hakikat ujian itu luas medannya

Posted: April 2, 2010 in perkongsian diri

bismillahirrahmanirrahim

bukan tidak ada apa yang ingin dikongsikan namun hambatan masa yang terlalu mencemburui kadangkala membuatkan diri ini tidak tegar utk menulis sesuatu disini

kebelakangan ini terlalu banyak perkara yang berlaku,dengan program yang tidak pernah surut dan kehidupan di hospital yang hingar tidak pernah sempat membuatkan aku utk berasa sunyi.namun ada satu dua peristiwa yang meruntun jiwa ini juga,menyedarkan diri tentang hakikat kelemahan sebagai hamba itu sendiri.

jika dulu aku sering beranggapan jika tidak putih,maka hitamlah jawapannya.jika tidak begini,maka begitulah jawapannya.begitu solid dan rigid pemikiranku..namun kini aku sedar,betapa silap besarnya percaturanku itu.aku tidak sedar bahawa ilmu yang ada pada manusia ini tidak cukup untuk menilai sesuatu perkara itu secara batinnya,secara haknya.walaupun kita menggunakan kesemua pancaindera dan kecerdikan akal yang kita miliki.hakikatnya,hanya Allah yang mampu menilai sesuatu perkara itu.bukan manusia yang hanya boleh menilai secara lahiriahnya.

hakikat ujian itu luas medannya.mungkin pada lahiriahnya ujian itu seperti ditimpakan kepada seseorang itu,namun hakikatnya,mungkin Allah tidak ingin menguji orang itu tetapi Allah ingin menguji orang sekelilingnya.mungkin juga apabila kita melihat seseorang itu melakukan kesilapan di hadapan mata kita,kita terus akan menghukumnya.namun jika difikirkan secara teliti,adakah kita layak untuk menghukumnya?adakah apa yang kita lihat itu benar merupakan kesalahannya atau adakah mata kita melihat apa yang telah sediakala dicaturkan dalam otak kita?eyes does not see what mind does not know,itu hakikatnya.atau adakah kita yang diuji sebenarnya,di uji dengan rasa istidraj dan ujub pada diri sendiri disaat kita melihat kesilapan orang lain itu?atau adakah faktor2 lain yang menyebabkan dia bertindak sedemikian?atau adakah jika kita berada ditempat dia,kita juga akan melalukan perkara yang sama?atau adakah Allah telah menerima taubatnya dan kedudukannya lebih mulia disisi Allah berbanding kita?

begitu banyak persoalan yang perlu kita jawab sebelum kita menghukum sesuatu itu benar atau salah.begitu banyak perkara yang kabur dan tidak pasti.lalu adakah kita layak untuk menghukum sesuatu perkara itu dengan mudahnya?

jika kita mengkaji sirah2 golongan2 terdahulu,terlalu banyak pengajaran yang dapat kita ambil.sesungguhya orang2 yang belajar dan mengkaji sirah tidak akan rugi kerana disitu kita dapat mengambil iktibar dan mempelajari tarbiyyah secara langsung daripada Allah kepada sahabat2 Baginda.mereka sangat gigih upaya dan semangatnya dalam menjaga keselamatan iman daripada segala fitnah dan hal-hal yang dapat mencemarinya.

Abdullah bin Umar ra menceritakan tentang semangat beliau dalam rangka menjaga iman beliau dan menjauhkan diri daripada segala bentuk fitnah.beliau berkata,”barangsiapa yang mengatakan marilah(menegakkan) solat,sesungguhnya aku akan menjawabnya.namun siapa yang berkata marilah memerangi saudara seislam maka saya akan berkata :”tidak!”

beliau berkata pula :”hanya saja perumpamaan kita dalam fitnah ini iaitu fitnah yang terjadi antara Abdullah bin Zubair dan bani umayyah dalam hal kepimpinan seperti perumpaan suatu kaum berjalan di atas jalan yang mereka ketahui.ketika mereka dalam keadaan demikian,,tiba-tiba mereka diliputi awan hitam dan kegelapan.lalu sebahagiaan di antaranya mengambil arah ke kanan dan sebahagiaan lainnya berbelok ke kiri,sehingga tersesat.sedangkan kita tetap berdiri di tempat tatkala kegelapan tersebut meliputi sehingga Allah taala melenyapkannya dan kita dapat melihat dan megetahui kembali jalan semula dan untuk kemudian melanjutkan perjalanan.adapun pemuda-pemuda Quraisy yang saling memerangi kerana kekuasaan ini atau kerana dunia itu,maka saya tidak pernah ambil peduli akan keadaan sebahagian mereka yang saling memerangi sebahagian yang lain seperti ketidakpedulianku terhadap kedua sandalku yang telah usang ini”

