luka dan ubat

Posted: July 18, 2010 in coretan hati

slm wbt

Terima kasih kpd yg setia melawat sy disini.

Kadang2 sy sukar utk mendedahkan diri sy sendiri.adakah sy seorang yg hipokrit?entah.im clueless.mungkin pada orang sy ialah begini dan begini,namun bagi saya,saya ialah begitu dan begitu.apa boleh buat,perspektif orang berbeza.mungkin dalam zaman remaja ini,kita cuba utk discover siapa kita yg sebenarnya.apa yg kita nak.apa yg kita rasa.adakah kita gembira.atau adakah kita terluka.

Luka.

Seringkali – saya tidak tahu tentang orang lain, tetapi saya sendiri – seringkali, saya suka bertindak agresif dengan luka-luka sendiri. Bukan, bukan luka pada jasad, tapi pada jiwa. Luka yang tidak nampak di jasad tetapi berladung dalam hati.Im rebellious person.semakin perkara itu tidak boleh dibuat,semakin gigih saya mahu melawan.

Mengakui bahawa telah gagal itu adalah kekalahan. Mengakui bahawa saya sedih, kecewa, dan mahu menangis adalah satu ketewasan. Mengakui bahawa saya sudah penat, tidak mampu, saya mahu berhenti, berehat, menolak taklifan, adalah kehinaan.

Semakin penat, semakin luka, semakin kecewa, semakin tertekan dengan jangkaan manusia sekeliling dan interaksi sosial yang menyerabutkan, saya semakin galak bekerja, ligat ke sana-sini, mengambil tanggungan itu dan ini. Semakin keyakinan diri terjejas – ketika semua orang di sekeliling terasa lebih baik, lebih menarik, lebih beragama, lebih berilmu, lebih tenang, lebih segala-galanya daripada saya – semakin saya menjadi agresif. Membenteng diri daripada manusia sekeliling, lari daripada ikatan dan kasih sayang yang lebih daripada sekadar basa-basi sosial, konon ia melindungi daripada kekecewaan dan kehilangan di kemudian hari, menyelamatkan daripada kelemahan diri terdedah untuk dipersendakan semua. Menghabiskan waktu, mendesak diri, sehingga makan dan tidur tidak menentu, konon hanya dengan memanfaatkan setiap titis waktu dan usia sehabis-habisnyalah, saya dapat menjadi manusia yang lebih baik, atau setidak-tidaknya setanding dengan manusia-manusia hebat dan sempurna di sekeliling. Bukan untuk pujian atau pengiktirafan, tetapi supaya saya sendiri tidak berasa begitu leceh, lekeh, dan hina.
Pernah suatu masa dahulu ketika tahun 2,saya benar2 terluka.namun sy tidak menangis,semua orang disekeliling expect sy ok.tetapi dalam hati luka itu menjadi semakin dalam dan dalam.dan akhirnya sy sendiri pun tidak tahu bagaimana ingin mengubatinya.

Untuk siapa sebenarnya saya bermati-matian? Reaktif begitu setiap kali dirempuh dugaan, setiap kali keyakinan diri teruji, setiap kali hati tergugat dengan cabaran dan tekanan, setiap kali ‘luka’ – adakah saya sebenarnya merawat cedera atau merosakkan tisu-tisu nurani hingga yang rawan jadi makin ruwet? Adakah Allah memandang semua pekerjaan saya atau sebenarnya hanya syaitan dan nafsu yang bertepuk tangan melihat saya merawat luka dengan tangan yang gasar, memujuk jiwa dengan kerja keras yang sia-sia?Apalah sangat tentang isu self-esteem, expectation, social barrier, dan lain-lain yang hanya tempekan-tempekan superfisial atau turisan-turisan licik syaitan kepada luka yang tidak sembuh-sembuh. Yang keruh bercampur percikan riya’, takabbur, ‘ujub, dan sum’ah yang merosakkan ikhlas sampai remuk berkeping-keping sebelum hancur seumpama tanah liat kering. Amal yang dikumpul separuh mati, semuanya dicampak kembali ke muka, kerana jasad batini yang tidak pandai dirawat lukanya, terlalu banyak cacat cela untuk layak masuk syurga.

Tetapi,entah kenapa.saya tidak lagi begitu sekarang.sekarang saya mudah menangis,mudah tersentuh,tidak lagi reaktif.adakah benar apa yg saya lalui ini.saya kurang faham dgn diri saya sendiri.jujurnya begitu.saya tidak tahu adakah saya gembira atau tidak.adakah saya menjadi diri saya atau menjelma menjadi orang lain.

Barangkali menjadi remaja itu begitu rumit.Gelisah mencari identiti diri.Tidak keruan mencari erti hidup.Gundah gulana mencari perkara yg mampu membahagiakan diri

Namun..

