menuju kedewasaan dalam saff ini

Posted: July 16, 2010 in coretan hati

salam wbt

malam2 begini amat susah utk melelapkan mata.namun pada waktu malam biasanya jari2 ku bisa menulis,meluahkan apa yg berada di dalam lubuk hati.jika dulu aku gemar melukis,namun skrg tanganku sudah semakin keras utk melukis barangkali.

baru shj menghabiskan kelas2 tahun 4.hanya tinggal xm utk 4 round yg semestinya amat mengerikan utk ditempuhi.xpe,mari kita berfikiran positif!esk masih ada masa nk studi~haha

hanya tinggal lebih kurang 2 tahun utk pulang ke malaysia,aku pun meragui adakah aku benar2 telah bersedia menempuhi dunia kedewasaan.masalah2 tanggungjawab.masalah2 kerja.aku akan menghadapi dimensi yg lebih mencabar,yg memerlukan jiwa yg lebih jitu,bukan lagi bersifat keanak-anakan.mungkin pada waktu itu aku akan merindui waktu skrg,mslh kecil hati kpd kwn2 kerana tidak mahu membelikan coklat.haha.namun aku tahu,aku menuju kedewasaan hari demi hari

Aku lihat-lihat diri dalam cermin hati, lalu nampak jiwa seperti pohon yang subur rendang. Daunnya sudah lebat dan hijau, sudah berani-berani mengajak orang tumpang berteduh. Turisan-turisan pada kayunya – tentu dahulu pernah mengoyakkan kulit dan melelehkan pedih, banyak yang sudah menjadi ukiran yang cantik, malah ada yang menjadi punca dahan baru bertunas.

Aku mensyukuri nikmatMu, ujianMu, yang mana semuanya itu, dalam takut dan harap, aku mohon, aku yakin, berkesudahan dengan kebaikan dan kemuliaan untukku, kerana Engkau guru paling Sabar, paling Penyayang, paling Pemurah dengan segala kemudahan, walaupun kelulusan dalam sekolahMu ini sungguh bukan mudah untuk kujulang.

Waktu-waktu tertentu dalam sehari, aku berdiri dalam saff yang rapi untuk menghadap Tuhan. Qiam, rukuk dan sujud seiring mengikut rentak takbir yang diucapkan penuh takzim. Hati-hati dalam jasad yang bersatu, tunduk membesarkanMu, Engkau kuatkanlah ikatannya, wahai Allah. Sungguh tidak dapat dibayangkan kehidupan ini tanpa solat berjemaah, tanpa zikir dan doa yang dikongsi bersama, tanpa salam dan pelukan seusai menyembah Tuhan. Aku memandang solat berjemaah itu sebagai jantung ukhwah, ikatan antara hati-hati yang dipersatukan oleh takbir sewaktu menghadap Allah – maka apakah lagi yang dapat memisahkan tautannya?

Sepanjang waktu setiap hari, aku bergerak dalam saff yang rapi untuk menghambakan diri kepada Tuhan. Langkah, tutur, dan tingkah, ritmanya mungkin berbeza rentak, tetapi nada yang melatari tetap sama. Aku yang pernah memandang skeptik kepada susunan seumpama itu, hari ini melihat semula hari-hari belakang dengan kesyukuran, kerana pernahnya merasai kesilapan itu menyebabkan kebenaran begitu asyik manisnya. Aku yang pernah menterjemah dunia dengan pandangan membangkang dan kedegilan, hari ini menoleh semula kepada hari-hari belakang, untuk tersenyum melihat kesabaran, kesungguhan dan kasih sayang yang membimbingku menunjukkan jalan.

Jalan ke madrasah yang terhampar seluas dunia, bernaung di bawah kubah masjid yang tesergam seluas angkasa, untuk menyertai saff yang berlapis-lapis dari satu hujung ke satu lagi hujung alam maya, yang semuanya hanya memandang ke syurga sana.