demikian pula di antara pemuda-pemuda permulaan dakwah Islam ada yang kekuatan imannya telah mencapai batas yang tidak mungkin lagi untuk dicemari oleh pelbagai fitnah,seperti Muhammad bin Maslamah ra sehingga beliau dipuji oleh Hudzaifah ra “sesungguhnya aku mengetahui seorang lelaki yang tidak tersentuh sedikitpun olehnya fitnah dan dia adalah Muhammad bin Maslamah”

beliau termasuk di antara orang-orang yang menjauhkan diri dari medan fitnah dan beliau tidak ikut serta dalam perang jamal dan tidak pula dalam perang siffin.bahkan beliau sengaja mengambil sebilah pedang dari kayu dan berpindah ke Rubzah.Beliau bertindak demikian kerana menemui kebuntuan akan ketidakjelasana bagi beliau siapa yang berada di atas jalan kebenaran.berbeza halnya jika jelas bagi beliau kebenaran dalam perkara tersebut dan tampak didalamnya akan keselamatan dan maslahat bagi agama maka sesungguhnya beliau tidak akan ketinggalan untuk turut serta berperang di dalamnya.

fitnah yang paling besar bagi umat manusia adalah fitnah kehidupan dunia.pemuda-pemuda sahabat pun tidak dapat untuk tidak berhadapan dengan fitnah tersebut.hal ini terjadi kepada Kaab bin Malik dalam peperangan Tabuk.Saidina Umar Al-Khattab juga pernah sekali menguji Muadz bin Jabal dengan mengutuskan seorang pemuda untuk memberikan Muadz harta yang banyak namun Muadz kemudiannya mengagihkannya kepada sahabat-sahabatnya yang lain yang lebih memerlukan walaupun keadaanya pada masa itu juga sempit.

sudah berapa banyak hari kita saksikan beraneka ragam fitnah yg dihadapkan kpd para pemuda zaman terdahulu.pujuk rayu dan tipuan kehidupan dunia merebak bak cendawan di musim hujan.dan jika seorang oemuda telah terbuai dan tertipu maka sesungguhnya ia merupakan alamat dan sebab berkurangnya iman dan lemahnya keyakinan

jika kita melihat kisah peperangan siffin yang terjadi antara Saidina Ali ra dan Muawiyah,sebenarnya antara mereka tidak terdapat sebarang permusuhan namun apabila berlakunya fitnah yang dibawa oleh orang lain,maka tercetuslah peperangan itu

Apabila Amirul Mukminin Usman ibn Affan ra dibunuh, Ali bin Abi Thalib diangkat menjadi khalifah. Beliau dibai`ah oleh sebahagian umat Islam. Wujud sebahagian lain yang tidak membai`ah beliau, di antaranya ialah Muawiyah. Hal ini berlaku bukan kerana Muawiyah menafikan jawatan khalifah daripada Ali, akan tetapi Muawiyah mengkehendaki Ali terlebih dahulu menjatuhkan hukuman hudud ke atas para pembunuh Usman.

Al-Imam Ibn Hazm rahimahullah menerangkan hakikat ini:

“Dan tidaklah Muawiyah mengingkari sedikit jua akan keutamaan Ali dan hak beliau untuk menjadi khalifah. Akan tetapi pada ijtihad beliau, perlu didahulukan penangkapan ke atas para pembakar api fitnah daripada kalangan para pembunuh Usman radhiallahu ‘anh daripada urusan bai`ah. Dan beliau juga berpendapat dirinya paling berhak untuk menuntut darah Usman.” [al-Fishal, jld. 3, ms. 85]

Di sisi Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib, beliau bukan sengaja membiarkan para pembunuh Usman berkeliaran secara bebas. Malah beliau mengetahui bahawa mereka itu menyamar diri dan berselindung di kalangan umat Islam serta berpura-pura membai`ah beliau. Akan tetapi dalam suasana umat Islam yang masih berpecah belah, adalah sukar untuk beliau mengambil apa-apa tindakan. Sebaliknya jika umat Islam bersatu, mudah baginya untuk mengambil tindakan ke atas para pembunuh Usman.

