sebuah monolog

Posted: January 22, 2010 in coretan hati

bismillah

telah begitu lama aku tidak menjengah ke sini.mungkin kerana kini aku banyak memendamkan,menyorokkan semuanya jauh ke dalam lubuk hati.

Jika kamu semua  tanya aku, apa yang ada dalam hatiku sekarang?

Aku akan jawab, hanya dua perkara sahaja!

Satu, dakwah dan satu lagi…adalah kesepian.

betapa sepinya ku rasa pada detik ini kerana aku kehilangan sesuatu yg amat berharga.sebuah kepercayaan.kepercayaan yg mampu utk menyokong aku utk terus berada di sini selama ini.segala sangkaan itu aku telan dengan pahitnya,biarlah hanya Allah yg menjadi penawarku.

dan dakwah..benarlah,bukan dakwah itu yang memerlukan aku,tetapi akulah yang memerlukan dakwah itu.aku yang berkehendakkan Allah.aku yang berkehendakkan cintaNya,bukan Dia yang berkehendakkan hambaNya

dan disinilah bermulanya cinta itu ….

……aku mencari ‘cinta ‘ itu kesekian lama. Sehingga ianya terungkai dalam pemikiranku menjadi satu filosofi pencarian.

Pencarian kepada sesuatu yang paling aku inginkan dalam hidup ini demi keberlansungan melengkapkan deen ini menjadikan ianya tangga untuk memanjat puncak rahmatNya dan dalam pencarian mengenal diri aku sendiri …

Aku telah berusaha sekuat daya hingga aku terkunci dalam penantianku.

Lekat dan indah.

Mengharap seperti kembang sepi. Sehingga aku terlena dalam buaian mimpi mimpi …

Terkadang mungkin kita berasa penat setelah  mencari sekuat daya dan hasilnya adalah ’sifar’.dan kita tidak menemukan apa yang kita cari.

Gagal.

Namun sebenarnya pada hakikatnya kita tidak gagal dalam usaha itu malah kita telah menemukan sebutir mutiara yang amat bernilai yang kita temui pada diri kita sendiri.

Ia itu ….

KENYATAAN.

Kenyataan yang harus kita terima, hadapi dan harungi.

Sepahit, semasin atau sepayau manapun keadaannya!

Disinilah kita harus memetakan kembali hasrat hidup ini, kerana Allah akan sentiasa menguji kita di atas titik terlemah kita …….

Salah kalau kita katakan ‘ cinta itu hanya ilusi ‘ kerana cinta adalah sebahagian organ dari kehidupan ini. dalam kehidupan apa jua dan tidak ketinggalan kehidupan dakwah.

Quran juga hidup dengan kekuatan cintanya.

Pada Makhrajnya. Ghunnahnya. Maddnya. Idghamnya. Hingga dapat menerjah jiwa jiwa kita menjadi lembut dan tangis. Kita terpaku. Tercenung. Tergamam. Kerana kekuatan cinta itu memeluk kita. Menyelusup liku liku dalam aliran darah kita. Merayap disetiap sendi. Melemah. Hingga kita tertunduk sujud ….

Begitulah kekuatan cinta yang sepatutnya kita bina  dalam  dakwah ini … supaya akan terunduklah semua basa basi dunia ini. Akan habislah semua …akan kosonglah semua  …… kita serahkan buat dakwah ini!

Disini cinta dan keyakinan pencarianku terpatri …

” Aku tiada apa lagi ya Rasullulah, sekiranya aku mati, ambilah tulang belulangku untuk dijadi jambatan buat sahabatmu menyeberangi jihad di jalan Allah ini ‘ ( Saydatina Khadijah )

.….dan terbukti cinta itu memang bukan ilusi.

missing home,2.15 am


Comments
  1. ummuasad says:

    cinta ila fillah….;)

  2. nik_10 says:

    huhu.akak doakan ila byk2!byk2 sangat!uhibbuki fillah!

  3. yaya says:

    semoga pencarian itu berakhir suatu hari nanti…robbuna yuqawwi

  4. nik_10 says:

    huhu.kyaya doakan la ila.semoga kita semua akan menjumpai apa yg kita cari dan perjuangkan selama ini iaitu mardhatillah.ameen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s