alone in the dark

Posted: July 8, 2010 in coretan hati

Salam

As I’m sitting here writing,a lot of parasites that are waiting to be read , and I’m still debating whether to slide into bed for a well-deserved sleep or simply find bits and pieces of things that I can work on to make up for lost time. I’ve been practically pulling an all-nighter, but haven’t been productive at all through that, so you can put the dilemma into context.

yeah.im sitting alone in the dark.rindu pada malam2 pd waktu yg hujan.sgt terasa mendamaikan.Ketika saya masih kecil, masih sangat kanak-kanak, saya mengingat hujan yang lebih lebat, malam yang lebih gelap, dan bunyi katak bersahut-sahutan. Cahaya lilin meliuk-liuk, kami bermain bayang-bayang dengan jari tangan – ah mengagumkan sekali, bagaimanakah badan yang kecil menghasilkan bayang-bayang yang begitu besar di dinding?Kami kanak-kanak melihat jam di dinding penuh harapan, moga-moga lampu menyala dan televisyen mengeluarkan gambar semula, sebelum filem kegemaran habis ditayangkan. Adakalanya kami tidur kecewa kerana gelap sampai ke pagi, adakalanya lampu kalimantang di ruang tamu itu akan berdengung…bzz,bzz, dan cahaya terang melimpah, kami bersorak, dan berebut-rebut mau meniup lilin sehingga padam.

Rumah di kampung, satu serangan yang digeruni adalah kelekatu yang berduyun-duyun menyerbu.Saya dan adik beradik akan berpestaria menangkap kelekatu. Sungguh kejam sebenarnya kami ketika itu – kelekatu yang tercabut (atau kami cabut) sayapnya, dikurung dalam bekas plastik, dan sejujurnya saya lupa apakah yang kami lakukan kepada kelekatu yang ditangkap itu kemudiannya. Namun apalah kudrat anak-anak menangkap kelekatu yang datang menyerbu – sudahnya abah dan ma akan melaksanakan langkah kecemasan, memadamkan semua lampu, mengeluarkan besen-besen besar dan beberapa batang lilin. Besen dipenuhkan dengan air dan lilin dinyalakan di tengah-tengah, kelekatu penasaran mengejar cahaya sudahnya akan terbakar atau mati kelemasan. Bergelaplah kami malam itu, televisyen juga tidak boleh dipasang, nanti akan dihurung kelekatu. Kami akan bangun esok pagi disambut oleh bangkai kelekatu berapungan dan entah berapa ratus sayap luruh bertaburan di mana-mana.

Begitu taksub sekali ya kelekatu mengejar cahaya? Ia rela mati, terbakar dan lemas kerananya.

Damainya malam yang gelap, sunyi dan sepi, angin bertiup menggoyangkan pucuk-pucuk pohon dan menggerakkan kepulan awan, bulan dan bintang-bintang tenang dan setia. Tidak penatkah bermandikan cahaya sepanjang masa? Bergelumang dengan sibuk-sibuk kerja, yang mana semuanya itu mustahil diselesaikan tanpa berlampu? Kita begitu bergantung dengan cahaya, dengan lampu.

Kadang-kadang, timbul rasa gentar dengan kegelapan. Tanpa seguris pun cahaya, tidak dapat tidak, hati akan bergetar, denyut sedikit bertukar rentak. Apabila memadamkan suis lampu – di dapur atau di ruang tamu – akan ada beberapa detik, seluruhnya gelap, saya tidak nampak. Tidak nampak bererti tidak punya penguasaan, tidak dapat mengawal apa-apa. Lantas saya pejamkan mata, sekarang kegelapan yang mengepung adalah milik saya sendiri, pilihan saya sendiri, bukan kerana lampu tiada

Namun apabila difikir-fikirkan, apa perlunya saya terlalu obses dengan kawalan? Kerana berasa tidak berupaya – perancangan yang gagal, harapan yang berkali-kali tidak kesampaian, membiarkan hidup diatur dengan bantuan orang lain – saya rasa hilang kawalan. Helpless. I’m not in control. Dan saya celaru kerana itu. Ah, bukankah kawalan itu hanyalah hanya satu ilusi? Bukankah semuanya dalam kawalan Allah sebenarnya? Mata yang saya pejamkan, konon gelap itu ‘milik’ saya, bergerak dalam ketentuan Allah juga.

Malam yang gelap tidak berlampu adalah waktu untuk mengingatkan kita bahawa kita sebenarnya tidak punya kawalan atas apa-apa, dan semuanya adalah kepunyaan Tuhan. Bukankah dalam doa yang dibaca di hujung ma’thurat, kita meminta “Dan janganlah Engkau membiarkan urusan kehidupanku ditentukan oleh diriku sendiri, walaupun untuk sesaat, atau masa yang lebih sedikit daripada itu.” Tentu sahaja kerana kita sesungguhnya tidak mampu walau sekelumitpun untuk menentukan apa-apa, walaupun kita diperintahkan untuk berusaha, beria-ia mengawal ketentuan itu adalah mustahil, melawan fitrah, dan menyeksakan. Penyerahan, melepaskan segala kawalan, memulangkan semuanya kepada Tuhan, adalah sebenar-benar kemerdekaan.

Malam tidak berlampu adalah malam tanpa kerja, malam tanpa kesibukan. Malam yang menyelimuti untuk memberikan kerehatan. Malam yang tenang, malam yang memanggil-manggil hamba mencari Tuhan. Mencari Tuhan tidak memerlukan lampu, lilin atau pelita. Yang perlu hanya mata yang basah dan hati yang rindu.

1.21 am,azarita

Comments
  1. genu2 says:

    patut la dia boleh komen kat blog,berjaga malam juga rupenya bdk ni.
    bagus betul korg ni…boleh igt kisah waktu kecik2.
    nik,tido awal na.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s