Berlakunya Perang Siffin

Setelah Perang Jamal berakhir, Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib menghantar utusan kepada Muawiyah meminta beliau berbai`ah kepada dirinya. Muawiyah menolak, sebaliknya mengulangi tuntutannya agar Amirul Mukminin Ali mengambil tindakan ke atas para pembunuh Usman. Jika tidak, Muawiyah sendiri yang akan mengambil tindakan. Mendengar jawapan yang sedemikian, Amirul Mukminin Ali menyiapkan pasukannya dan mula bergerak ke arah Syam. Senario ini menyebabkan Muawiyah juga mempersiapkan pasukannya dan mula bergerak ke arah Kufah. Akhirnya kedua-dua pasukan ini bertemu di satu tempat yang bernama Siffin dan bermulalah peperangan yang dikenali dengan Perang Siffin.

Para pengkaji berbeza pendapat, kenapakah Amirul Mukminin Ali mempersiapkan pasukannya ke arah Syam? Persoalan ini masih memerlukan penelitian yang mendalam dengan mengambil kira faktor-faktor luaran dan dalaman yang wujud pada ketika itu. Amirul Mukminin Ali tidak akan mengambil apa-apa tindakan melainkan ia adalah untuk kemaslahatan umat Islam seluruhnya. Hal ini mengingatkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang meramalkan berlakunya Perang Siffin:

“Tidak akan datang Hari Kiamat sehingga dua kumpulan yang besar saling berperang. Berlaku antara kedua-duanya pembunuhan yang dahsyat padahal seruan kedua-dua kumpulan tersebut adalah satu (yakni kebaikan Islam dan umatnya).” [Shahih Muslim – hadis no: 157]

Muawiyah memberontak kepada Ali?

Kini penelitian kita sampai kepada persoalan: Benarkah Muawiyah memimpin pemberontakan ke atas Amirul Mukminin Ali? Jawapannya tidak. Ini kerana jika dikatakan seseorang itu memberontak kepada pemimpinnya, nescaya pemberontak itulah yang bergerak ke arah pemimpin. Akan tetapi dalam kes Muawiyah, beliau tidak bergerak ke arah Amirul Mukminin Ali. Sekalipun Muawiyah enggan membai`ah Ali, beliau hanya berdiam diri di Syam tanpa memulakan apa-apa tindakan ketenteraan.

Syaikh Muhib al-Din al-Khatib rahimahullah (1389H) menjelaskan:

“Lalu Ali berangkat meninggalkan Kufah dan menuju di permulaan jalan yang menuju ke arah Syam dari Iraq. Ali mengisyaratkan supaya orang ramai tetap tinggal di Kufah dan mengirimkan yang selainnya ke Syam. Sampai berita kepada Muawiyah bahawa Ali telah mempersiapkan pasukannya dan Ali sendiri keluar untuk memerangi beliau. Maka para pembesar Syam mengisyaratkan kepada Muawiyah agar dia sendiri turut keluar (untuk berhadapan dengan pasukan Ali). Maka orang-orang Syam berangkat menuju ke Sungai Furat melalui Siffin dan Ali maju bersama pasukannya menuju Siffin juga.

Seandainya Ali tidak mempersiapkan pasukan yang bergerak dari Kufah nescaya Muawiyah tidak akan bergerak (dari Syam).” [catitan notakaki kepada al-`Awashim min al-Qawashim, ms. 166 & 168 ]

Dalam persoalan ini terdapat sebuah hadis yang lazim dijadikan alasan melabel Muawiyah sebagai pemberontak. Hadis tersebut diriwayatkan oleh al-Imam Muslim di dalam kitab Shahihnya – hadis no: 2916 di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada `Ammar bin Yasir radhiallahu ‘anh:

“Engkau akan dibunuh oleh kelompok pemberontak.”

Di dalam Perang Siffin, `Ammar berada di dalam pasukan Amirul Mukminin Ali dan beliau terbunuh dalam peperangan tersebut. Lalu Muawiyah dilabel sebagai pemberontak kerana pasukan beliaulah yang memerangi Ali sehingga menyebabkan `Ammar terbunuh.