Hidup ini tidak melampau rumit sebenarnya. Yang ada hanya , luka dan ubat , dahi dan sejadah, hamba dan Tuhannya.

Allah, janganlah rengkung ini sudah gersang kering hingga tidak ada ghairah lagi pada manisnya madu dari takarMu.

sebuah kemanisan yg tak dapat digambarkan

begitu rindu utk sujud kepadaMu

azarita,3.19 am

Comments
  1. anginbayu says:

    salam, pertama kali membaca coretan nik dengan serius. betapa hati ini tak menyangka dan tidak menyedari siapa nik sebenarnya. entah sukar untuk ditafsirkan. kadang2 hati ini tersentuh dibuai dek alunan kalimahmu. hanya senyum yg mampu ku ukirkan tandanya aku faham dan memahami suara2 itu…

    entah..saya sendiri punya ilusi,hingga sekarang saya tidak mengenali diri sendiri. nahu sahaja menangis, tapi pada bahu siapa? mahu sahaja diputarkan masa, tapi tak mungkin. apapun saya tau, nik dah agak berubah dari yang dulu. but nik tetap nik. thats the thing that will not change ever.

    salam ukhwah

    • nik_10 says:

      wslm cik angin bayu.
      barakallahufeek.jzkk kerana singgah disini.kadang2 jika kita mahu menangis,kita terlalu menyempitkan fikiran kita dgn memikirkan pada bahu siapa.sy juga begitu.tanpa sedar sbnrnya kita mungkin tidak memerlukan bahu itu ttp kita hanya memerlukan sehampar sejadah.kekuatan itu dtgnya dari dalam.dr hubungan dgn sang Pencipta,krn Dialah yg punya kekuatan hakiki,yg Maha kuat.jd kita sepatutnya menagih simpati kpd Dia,supaya Dia menganugerahkan sedikit kekuatan itu menyelusup masuk ke dalam ruh kita.semoga Allah sentiasa memberikan kamu kekuatan itu cik anginbayu.namun sy tidak menafikan bahu itu juga mungkin menyumbang sedikit kekuatan itu🙂
      kita semua pun berubah.omputih kata people’s change.tp itu mungkin luarannya,hati kita?hanya Allah yg tahu.semoga iman itu naik spt fever malaria yg stepladder dan high,bukan mcm brucellosis yg intermittent,undulant.haha.ape2 sj la😀
      sy kene pegi studi osce.slm ukhuwwah

  2. genu2 says:

    nik.haha,kita ada 6th sense ke?
    paling suka perenggan yg bermula ‘semakin penat,semakin luka…’
    macam apa yg hamba jua ingin sampaikan.haha,remaja mmg rumit bu.

    hehe,ayuh kita bangkit neh!

    • nik_10 says:

      haha.nini mmg rebellious😀
      tak guna pun menjadi seorang yg rebellious nini.hanya memenatkan jiwa.kita hanya hamba,yg tak punya apa,yang lemah.apa salahnya kita mengaku yg kita lemah.kekuatan itu ada padaNya,maka apa yg perlu kita buat ialah minta padaNya.
      namun hati kadang begitu degil.org kata ikut rasa binasa.haha.btul ke?memandai je buat peribahasa sndiri.
      nway,just find the way to find out who are you.its inside you,and you know how to find the answer🙂

  3. deiya says:

    why do i feel like im reacting in the reverse way,
    i used to be the very soft-hearted person, i cried in most of events..bad n good things.
    and people noe that very well.
    but everything start to be different this year, n i never realize when i did started to became a stony hard person, ignoring people who hurt me, revenging my pain to the doer,
    i just love the previous me. even if people think that crying will make me look weak, it’s much better than reacting aggressively. in everything,even if i am angry, crying will be much a reliever, rather than yelling at others..at least, i dont hurt others.
    and i hope i will not.
    huhu.
    people change huh?

  4. genu2 says:

    dieya.
    sesetengah org amek cara berbeza utk menutupi ‘uncomfirtable’ feeling itu i think.
    ade benarnya bila jd stony hard person ni menyakiti org laen lbeh2 lagi org yg rapat ngn kita. wlwpun kdg2 bnd nya boleh buat kita rs kita boleh cntrl diri sdr,bukan org laen.
    it just an opinion.

  5. pencari cinta Allah says:

    like🙂
    sy masih mencari siapa diri saya ini.
    betul ke>? “siapa yang tidak mengenali dirinya,maka dia tidak mengenali penciptaNya”

    • nik_10 says:

      hm,btul tu.siapa yg tidak kenal dirinya,maka dia xakan kenal penciptanya.sbb pada diri kita ada byk sgt tanda tak terhitung oleh akal fikiran kita mengenai kekuasaan pencipta kita kan.tp x ape,masing2 pon still cuba yg terbaik utk kenali diri dan pencipta.time is ours,until the day of death.so we must use it wisely until we find the answer.Allah musta’an sis🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s