Ukhtiku selalu menyebut, Tuhan itu Maha Baik. Lalu bertawakkallah dan berdoalah kepadaNya.

Allah, nikmatMu yang manakah lagi aku dustakan? Terlalu banyak…maka ampunilah aku, kerana tidak akan mampu aku menghitung Maha Baiknya Engkau.

***

Perlahan-lahan, aku diasuh, dididik, diajar untuk menjadi dewasa. Perlahan-lahan, ukhti-ukhtiku yang dikasihi pulang meneruskan perjuangan di tanah air. Perlahan-lahan juga, mereka yang menjadi tempatku bermanja, berpaut, bersandar, mula menjauh, meminggir, bukan kerana khilaf atau tengkar, namun kerana fitrah hidup ini, meniti kedewasaan, ruang yang dipugar kian lama kian besar, lantas perpisahan itu menjadi tuntutan yang tidak dapat dihindar.

Aku kepingin menjadi anak burung yang mencicip-cicip di dalam sarang, selesa bersama kawan-kawan, menunggu kakak, abang, ayah dan ibu pulang memberi makanan.

Tapi kawan-kawan juga semua mau terbang. Akan terbang. Malah ada yang sayap-sayap sudah mengepak, perkasa mendaki awan, masakan aku masih mencicip-cicip di dalam sarang?

Beratnya menjadi dewasa. Terjun ke langit lepas dan menongkah angin itu jauh lebih sukar daripada hanya memerhati dan berwawasan tinggi. Jauh lebih payah daripada belajar dan berlatih, melonjak ke puncak pokok, tidak mengapa kalau jatuh boleh cuba lagi! Getirnya melepaskan satu demi satu pautan, dengan kepastian bahawa dalam satu waktu yang dekat, aku akan terbang sendirian.

Lantas aku ternampak imejan roket yang menuju ke bulan, bukankah untuk mencapai kelajuan maksimum, satu demi satu muatannya dilepaskan, begitu sahaja dibuang?

Keruwetan yang selama ini aku hanya perhatikan, sekarang menjadi tanggungan yang harus aku fikirkan, selesaikan. Aku yang sebelum ini selalu-selalu hanya mengadu resah dan bercerita kepada kakak dan teman, sekarang harus mengubah orientasi, menjadi pendengar, pendidik, dan penasihat, yang bukan sahaja matang, tetapi juga teladan.

Pengorbanan itu amanah dan bukan lagi pilihan.

Berdiri di dalam saff, makmum perlahan-lahan akan ditolak ke depan menjadi imam.

Berdiri di dalam saff, walaupun setiap makmum yang menjadi ahlinya, sendiri-sendiri berbicara dengan Tuhan, qiam, sujud dan rukuk tetap seiringan.

Dalam saff ini, aku menjadi dewasa, dan walaupun aku sendiri-sendiri menempa laluan, gerak langkahku tidak akan keseorangan.

Dengan izin, kasih sayang dan pertolonganMu, wahai Allah.

shatby,1.34 am

Comments
  1. genu2 says:

    salam nik.
    wah,bagus sekali isi entrymu kali ni.
    sememangnya bukan mudah menjadi dewasa.kalau dahulunya kehendak perasaan dipenuhi setiap masa,namun melangkah alam ini,semua itu harus ditundukkan.
    lantaran kita dewasa,memikul amanah yg besar sebagi khalifahya menuntut pengorbanan yg tinggi. ujian demi ujian yg datang.
    tidak mengapa nik,kita tidak mahu menyesal di hujug nyawa nnt akan apakah yg sudah kita sumbangkan dan perlakukan di usia muda ini.

    moga2 ruhmu sentiasa meninggi cita2nya.