Sebenarnya tidak tepat menggunakan hadis di atas untuk melabel Muawiyah sebagai pemberontak. Sebabnya:

1. Sejak awal para sahabat mengetahui bahawa `Ammar bin Yasir berada di dalam pasukan Amirul Mukminin Ali. Dengan itu, sesiapa yang memerangi pasukan Ali, nescaya mereka adalah para pemberontak. Akan tetapi fakta sejarah mencatitkan bahawa ramai sahabat yang mengecualikan diri daripada Perang Siffin. Jika mereka memandang pasukan Muawiyah sebagai pemberontak, nescaya mereka tidak akan mengecualikan diri, malah tanpa lengah akan menyertai pasukan Ali. Sikap mereka yang mengecualikan diri menunjukkan mereka tidak memandang pasukan Muawiyah sebagai pihak yang memberontak. Perlu ditambah bahawa hadis yang meramalkan pembunuhan `Ammar bin Yasir oleh kelompok pembangkang adalah hadis mutawatir yang diriwayatkan oleh lebih daripada 20 orang sahabat. [Rujuk Qathf al-Azhar al-Mutanatsirah fi al-Akhbar al-Mutawatirah oleh al-Imam al-Suyuthi (911H) (al-Maktab al-Islami, Beirut, 1985), hadis no: 104]

2. Amirul Mukminin Ali juga mengetahui bahawa `Ammar bin Yasir berada dalam pasukannya. Akan tetapi Ali mengakhiri Perang Siffin melalui perdamaian yang disebut sebagai peristiwa Tahkim. Seandainya Ali memandang Muawiyah sebagai pemberontak, nescaya beliau tidak akan
melakukan apa-apa usaha perdamaian dengannya.

3. Apabila terbunuhnya Amirul Mukminin Ali, jawatan khalifah diserahkan kepada anaknya, Hasan bin Ali radhiallahu ‘anh. Tidak berapa lama selepas itu, Hasan menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah. Padahal Hasan juga mengetahui bahawa `Ammar bin Yasir telah terbunuh dalam Perang Siffin. Jika Hasan memandang Muawiyah sebagai pemberontak, nescaya beliau tidak akan menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah. Namun Hasan tetap menyerahkannya, menunjukkan beliau tidak memandang Muawiyah sebagai pemberontak.

Semua ini membawa kepada persoalan seterusnya, siapakah yang sebenarnya dimaksudkan sebagai “kelompok pemberontak”? Kelompok pemberontak tersebut bukanlah pasukan Muawiyah mahupun pasukan Amirul Mukminin Ali, akan tetapi adalah orang-orang yang pada asalnya menyebabkan berlakunya peperangan antara Muawiyah dan Ali. Mereka adalah kelompok pemberontak yang asalnya memberontak kepada Amirul Mukminin Usman ibn Affan sehingga akhirnya membunuh beliau. Diingatkan bahawa sekalipun pada zahirnya peperangan kelihatan berlaku di antara para sahabat, faktor yang menggerakkannya ialah para pemberontak yang asalnya terlibat dalam pembunuhan Usman.

Syaikh Mubih al-Din al-Khatib rahimahullah menjelaskan hakikat ini:

“Sesungguhnya orang yang membunuh orang Islam dengan tangan kaum Muslimin setelah terjadinya pembunuhan Usman, maka dosanya berada di atas para pembunuh Usman kerana mereka adalah pembuka pintu fitnah dan mereka yang menyalakan apinya dan mereka yang menipu sebahagian hati kaum muslimin dengan sebahagian yang lain. Maka sebagaimana mereka membunuh Usman maka mereka juga membunuh setiap orang yang mati selepas Usman, di antaranya seperti `Ammar dan orang yang lebih utama daripada `Ammar iaitu Thalhah dan al-Zubair, sehinggalah berakhirnya fitnah dengan terbunuhnya Ali.

Segala sesuatu yang terjadi kerana fitnah maka yang menanggungnya adalah orang yang menyalakan apinya kerana merekalah penyebab yang pertama. Mereka itulah “kelompok pembangkang” yang membunuh, yang menyebabkan setiap pembunuhan dalam Perang Jamal dan Perang Siffin dan perpecahan yang berlaku selepas kedua-dua perang tersebut.” [catitan notakaki kepada al-`Awashim min al-Qawashim, ms. 173]

apa yang cuba saya sampaikan disini ialah jika kita tidak berada disesuatu keadaan itu dan tidak melihat dengan mata sendiri,janganlah kita menghukum pesalah itu sesuka hati tanpa meneliti sesuatu perkara itu dengan sebaiknya.namun kadang2 apabila kita mendengar beberapa orang bercakap menuduh sesuatu golongan itu,kita mudah utk mempercayainya dan apa yang kita telitikan pun sudah menjadi berat sebelah

