ramadhan yg berlalu

Posted: September 14, 2009 in coretan hati

bismillahirrahmanirrahim..

ramadhan yg makin meninggalkan aku.dan aku sgt sepi sekarang,memikirkan ramadhan yg bakal berlalu.

entah kenapa,sejak pulang ke malaysia,hati terasa sungguh sayu.suasana yg sgt berlainan dgn mesir.di mesir,aku dpt rasakan kekuatan itu.udara yg ku hirup ialah udara perjuangan

dan kdg2 di sini aku mula kehilangan rentak.

Semangat makin merudum

Badan makin malas

ibadah makin sumbang

duniawi telah memamah hati

dan kita tak sedar terkadang iman makin melemah

pernah aku bermuhasabah diri selepas terawih di sini

di mana kekhusyukan aku dahulu?

di mana air mata yg mengalir mendengarkan bacaan al quran?

adakan selama ini itu semua adalah disebabkan bi’ah sekeliling?

bukan dtg daripada hatiku,diriku?

lama aku termanggu sendirian..

dan aku imbas kembali saat ketika sheikh hatem menangis membaca ayt drpd surah taha,ayt 108 ketika malam ke-16 kami berterawih :

يَوْمَئِذٍ يَتَّبِعُونَ الدَّاعِيَ لَا عِوَجَ لَهُ وَخَشَعَت الْأَصْوَاتُ لِلرَّحْمَنِ فَلَا تَسْمَعُ إِلَّا هَمْساً

Pada hari itu manusia mengikuti (menuju kepada suara) penyeru dengan tidak berbelok-belok; dan merendahlah semua suara kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, maka kamu tidak mendengar kecuali bisikan saja.

itu kali pertama aku mendengar sheikh hatem menangis pd ramadhan kali ini.ayt tersebut menceritakan suasana hari kiamat yg kita semua akn hadapi kelak.dan aku dapat mendengar esakan para jemaah lain.ya Allah,saksikanlah air mata yg mengalir ketakutan kerana takutkan azabMu,semoga ianya akan menjadi penyelamat drpd azabMu kelak

kemudian terus aku teringat ayat drpd surah al-anfal,ayt 2 yg berbunyi :

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَاناً وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.

dan seraya aku membisik:

ya Allah,ya Rabb,ya Hannan..

kurniakanlah aku jiwa hamba itu

semoga penyaksianku kpdMu selama ini tidak palsu

kukuhkanlah aku di waktu aku rasakan tiada tempat lg utkku bergantung harap

kurniakanlah aku rasa kenikmatan dlm beribadah kpdMu

kurniakanlah aku lailatu qadr..

jgn cepat berputus asa dgn keadaan sekeliling,keep on striving!yeah~

Comments
  1. genu2 says:

    salam nik.hehe,1st time nk komen kt blog kamu ni.(klu tak silap la)

    apa yg tersentuh dlm entry ni,bab menangis sewaktu mndgr bacaan alquran.
    mashaAllah,at least nik boleh menangis wlwpon mgkin setitis cuma.
    apa yg ana selalu tertanya2–keras sgt ke hati ni?
    secara jujurnya nini mmg payah sgt nk kuarkan air mata.wlwpun kdg2 mmg nk keluarkan,tp tak boleh.lebeh2 lagi sewaktu qunut witir.ya Allah,cemburu melihat jemaah boleh menangis teresak2,imam yg terhenti bacaan doanya dek krn menyayat hati sgt.tp,alhamdulillah,boleh merasa ketenangan dan kesayuan doa sheikh tu.

    teringin sgt nk merasa kemanisan air mata tu.teringin sgt2!

    fi hifzillah ya ukhti.

  2. nik_10 says:

    wslm ukhti

    lain org lain caranya nini.mungkin nini tdk dpt mengalirkan air mata krn tak biasa menangis.hehe.bagi nik,asalkan dpt merasai kerinduan nk mendengar ayat-ayatNya,ketenangan apabila beribadah kepadaNya,itu sudah dikira baik.kekhusyukan itu tidak dikira pd berapa byknya air mata yg gugur,tetapi pada keikhlasan dan kesannya kepada hati.semoga Allah mengira setiap usahamu utk dekat kpdNya wahai ukhti.doakan nik di malaysia,perasaannya sungguh lain berbanding di mesir

Leave a comment