masa itu tidak terlalu lama untuk kita

Posted: February 23, 2010 in perkongsian diri

bismillah

alhamdulillah br sahaja pulang dr majlis tahlil nenekanda seorang rakan disini.kematian itu sentiasa sahaja mendekati ttp jiwa yang mengeras kadangnya tidak rasa bergetar ketakutan apabila mendengarnya menjemput yg lain terlebih dahulu.adakah jiwa ini telah dipenuhi nafsu serakah duniawi sehingga tidak rasa ianya akan meninggalkan segala isi dunia yang dicintai sepenuh hati ini satu hari nanti?atau merasakan diri ini akan dijemput menyertai negeri akhirat setelah semua impian di dunia tercapai,setelah puas nafsu menjelajah semua hidangan dunia?bahkan masa itu tidak terlalu lama utk kita.

detik-detik yang berlalu..

adakah ianya dipenuhi dengan sujud penuh kesyukuran akan segala nikmat yg menghiasi setiap sudut kehidupan kita?

beruntungnya diri,dilahirkan sempurna tanpa sebarang cacat cela.

jika dibandingkan dgn pesakit-pesakit yg menghuni hospital yg kuziarahi setiap hari.kadang terdetik dalam hati,

jika aku berada di tempat mereka,adakah aku mampu utk tersenyum redha seperti mereka?yg diuji dengan kemiskinan,ketidak upayaan,kesakitan,kelemahan.

sedang kupandang diriku yg sempurna,

hatiku terlalu keras dan buta barangkali

jika aku tidak mampu utk mengucapkan walau sekadar kalimah “alhamdulillah”

yang mengeluh setiap kali menempuhi ujian yang tidak sehebat mereka.

aku imbas kembali ingatanku pada suatu malam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dengan teksi melalui jalan di hadapan kuliah,pandanganku jatuh pada seorang pakcik yang amat sinonim dengan diriku.pakcik yang akan mengheret kerusi kayunya menggunakan tangan menyentuh jalanan meminta sedekah di kawasan berdekatan kuliah.dan dia berada di situ setiap hari sebelum aku menjejakkan kaki ke bumi mesir ini lagi sehinggalah kini,mengharapkan ihsan daripada orang ramai utk meneruskan hidup

sambil terus mengayuh jalanan dengan tangannya.

berharap dan tidak pernah berhenti berusaha utk hidup.

dan ketika itu dia sedang lena kepenatan di atas jalan yang berhamparkan batu kasar.yang suhu sekeliling mencengkam tulang belulang.dengan hanya berlapikkan sehelai baju putih nipis yang menyelaputi tubuhnya siang dan malam.

dan air mata penyesalan mula membasahi mengingati saat ketika pernah aku tergesa2 ingin mengejar waktu kuliah,sedang dia memanggilku,mengharapkan aku mungkin hanya utk seringgit supaya dia boleh merasai sesuap makanan pada hari itu,ttp tidak ku endahkan.mungkin aku berasa jemu kerana merasakan setiap hari dia meminta sedekah disitu dan aku terpaksa memberinya?atau aku terlalu sibuk dengan kehidupan mewahku setiap hari tanpa aku mempedulikannya,orang yg lebih lemah daripadaku?

sedangkan barangkali di akhirat kelak,dia boleh tersenyum gembira dengan pelbagai kemewahan juadah dan kenikmatan air yang sejuk mengalir di dalam syurga kerana dia berjaya dengan ujiannya di dunia,sedang aku yang meratap kesayuan,mengharap padanya utk mengasihani aku dan memberikan aku sedikit makanan dan minuman kerana kelaparan dan kehausan melalui hari yang sangat panjang dan panas di neraka.nauzubillahiminzalik.

detik-detik yang berlalu…

adakah ianya dipenuhi istighfar dan penyesalan atas dosa-dosa yg segunung tinggi?

sedangkan hati sering lalai mengingatimu.mulut sedang seronok menjamah keenakan dunia.badan yang tidak pernah penat menjadi hamba kepada dunia.

nafsu itu..sangat indah utk dipenuhi

dan hati berasa sangat selesa.puas.

sedang diri yang meronta meminta dilepaskan dari rantai-rantai nafsu tidak dipedulikan.akhirnya kita sendiri akan lemas dan tenggelam.hanyut dibawa nafsu sendiri

dan masa itu akan terus berlalu.tanpa menoleh kepada kita sedikitpun.walaupun panggilan itu telah datang di hadapan kita berkali-kali kepada org yg dekat dengan kita,namun kita merasakan masa kita cukup lama lagi.

masih sempat utk bertaubat.masih sempat utk ke masjid.masih sempat utk berbuat baik.masih sempat utk beramal.

dan jika masa itu sampai sekarang,adakah kita sudah bersedia?

Comments
  1. Nurul Nazihah says:

    feel like crying~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s