Man Ana?

bismillahirrahmanirrahim…

dengan namaNya yang Maha Agung aku memulakan kembara hidupku ini.semoga aku dikurniakan husnul khatimah dan mengakhiri perjalanan kehidupanku ini juga dengan namaNya yang Maha Agung itu jua

memetik sejarah seorang individu yang sangat ku kagumi

 

Photobucket
Aku ingin berterus terang dengan kamu wahai Ikhwan dengan penuh terus terang!
Medan berkhayal bukanlah sama dengan medan bercakap.
Medan bercakap bukanlah sama dengan medan bekerja.
Medan bekerja bukanlah sama dengan medan berjihad.
Medan berjihad di jalan yang betul bukanlah sama dengan medan berjihad di jalan yang salah.
Jadilah kalian semua Yusuf bagi mimpi-mimpi ini semua.”

Contohilah kehidupan daie ini

Beliau ibarat satu gagasan yang mantap.
Gagasan yg tidak pernah mengejar kekayaan.

Tidak pernah mencari keuntungan sementara. Justru beliau hidup bersama kita dgn cara yg amat mudah dan ringkas.

Menerima dunia dgn penuh bersahaja.
Tidak pernah mencari dunia dan menolak terus dunia. Segalanya sekadar secukupnya.
Beliau hanya mengambil sekadar yang perlu.
Makan apa yang ada.
Pakai apa yang ada.
Tempat tinggal sekadar adanya.
Hidup serba ringkas.
Menyerah nasib anak anaknya kpd Allah dan tidak ada apa yang ditinggalkan nya untuk mereka.

Baginya segala kebahagiaan dan keseronokan dalam hidup ini ialah DAKWAH menyampai kan kalimah Allah pd seluruh manusia.

Meluahkan segala ilmu tersimpan didadanya.
Beliau mahu melihat gagasan nya yang mulia dan idea ini menjadi kenyataan.
Beliau mahu ia menjadi realiti yang hidup ditengah masyarakat manusia.
Menenggelamkan kesesatan yg merintangi jalannya.
Memberi sinar cahaya pada dunia ini.

Apabila semua ini menjadi kenyataan barulah jiwanya tenang dan terpancar dilubuk hatinya sinar nikmat, cahaya dan kegembiraan ….

INILAH JALANKU

Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki dan masa depan.

Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu.

Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan.

Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah dan tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah.

Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantung dan mengharapkan sesuatu kepada Allah.

inilah serba ringkas tentang aku.matlamat dan cita2 yang tersemat dalam hatiku.semoga Allah akan mengabulkan permintaan dan permohonanku ini.ameen

nik nabilah

5th yr 10/11,alexandria university,egypt

Comments
  1. norisah says:

    salam perkenalan….moga sihat rohani & jasmani. Sulitnya untuk memuaskan hati semua org..wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s