    • nik_10 says:

      haha.nini da dewasa😀 hm.kdg2 kita cpt distract dgn mslh yg kecil,sdgkan trdpt byk lg prkara yg penting yg kita harus tumpukan.utk mnjadi dewasa,memegang tggjawab yg lebih byk-ianya memerlukan persediaan yg lama dan rapi.jiwa yg kuat mestilah jiwa yg pernah diuji dgn kesusahan sebelum itu
      barakallahufeek ukhti

  2. hasmah says:

    tulisan kak nik sangat puitis,hebat!sehebat A Samad Said=))
    kip updating.
    btw,hidup itu ibarat makanan penuh ramuan,pahit manis masam masin,terpulang pada chef nak terlebih masin?tambahkan manis?kurangkan masam?
    maka jadilah chef yang hebat,
    campurkan dlm ramuan seadilnya,supaya setiap orang gembira apa yang dirasa.
    walau penat menghasilkan ramuan yang baik,jangan futur,sebab hasilnya lumayan =))
    renungkan.

    jazakillah
    robbuna yusahhil.

    • nik_10 says:

      slm hasmah
      wah,pujian tu terlalu menggunung tggi.mana bleh lawan a.samad said,tulisannya lebih berkali ganda bermutu.
      terima kasih chef hasmah ats resepi kehidupan itu!sy sgt bersetuju😀
      Allah maa’ki.jzkk jugak🙂

  3. insan biasa says:

    salam kak nik,bahasa ini sungguh puitis.malah mengandungi makna yang sgt mendalam.hehe..=)

    perjalanan hidup srg pejuang bukanlah jalan yg ditaburi bunga kiri dan kanan jalan tapi di sepanjang jalan akan bertaburan duri yg tajam menikam..ngee..=_+,~~yosh..chaiyok kak nik..

    smoga Allah menerima usaha halus kita smua..ameenn..jom stdy tuk exam seterusnya..hehe..

    • nik_10 says:

      wslm insan biasa.sy juga insan biasa🙂
      sy setuju dgn kenyataan itu.hidup ini tidak akan sama seperti buku cerita fairytales yg kita angan2kan ketika kecil dahulu.skrg kita sudah meningkat dewasa,mungkin kita kene beralih kpd buku non-fiction pulak😀
      hanya kpd Dia jua kita kembali.semoga cik insanbiasa juga semakin bersemangat utk study orthopedic~

  4. deiya says:

    seorang penulis akan mendapat ilham yang paling hebat tika di waktu malam,
    teori saya begitu, sbb saya pn mcm tu…this post were nicely written,mabruk knik!
    lame dah xberkreatif mcm ni, mungkin sbb mind dah jumpa benda lain, susah nk commit utk berkreatif mcm dlu.berkarya memerlukan usaha, perlu terus membaca, perlu terus mencuba utk berkarya..bertuah org yang mampu buat 2-3kerja dlm satu masa, lebih2 lg mampu buat 2-3 kerja dgn hasil yang terbaik.very nice!

    dewasa mengajar kita utk melihat dan belajar dari diri yang dahulu,
    mengajar kita untuk melihat masa depan dengan harapan yang baru.
    menjadi dewasa, adakala tidak mampu utk mengubah masa lampau yang membentuk diri kita hari ini,
    tapi kita harus terus belajar..
    mampu untuk terus belajar..
    menjadi seorang dewasa yang cekal dan redha dengan ketentuanNya
    pada suatu waktu silam yang diselindung dari kaca mata insan.

    semoga kita sama2 terus menjadi dewasa bersama tarbiyah Illahi..
    thabbit qulubana, ya Rabb

    • nik_10 says:

      wslm nadiah.haha.knik kene ucapkn terima kasih pd laptop awk kerana sudi bersengkang mata dgn knik malam tu😀
      awk pun boleh berkarya dan membuat byk kerja dlm satu masa jugak.ada org bagus dlm studi dia,ada org bagus dlm keluar jalan2 dan makan.haha
      semoga nadiah bertambah dewasa dan membesar dgn sihat dan kuat!(bc dgn nada lagu milo)😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s