis titis air dan titis air itulah umur kita untuk kita menfaatkan.

Umur yang baik bukanlah pada panjangnya tetapi pada seberapa banyak yang boleh dimanfaatkan daripadanya.

Jikalah umur ini seperti riak air maka kita tidak boleh membiarkan riak itu bertenang dengan riaknya sahaja kerana jika tidak ianya akan lenyap begitu sahaja maka harus kita gelombangkan ia menjadi gelombang yang besar dan apakah yang boleh mengelombangkan ia?Tidak lain tidak bukan adalah angin

Bila kuatnya angin maka akan kuatlah gelora dan gelombang itu dan angin itu adalah iman!

Oleh kerana itu sebagai pemimpin , kita tidak dapat lari daripada sejarah dan sirah dalam membina manusia di bawah kita. Strategi Rasullulah dalam membina para sahabat menjadi manusia sejarah bukanlah pada kelayakannya, kecerdasannya walaupun itu tidak dapat dinafikan itu juga merupakan unsur yang penting tetapi unsur utama dalam asas pembinaan rijal itu perlu adalah IMAN itu sendiri.

Dalam Al Quran,iman selalu dimaknai dengan gerak yang amat dalam dan dengan iman yang merasuk jiwa  dengan dahsyat inilah membuat para sahabat bergerak dengan lajunya sehingga mereka menjadi manusia sejarah. Manusia yang membina Empayar Islam,manusia yang dapat menakluki sepertiga dunia tanpa diarah dan dipaksa kerana kekuatan gerak peribadi yang disambung dengan iman mengelorai hati mereka sehingga bergerumuh di setiap sisi kehidupan keperibadian mereka .

Kita sepatutnya berusaha untuk memahami waktu dan hidup serta melaluinya dengan semangat perpacuan yang  tak pernah dapat digoda oleh keindahan justeru menggunakan kenderaan jiwa kita ini untuk diisi dngan makna hidup yang sebenarnya. Jangan biarkan ruang kosong terisi dengan kehendak kehendak nafsu dan dunia yang sering ingin memutar belitkan kita.

Perjuangan dakwah dan jihad bagi manusia-manusia dakwah terdahulu adalah sebuah naluri dan naluri mereka terlalu cintakan ad-deen ini. Sekalipun umur mereka pendek namun gelora iman yang mereka bina di dalam diri mereka  dan umur yang telah mereka gunakan untuk dakwah dan perjuangan  sentiasa hidup dan mereka telah menjadi manusia sejarah justeru nikmat perjuangan dan iman  mereka dapat kita teguk hingga kini!

Apabila secara peribadinya iman ini telah bergelora di dalam hati dan jiwa,maka pastinya dakwah ini tidak akan mati dan akan terus juga menjadi air dan gelombang di tengah-tengah kefasadan masyarakat oleh pendokong pendokong dakwah itu sendiri

Inilah rahsia mereka. Rahsia sahabat tabiin ulama’ zu’ama mujahidin dahulu menggores dan mencatitkan tinta tinta dakwah dan jihad dalam relung kehidupan ini!Ramai antara mereka yang telah menggadaikan umur mereka lantas syahid dalam usia yang muda seperti Imam Ghazali yang meninggal pada usia 45 tahun,khalihaf Umar Abdul Aziz pada usia 39 tahun dan Hasan AlBanna yang syahid pada usia 41 tahun.

Persoalan disini ialah bagaimana pula dengan kita?

Masihkah terdetik dalam hati untuk hidup 20 ke 30 tahun lagi dalam angan-angan untuk memeluk dunia ini dengan rakusnya dan mencintainya secinta-cintanya hingga kita mengabaikan risalah yang sepatutnya kita menyambungnya? Atau kita sama-sama memperbaharui komitmen kita sempena kedatangan tahun baru ini lalu kita bakar dan menyalakan semangat ini dan terus bekerja dalam bertugas merealisasikan kehendak-kehendak Allah dalam rentang waktu yang ada ini.

selamat menyambut awal muharram.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s