isu yang hangat diperkatan oleh golongan dakwah sekarang ini semakin tenat nampaknya.bagi pihak saya sendiri yg kerdil dan hina dina ini,jika kita telah memilih satu jalan itu utk kita lalui,janganlah kita berkata jalan yang dilalui oleh orang lain itu salah.apa2 yg berlaku samaada dari segi tanzim dan sebagainya yang tidak kita ketahui apa yang sebenarnya berlaku dengan sejelasnya dan hanya mendengar perkhabaran orang lain tidak boleh kita jadikannya ia sebagai hujah untuk menghukum salah golongan itu atau sekiranya begitu,kita telah menyumbang kepada fitnah itu dan menjadi seperti golongan yang membawa fitnah itu.

sedangkan jika kita berada disitu pada kejadian itu sekalipun,terdapat banyak perkara yang perlu ditimbal balik dari segi faktor2 dan sebabnya.sesungguhnya beruntunglah bagi sesiapa yang berusaha untuk membersihkan dirinya daripada fitnah akhir zaman ini dengan berusaha sedaya upaya untuk mengikuti jalan Allah dan RasulNya.sesungguhnya apabila kita melangkah masuk ke alam kubur nanti,malaikat tidak akan bertanya : “jemaah mana yang telah anda sertai semasa berada di dunia?” ttp malaikat akan bertanya adakah anda telah mengikuti landasan Allah dan rasulNya ketika berada di dunia?oleh itu bagi sesiapa yg berada di landasan itu,maka beruntunglah.barangsiapa yang telah merasakan bahawa kenderaan yang dia naiki itu akan membawanya dengan selamat sehingga ke destinasi akhir dan di dalamnya dia telah dapat membina diri dan iman kepada Allah dan rasulNya,maka tetaplah dia di dalam itu.jika kita ingin menuju ke destinasi akhir yg sama,maka tidak salah jika kita ingin menggunakan pelbagai kenderaan yg berbeza;ada yg akn menggunakan bas,ada yg akn menggunakan kereta,ada yg ingin menggunakan kapal dan tidak kurang juga yang ingin menggunakan kapal terbang supaya lebih cepat sampai.namun jika kita telah memilih 1 jenis pengangkutan itu,tidak manislah untuk kita mengatakan kenderaan orang lain itu salah dan sepatutnya semua orang wajib menaiki kenderaan kita.ummah ini terlalu ramai yang ingin kita pimpin dan yang ingin diajak bersama-sama menuju ke destinasi akhir,oleh itu jika menggunakan kenderaan yang pelbagai,maka ruang kerja kita pun menjadi lebih luas.

jika kita ingin berebut-rebutan sesama sendiri ,sedangkan ramai lagi penumpang2 yang lain di luar sana sedang menanti untuk diajak bersama,sedangkan yang paling patut diutamakan oleh kita ialah mengajak orang2 yang masih terkapai2 mencari kenderaan untuk menuju ke destinasi akhir itu,bukanlah orang2 yg sudah selamat berada di dalam kenderaan lain.kita sepatutnya saling mengukuhkan dan bukanlah bertelagah di tengah jalan.apa yang perlu kita amalkan ialah adab2 dalam jemaah itu sendiri.jika ada yang ingin memilih untuk menyertai kenderaan lain,maka kita haruslah berlapang dada dan itu bukanlah perkara yang harus kita tangisi,kerana tidaklah ada beza kita dan dia,yang sama2 ingin mencari jalan pulang,mencari keredhaan Allah ttp hanya ingin menggunakan kenderaan yang berbeza.namun apa yang patut kita tangisi ialah sekiranya dia ingin terus berpatah balik daripada landasan itu

“ke arah amal wahai saudaraku!agar disempurnakan binaan dari segi bentuk dan kandungan dalaman dan luaran..dan tunggulah ganjaran pahala yang besar kelak..” -imam syahid hassan al-banna-

kita tidak mempunyai masa yang telalu banyak  untuk berbicara dan bercakap,oleh itu marilah kita semua beramal!semoga Allah menerima amalan-amalan kita dan merahmati kita semua.wallahualam

Comments
  1. khairul says:

    yery good , well done.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s